Malaysia Cheap Web Hosting

Wednesday, June 29, 2011

Aku hilang tanpa arah..Rindu hati sinarMU.

Wahai Tuhan jauh sudah..Lelah kaki melangkah...Aku hilang tanpa arah..Rindu hati sinarMU..

Assalamualaikum WBT.. Alhamdulillah..Hari ini kita masih bernafas..Masih diberi kesempatan mengecapi nikmat dari NYA..Nikmat dan rahmat yang terlalu berharga..Dapat bangun..Membuka mata justeru bernafas dan bergerak..Syukur..Rasa syukur itu wajib kita susuli dengan mentaati perintahNYA & meninggalkan laranganNYA..InsyaAllah..

BBK nak share satu lagu yg baru sahaja BBK tahu..Lagu ni dari seberang..Bertajuk Taubat nyanyian saudara Opick. Mungkin ramai yg dah mengenali Opick..Namun BBK baru hari ini mengenalinya.. Aunur Rofiq Lil Firdaus atau lebih dikenal dengan nama Opic merupakan seorang pencipta lagu dan penyanyi berunsur keagamaan dan dakwah dari  Indonesia. Banyak sebenarnya lagu2 Islamic ciptaan dan dendangan Opick yang sedap didengar seperti Bila Waktu Telah Berakhir, Takdir (ft Melly Goeslow) dan Buka Mata Buka Hati.

Opick maybe tak sepopular Ungu kerana belum ada syarikat rakaman di Malaysia yg mahu mengedarkan albumnya..Namun cuba dengar lagu2 karya Opick..Ternyata liriknya penuh kata2 hikmah dan terus-terang sedap didengar..



Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
 Aku hilang tanpa arah
 Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
 Hina berlumur noda
 Hapuskanlah terangilah
 Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
 Terimalah taubatku
 Sesungguhnya engkau
 Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
 Aku kembali padaMu
 Meski mungkin takkan sempurna
 Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
 Terimalah taubatku
 Sesungguhnya engkau
 Sang Maha Pengampun Dosa
 Berikanlah aku kesempatan waktu
 Aku ingin kembali
 Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
 Sujud padaMu
 Dan sungguh tak layak aku
Like jika sudi ;)

Friday, June 24, 2011

KONFERENS KEBANGKITAN KHILAFAH 2011- 26 JUN 2011 - Masuk Percuma


Assalamualaikum…

Muslimin & muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Tahukah anda bahawa Khilafah yang terakhir telah di jatuhkan pada bulan Rajab atau lebih tepat lagi 28 Rajab 1342H yang bersamaan 3 Mac 1924? Siapakah yang menjatuhkan Daulah Islam ini yang merupakan sistem politik teragung yang diwarisi oleh Rasulullah dan para sahabat Baginda? Bagaimanakah cara untuk mengembalikan Khilafah kali kedua yang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya ini? Percayakah anda bahawa Khilafah nanti akan muncul sebagai kuasa besar dunia dalam masa terdekat?

Untuk mengetahui jawapannya, marilah kita bersama- sama melapangkan diri untuk menghadiri sebuah konferens yang amat penting ini. Ayuh! Datanglah beramai- ramai ke :

KONFERENS KEBANGKITAN KHILAFAH 2011
“Meneladani Rasulullah Mendirikan Khilafah”
Pada 26 Jun 2011, bertempat di Dewan Bakawali, Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM], Bangi, Selangor pada pukul 8.30 pagi sehingga 1.00 petang.



Kemasukan adalah percuma. Datanglah beramai- ramai.
Untuk maklumat lanjut : Sila layari www.mykhilafah.com

Credit to: Sahabat BBK : Ridwan for sharing the info
Like jika sudi ;)

Thursday, June 23, 2011

Cerita tentang AIB & maksiat

Betapa Allah SWT Maha Pengasih, Pengampun & Penyayang..BBK just nak share cerita atau kisah ketika zaman Nabi Musa a.s..Ce baca kejap dan renung2kan...SubhanAllah..



Time tu kemarau dasyat amat, sehinggakan umat Nabi Musa meminta Nabi Musa ntuk memohon pada Allah agar diturunkan hujan.. Berkumpul la semua pengikut Nabi Musa di satu kawasan lapang.. Maka, Nabi Musa pun berdoa.. Tapi, hujan masih tak turun2.. Bertanyalah Nabi Musa pada Allah,"Kenapa ya Allah?"

