Malaysia Cheap Web Hosting

Thursday, March 31, 2011

Bakal Tetamu Allah


Manjadi Tetamu Allah..Bersediakah anda?

Assalamualaikum WBT. BBK sudah lama tidak menulis kerana benar2 sibuk dengan tugasan harian di pejabat, menjalankan tanggungjawab sebagai anak serta membuat persiapan untuk menunaikan Umrah Jumaat ini.. InsyaAllah..

Di sini BBK ingin berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan atau ilmu yang BBK dapat (ianya hanya sebesar zarah dan InsyaAllah BBK akan terus belajar dan belajar). Tahukah anda bahawa Umrah yg pertama itu sebenarnya adalah fardhu hukumnya? Di mana ia wajib dan dituntut bagi mereka yang berupaya serta mampu mengerjakannya. Ianya sama dengan hukum haji dimana haji termaktub dalam Rukun Islam yg ke-5.

Dalil wajib haji dan umrah ialah seperti pada firman Allah s.w.t. :


Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah. (Al-Baqarah: 196).



Kemudiannya Daripada hadis, dalil wajib umrah ialah hadis riwayat ad-Dailami:


Daripada Zaid bin Tsabit r.a. berkata ia: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Mengerjakan haji dan umrah itu dua fardu yang hanya sekali sahaja (bagi seseorang Islam yang cukup syarat), bolehlah engkau kerjakan mana satu dahulu (sama ada haji ataupun umrah).””

Di sini BBK ingin menyeru rakan-rakan sekalian, marilah sama-sama menanamkan niat untuk menjadi tetamu Allah iaitu dengan niat ingin mengerjakan Umrah & Haji. InsyaAllah dengan niat yang suci ini akan dilorongkan jalan untuk kita menyempurnakan niat tersebut. BBK bersyukur kerana dimakbulkan doa untuk ke sana. Ia juga adalah berkat doa dari kedua ibu bapa, saudara-mara dan teman-teman yg pernah mendoakan BBK agar sampai ke sana sewaktu mereka menunaikan Haji & Umrah sebelum ini. Tips di sini, jika ada antara anda yg mempunyai saudara atau kenalan yg akan menjadi tetamu Allah, kirim lah doa anda untuk mereka bawa ke sana. InsyaAllah..niat itu akan dikabulkan. Namun, sebagai hambanya kita perlulah juga turut berusaha iaitu dengan melakukan suruhanNya serta meninggal larangganNya selain menjadi  persediaan untuk menjadi tetamu Allah.

Bakal menjadi tetamu Allah. Subhan'Allah. Lafazkan syukur Alhamdulillah sebanyak2nya. Ingat, bahawa kita bakal menjadi tetamu Allah yang Esa. Sedangkan sebelum menjalani temuduga atau temujanji bersama teman, kita akan membuat persediaan yang rapi dan lengkap, inikan pula untuk menjadi tetamu Allah SWT! 'MasyaaAllah!! 

Bayangkan kita bakal menjejakkan kaki ke Masjidil Haram iaitu tempat paling suci.. Apakah persediaan kita? Maka lakukanlah persediaan dengan sebaik-baiknya supaya kedatangan kita di Redhai Allah SWT, dan dengan itu kita bakal mendapat Umrah yang Maqbullah atau Haji yang Mabrur. Dalam erti kata lain ibadat Umrah dan Haji yang benar-benar sempurna dan di redhai Allah SWT.