Allah pun berkata,"Sesungguhnya Musa, di dalam kelompok pengikutmu, ada seorang hamba-Ku yang telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun.. Kerana dia, hujan tidak akan turun. Keluarkan dia dari kelompok itu.." 

Maka, Nabi Musa pun menyeru pada kelompok itu, "Keluarlah wahai seorang hamba-Nya yang telah bermaksiat pada Allah selama 40 tahun.. Keluarlah dari sini. Kerana kamu hujan takkan turun.."

Lalu, tersedarlah hamba tersebut.. Dia jadi serba salah.. Kalau dia tak keluar, maka seluruh dari mereka akan mati kerana kemarau.. Tetapi, kalau dia keluar, dia akan berasa amat malu.. Malu sangat.. 

Lantas, dia berdoa pada Allah,"Ya Allah.. Selama 40 tahun ini, aku telahbermaksiat pada-Mu.. Tetapi Engkau masih menutup aibku hingga kini.. Ya Allah, aku bertaubat dengan-Mu.. Aku bertaubat.. Ya Allah, selamatkanlah aku.."

Hamba tersebut masih berada dalam kelompok itu dan terus berdoa.. Tak semena2.. Hujan pun turun mencurah2.. Terkejutlah Nabi Musa.. Nabi Musa pun bertanya kepada Allah, kenapakah?

Allah menjawab,"Wahai Musa, Aku sangat gembira kerana hamba-Ku yang telah bermaksiat pada-Ku tadi telah bertaubat. Maka Aku turunkan hujan kerna dia telah bertaubat." 

Nabi Musa pun berkata lagi,"Ya Allah, kau tunjukkanlah padaku siapakah hamba tersebut agar aku bisa bergembira dan dapat meraikan dia.." 

Apa Allah kata selepas itu? Ini kata2 Allah.. "Wahai Musa, selama ini aku telah menutup aibnya selama 40 tahun.. Dan mana mungkin aku membuka aibnya kepadamu pada hari ini.."

Begitulah rakan2..Betapa Allah Maha Pengasih, Pengampun & Penyayang..

Baginda Rasullullah SAW juga pernah bersabda:  

التائب من الذنب كمن لا ذنب له

Maksudnya : Org yang bertaubat dari dosa seperti tidak mempunyai dosa.
 
P/S: Moga kita semua dalam lindungan NYA dan sentiasa diberi petunjuk dan hidayah..

Sumber: Hati Sebening Mata Air, by Amru Khalid
Like jika sudi ;)

Sunday, June 19, 2011

Itu tak boleh..Ini tak boleh..Apaa pun tak boleh!

Rasa rimas dengan segala macam bentuk larangan? Itu tak boleh..Ini tak boleh..Apaa pun tak boleh..Sabar..tarik nafas dalam2...tenang..dan Istighfar..



BBK tertarik untuk berkongsi ttg konsep larangan kehidupan yg dibicarakan oleh motivator pagi di IKIM FM baru2 ni..Maaf tak ingt namanya..Sebagai khalifah atau hambaNYA kita perlu patuh pada segala larangan yg telah ditetapkan oleh Allah SWT..(apa yg haram buat kita)..Betul tak? Tetapi mungkin ada yg terfikir kenapa adanya larangan2 ini..Kan seronok kalau semuanya boleh..

Okey ce kita fikirkan atau bayangkan..Kita sekarang dari KL..nak ke Perlis..Di beri pilihan..Dua jalan..Satu jalan yg luas terbentang..Bayangkan kita diberi seluas2 jalan sehingga 8 lane (sehala) so, kalau dua hala semuanya 16 lane..Jalan tu seluas2nya..tiada garisan yg atau sekatan, tiada traffic light untuk menghalang kita..tiada papan tanda had laju yg menyekat kita..kita bebas memandu dgn apa had laju sekali pun..apa cara sekali pun..tentu sekali seronok! Bebas..! Manakala satu lagi pilihan ialah jalan yg sarat dengan undang2..tidak seluas pilihan pertama..mungkin 2 atau 3 lane..terdapat banyak pula traffic light, sekatan had laju dan sebagainya..Tentu sekali kita merasa kurang selesa terutama bila nak cepat sampai ke destinasi..Terpaksa berhenti di traffic light, pada yg memandu kereta manual bertambah leceh ..Ye lah, nak kena tukar gear lagi..Pendek kata kita tidak bebas seperti memandu di jalan pilihan pertama..

Namun kawan2..antara pilihan pertama dan kedua..Yang manakah yg lebih menjamin keselamatan kita??  Yang dapat melindungi diri kita dari bahaya..Jika tidak pun ia dapat mengurangkan risiko bencana atau lebih mudah nahas jalanraya?? Sudah tentu pilihan kedua bukan? Memang benar..undang2 kadangkala merimaskan..juga menyukarkan kita..Larangan itu dan ini..sudah pasti membuat kita rasa menyusahkan dan bosan..Tetapi kesusahan dan kesempitan itu lah sbnrnya yg dapat membantu kita..Dalam kes jalan raya ni, undang2 yg dibuat dapat mengurangkan risiko kemalangan dan pemandu akan lebih berhati2..berwaspada..seterusnya secara tidak langsung mendidik pemandu menjadi lebih disiplin.

Berbalik kepada persoalan larangan Allah SWT..Sesungguhnya larangan Allah SWT kpd hambaNYA adalah kerana Allah SWT Maha Penyayang..Semua larangan Allah SWT , jika kita melanggarnya akan mengundang keburukan, kemusnahan dan kehancuran..Contoh paling mudah ialah berzina..Lihat lah kesannya apabila penzinaan berleluasa..Bayi yg terbuang merata2..Merebaknya wabak penyakit seperti HIV..Larangan Haram memakan khinzir  atau babi..Lihat sahaja bahana yg melanda dari binatang ini..Wabak penyakit yg serious Influenza A H1N1.. Pengharaman ini bukanlah sia-sia sebaliknya mengandungi hikmah. Hal ini dibuktikan oleh beberapa kajian yang dijalankan oleh saintis. Semua kajian yang dijalankan mendapati bahawa daging babi mendatangkan kemudaratan kepada tubuh manusia serta menjadi punca kepada timbulnya pelbagai penyakit baru...

Sesungguhnya, larangan Allah SWT adalah bukti kasih sayangNYA kepada kita sebagai manusia..Allah SWT yang menciptakan kita, maka DIA yg Maha Mengetahui atas segala sesuatu..Terlalu banyak hikmah disebalik laranganNYA.

Maka kewajipan setiap Muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT perlu sedar antara tuntutan beriman pdNYA ialah dengan tunduk dan patuh dengan penuh ikhlas terhadap segala perintah dan larangan Allah...

“Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) hukum-hakamnya dengan keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Surah al-Baqarah, ayat 208)

Sama2 kita berdoa supaya dikurniakan kesabaran dalam mematuhi laranganNYA dan juga sabar mengikuti suruhanNYA..InsyaAllah.. 


Like jika sudi ;)

Saturday, June 18, 2011

Nasihat Ayahku...Selamat Hari Bapa..

Selamat hari bapa buat ayahku yg tercinta Hj. Othman, seterusnya buat semua bapa2 di luar sana..Terimalah lagu 'Nasihat Ayahku' nyanyian Cyber Jammers.. Happy Father's Day..



Nasihat Ayahku

Genggam erat tanganku,
Dengarkanlah kata-kata dariku,
Kau masih muda,
Masih remaja,
Belajar menjadi dewasa,

Akan ku bimbingmu,
Seperti mana ayahku membimbingku,
Mengajar aku, berdiri dan berlari,
Sabar menempuhi dugaan, Tenang menghadapi perjalanan kehidupan,

Tetapi bagaimana, harus ku hadapi dunia,
Mampukah aku, menempuh perjuangan,
Liku-liku perjalanan, kadangkala mengelirukan,
Aku perlu bimbingan mu,

Lihat dirku,
Aku juga pernah seperti mu,
Kehidupan remaja, penuh pancaroba,
Memerhati dan memahami,
Menghormati dan menyayangi insani,

Bimbinglah daku, menempuh ranjau dan duri,
Memilih jalan yang lurus, jalan yang penuh kebenaran,
Cabaran hidup ini, kadangkala membuat aku alpa,
Jangan biarkan, aku hanyut sendiri
Like jika sudi ;)