Antara persediaannya yang paling penting dari apa yg BBK belajar, tunaikanlah Solat Taubat sebanyak mungkin. Suci kan diri dan dosa-dosa kita dengan Allah SWT. Seterusnya bermaaf-maafan terutama dengan kedua ibu bapa jika masih ada, saudara-mara dan rakan taulan. Selesaikanlah apa jua hutang sesama manusia jika ada. Jika tidak mampu bayar, pastikan memaklumkan pada mereka dan minta keizinan mereka untuk menangguhkan bayaran sehingga kembali dari Umrah atau Haji. Pastikan niat anda untuk melangsaikan hutang itu ada. Ini penting supaya kita tiada halangan di sana nanti. Itu hutang kita bersama manusia. Bagaimana hutang kita dengan Allah?? Wahai rakan dan taulan. Sesungguhnya hutang dengan Allah SWT wajib kita bayar. Solat Fardhu 5 waktu, pastikan kita membayarnya dengan menunaikan Qada Solat.  Solat adalah tiang agama. Sesiapa yang meninggalkannya maka dia adalah peruntuh agama.
Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.
Jadi rakan2 janganlah sekali2 meninggalkan solat dengan sengaja.  Untuk makluman tentang Qada’ Solat  boleh klik di sini Qada Salat. Jika tidak sempat untuk mengabiskan Qada’ Solat sebelum menunaikan umrah/haji, tanamkan niat dan azam bahawa kita akan melangsaikannya. Kita juga boleh menunaikan Qada’ Solat ketika di sana nanti.

Kemudian kita perlu mempelajari dan memahami Rukun Umrah/Haji serta syarat-syarat wajib melaksanakannya. Rujuklah pada agensi atau pakej Umrah/Haji yang anda daftar kerana mereka pasti akan menyediakan kursus-kursus yang boleh kita hadiri secara percuma. Buku panduan turut diberi sebagai rujukan. Pastikan kita memahami Rukun dan pantang larang dalam ihram sebaik-baiknya. BBK faham suasana kerja dan keadaan semasa kadangkala membataskan waktu untuk kita menghadiri kursus yang disediakan. Berdoalah supaya dipermudahkan urusan dan tanamkan azam yang kuat untuk tetap mengikutinya, InsyaAllah segalanya akan mudah dan berjalan dengan lancar. Sebaik-baiknya bacalah buku panduan yang diberi terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus, supaya kita dapat bertanya tentang apa jua kemusykilan yang ada nanti pada Ustaz atau penceramah Umrah/Haji untuk penjelasan yang lebih terperinci. Pentingnya memahami semua ini supaya kita dapat mengelakkan berlakunya kesilapan dalam ibadat serta menghilangkan rasa was-was. Ingat, bahawa setiap ibadat perlu dilaksanakan dengan yakin, jika tidak perlu diulanginya semula.

BBK belum lagi sampai ke Tanah Suci. Dijadualkan Jumaat ini pada jam 3 ptg akan berangkat bersama pakej Andalusia Travel. Alhamdulillah semua urusan di sini telah selesai. Doakan BBK dan saudara-mara dapat sampai ke sana seterusnya menunaikan ibadah Umrah yg sempurna. Ini adalah pertama kali bagi BBK. Perasaan BBK sejak 2 minggu yang lalu sangat tenang. Tidak dapat BBK gambarkan dengan kata2. Hati ini sudah berada di sana. BBK pasti perasaan ini bakal dirasai oleh semua bakal tetamu Allah. Alhamdulillah..

Oh yea..Pesanan yang paling penting BBK nak sampaikan pada rakan2..Marilah segera kita menunaikan Umrah/Haji pada usia yang muda selagi badan masih sihat dan berupaya. Jangan sekali2 terlintas mengatakan seperti “Takpelah aku masih muda, lambat lagi, nanti dah tua aku pergilah” atau “Nantilah..takde duit lagi” dan sebagainya yang negatif. Namun jawablah dengan baik seperti “ InsyaAllah aku akan kesana, doakan aku sampai di sana dan menjadi tetamu Allah” atau “InsyaAllah,,” sudah memadai. Jangan lupa besertakan niat dan azam yg kuat di dalam hati. Kita perlu ingat bahawa Ajal dan Maut itu tidak mengenal usia. Oleh itu tanamkan azam dan niat yang baik sentiasa. InsyaAllah semuanya akan baik kerana Allah SWT Maha Mengetahui setiap apa yang ada dalam hati kita.

BBK akan sambung lagi nanti pengalaman BBK di sana yea..InsyaAllah.. Di sini BBK ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap yg tidak disengajakan dan sesungguhnya apa yg baik itu datangnya dari Allah SWT dan apa yg buruk itu dari BBK sendiri..

Like jika sudi ;)