Wednesday, June 15, 2011

Bila Pintu Hati Terbuka

“Fun Exiciting Weekend With Iluvislam Team(FEWWIT)”  kali ini akan mengupas tajuk Bila Pintu Hati Terbuka. InsyaAllah akan membawa jemputan seperti Heliza Helmi, Sham Kamikaze dan panel hebat iaitu Dr. Ridzwan Bakar juga merupakan penulis buku 'Bila Pintu Hati Terbuka'


Pada rakan2 yang free jum joint event ni yg juga free bertempat di Auditorium Karangkraf, pada 26 June, Ahad jam 8:30 pagi..Apapun untuk pendaftaran sila ke laman web iluvislam.com atau hubungi Syawal at 03-42516702
 

Mari sama2 memeriahkan acara ilmiah insyaAllah dapat sama2 kita mendidik hati dan jiwa kita..Ketahuilah 'Hati milik ALLAH dan diamanahkan buat kita. DIA akan memberi cahaya kepada hati kita jika kita memeliharanya. Hati perlu sentiasa digilap agar bersih dan bercahaya. Andai kita cetek ilmu, maka belajarlah dan hadiri majlis ilmu. Mengapa dibiarkan hidup dalam kejahilan dan serik dengan kegagalan? Bawalah semangat ombak dalam diri; setiap kali jatuh, akan bangkit kembali tanpa jemu.

Sedikit info tentang atucara majlis adalah seperti berikut:


0830
:
Pendaftaran
0900
:
Majlis bermula
0915
:
Perasmian
0930
:
Forum bermula
1115
:
Sesi Soal Jawab
1145
:
Ucapan Penutup
1200
:
Bersurai

Like jika sudi ;)

Tahajjud Cinta...

 'Aku mahu menjadi PEJUANG yang menjunjung tinggi KEMANUSIAAN dan PENGHORMATAN yang suci kepada AGAMA ku...'

Selepas Kitab Cinta..Kini Tahajjud Cinta..Akan datang menemui kita semua..Alhamdulillah, drama berunsur dakwah dan Islamic kini semakin banyak diterbitkan..Nantikan karya hebat dari sutradara terkenal Erma Fatima ini nanti..


**Oh..Rindu BBK pada Makkah & Madinah semakin membuak2 bila tgk teaser ni..** Like jika sudi ;)

Monday, June 13, 2011

Mari Shalawat - Wali Band


Bukan aku tak suka padamu...Bukan aku tak mau denganmu..Tapi aku mau liat dulu..Setebal apa imanmu..
Best lirik lagu ni..Actually semalam BBK tgh search untuk buat koleksi Selawat Nabi SAW..Tiba2 terjumpa 'Mari Shalawat' from Wali Band..Lain pada yg lain..Cuba dgr sndiri haa..baru tau.. ;)




Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Daripada kita pacaran
Lebih baik kita sholawatan
Daripada kita berduaan
Nanti bakal di hasut setan

Awas jangan dekat-dekatan
Kita ‘kan belum ada ikatan
Daripada dekat-dekatan
Mending kita sholawatan

Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Bukan aku tak suka padamu
Bukan aku tak mau denganmu
Tapi aku mau liat dulu
Setebal apa imanmu

Sudahlah engkau lupakan
Anggap saja kita ta’arufan
Sudahlah jangan kau pikirkan
Mending kita sholawatan

Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah Like jika sudi ;)

Sunday, June 12, 2011

Realiti terbaru..Solehah

Ahad..Hari yg  dinanti2 sebab dapat berkumpul bersama family. Yelah, Sabtu mggu ke 2 & ke 3 dah bekerja, jadi masa bersama keluarga haruslah jatuh pada hari Ahad.

Kali ini, BBK dapat tgk TV di pagi hari Ahad  kebetulan class masih belum bermula berikutan tuan guru pun turut bercuti..Kerja2 rumah pun banyak dah selesai..Maka TV menjadi sasaran..BBK teringin sangat nak tgk TV Al Hijrah sbb ada terdengar  tentang channel ni penuh dgn pengisian yg mendidik jiwa dan rohani..Oh lagi satu TV Al-Hijrah mendapat promo hebat sejak tayangan drama baru dgn genre ‘Islamic’ iaitu Kitab Cinta.. (BBK rasa tggu CD jelah..sbb mmg x dpt tgk :) )

Alhamdulillah rasa syukur tak terhingga adanya TV Al Hijrah yg InsyaAllah dapat menjadi platform atau media dalam penyebaran dakwah Islamiah dalam menerapkan nilai2 murni dalam mendidik masyarakat tentang asas kehidupan sbg umat Islam dgn cara yg lebih mudah,santai namun padat berinformasi.

Di pagi Ahad, program yg BBK sempat tonton dan benar2 berinformasi ialah siri Madrasah Al-Hijrah. Bermula dengan penerangan Al-Quran, seterusnya Madrasah Akidah yg membimbing asas kesatuan ummah, disusuli pula dengan Madrasah Syariah membincangkan tentang Fiqh dan akhirnya Madrasah Akhlak membincangkan tentang peradaban manusia dan khususnya bagaimana kita menjalankan kehidupan sebagai seorang yg Muslim.

BBK benar2 terpaut dengan format program Madrasah di mana set di studio di susun ala2 zaman kita belajar mengaji dahulu..Konsepnya santai di mana ada interaksi antara tok guru dan anak murid..Kita sebagai penonton di rumah turut merasakan seolah2 sama berada di Madrasah kerana kawalan interaksi yang baik serta adanya sokongan visual seperti huraian doa beserta maksudnya di kaca TV.

Syabas TV Al Hijrah! Semoga terus maju dengan visi nya dalam membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja juga memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.

BBK nak share promo terbaru TV Al Hijrah iaitu satu program realiti Islamic yg bg BBK akan menjadi satu fenomena baru iaitu Solehah.

Memetik informasi dari laman web TV Al Hijrah, program Solehah merupakan sebuah program realiti yang berusaha mencari pendakwah wanita. Disamping mempunyai ciri keibuan, mereka yang terpilih adalah merupakan seorang pemidato yang baik serta berupaya menyampaikan ilmu di dada dengan berkesan kepada masyarakat.

Uji bakat pencarian peserta realiti televisyen pertama TV AlHijrah, Solehah akan diadakan pada Sabtu dan Ahad, 18 & 19hb Jun 2011. Ujibakat pertama ini akan diadakan di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang. Apa lagi sahabat..? Pada yg berminat dan mempunyai masa terluang apa kata cuba sertai program ni..Untuk maklumat lanjut click saja di gambar di bawah. 

 




Like jika sudi ;)

Friday, June 10, 2011

Bila diri di sihir...

Anda terkena sihir? Atau jika tidak sekalipun sebagai manusia kita perlu sentiasa bersedia dengan pendinding atau amalan seperti Zikrullah dan selalu membaca serta mengamalkan ayat Al-Quran dalam kehidupan seharian.


Assalamualaikum sahabat..Okay sebelum ni BBK pernah buat entry tentang Sihir dan laluan syaitan ke dalam hati kita? Justeru kali ini BBK nak share pula info  tentang bagaimana cara untuk mengelak dan merawat sihir..

Ayat-ayat Wirid Mangsa Sihir:

 1) Surah Yunus ayat 80 - 81
 2) Surah Al-A'raf ayat 117 - 121
 3) Surah Taha ayat 67 - 70
 4) Surah Al-Furqan ayat 32
 5) Surah Anbiya' ayat 70
 6) Surah An-Nur ayat 39
 7) Surah Al-Israk ayat 81
 8) Surah Fussilat ayat 42
 9) Surah Fatir ayat 10
 10) Surah Anbiya ayat 18
 11) Surah Al-A'raf ayat 18
 12) Surah Kahfi ayat 98
 13) Surah Taha ayat 69
 14) Surah Al-Falaq

 Ayat-ayat Wirid Mangsa Hasad :

 1) Surah Al Fatehah 7 x
 2) Ayat Kursi 7 x
 3) Surah Mulk 1 x
 4) Surah Al-Qalam 7 x (ayat 51)
 5) Ayat 3 Qul 7 X

Ayat-ayat Shifa'

 1) At Taubah - surah 9 : ayat 14 - 15
 2) Yunus - surah 10 : ayat 57
 3) An Nahl - surah 16 : ayat 67 - 69
 4) Al Isra' - surah 17 : ayat 82
 5) As Syu'ara - surah 26 : ayat 75 - 80
 6) Al Fushilat - surah 41 : ayat 44







Pesakit yang tidak mampu membaca ayat2 ruqyah keseluruhannya atau yang tidak dapat membaca Al-Quran dengan baik cukup mengamalkan doa2 dan zikir di bawah ini sebagai perisai untuk dirinya (untuk makluman ia terkandung dalam Al-Mathurat   jika dapat cuba jadikan amalan setiap selepas solat subuh dan solat asar. 

 1) Baca doa ini setiap selepas solat subuh dan solat asar:

 A'u-dzu-bikalimaa-til-laa-hit-taam-maati minsh-sharri maa kholaq 3x
 Aku berlindung dengan kalimah2 (ayat) Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang di ciptakan-Nya.

 2) dan doa ini juga 3x

 Bismillaa-hil ladzii laa yadurru ma asmihii shai'un fil ardi wa laa fis samaa-i-wahuwas samii-'ul-aliim  
 Dengan nama Allah yang dengan-Nya segala sesuatu yang ada dibumi dan langit tidak sekali2 akan  membahayakan. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

 3) dan zikir ini 100x pagi (lepas subuh) dan petang (lepas asar atau magrib)

 Laa ilahaa illaulaah wahdahu laa shariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa' alaa kulli shai-inq-qodiir. 
 Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya hanya Allah yang mempunyai semua kerajaan  dan semua puji2an dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

 Selain doa di atas baca Ayat Kursi 313 x sekali gus dan banyakkan baca Tasbih Nabi Yunus

 Laa ilaaha illa anta subhaanaka innii kuntu minadh-zhaalimiin
 Tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah, Maha Suci Engkau, akulah orang yang membuat zalim atas
 diriku.

Sumber:  Pena Mautara & Majalah Ar-Risalah
Like jika sudi ;)

Sepanjang Hidup - Maher Zain

BBK terlambat sikit..Baru tau ada Malay Version tuk lagu MZ For the rest of my life..Ni antara lagu favorite BBK jugak..Actually semua pun lagu MZ BBK suka..Siapa tak suka ye tak...Okay jum dgr..




Aku bersyukur kau di sini kasih
Di kalbuku mengiringi
Dan padamu ingin ku sampaikan
 
Kau cahaya hati
Dulu ku palingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir rubah segalanya
Oh inilah janjiku kepadamu

reff:
Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku
Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu

Yakini hatiku kau anugerah Sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih penguat jiwaku

Berdoa kau dan aku di Jannah
Ku temukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
Oh inilah janjiku kepadamu

repeat reff

Yakini hatiku bersamamu ku sadari inilah cinta
Tiada ragu dengarkanlah
Kidung cintaku yang abadi

repeat reff
Like jika sudi ;)

Wednesday, June 8, 2011

Sihir dan laluan syaitan ke dalam hati kita

Kita sangka kita tiada musuh..Namun siapa sangka rakan di sebelah kita rupa2nya mempunyai perasaan iri hati dan dengki terhadap diri kita. Nauzubillah..Minta dijauhkan

Assalamualaikum WBT...Salam sahabat..Kali ni BBK nak share tentang buku yg baru BBK habis baca iaitu karya dari Majdi Muhammad Asy-Syahaawi dan diterjemahkan oleh sang Pujangga Islam juga menyandang Tokoh Maulidur-Rasul, Malaysia iaitu Abdullah Al-Qari bin Hj. Salleh yg bertajuk “Penjegah Sihir, Angkara Jin & Iri HATI” terbitan Al-Hidayah.

Memetik kata pengarang, sebagai manusia, kita tidak lari daripada mempunyai musuh di kalangan manusia sendiri, terutama org2 Yahudi dan Kristian yg tidak ingin melihat orang Islam hidup dalam hakikat dan suasana Islam secara istiqamah, tetapi sangat gemar melihat kiranya agar orang Islam akan mengikut Agama mereka. Antara kita sedar atau tidak, cara hidup yang telah lari dari landasan Islam dan mengamalkan budaya2 barat juga salah satu agenda mereka untuk menyesatkan kita.



Ketua2 dan pengikut kedua2 agama ini adalah amat irihati sekali terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan pengikutnya dari semasa ke semasa sehingga Hari Kiamat, orang Yahudi tidak silu2 melahirkan rasa tidak puas hati mereka apabila Nabi akhir zaman atau Rasul penutup tidak dilantikkan di kalangan bangsa mereka iaitu Yahudi.

Dalam kehidupan kita sekarang pula, apabila adanya golongan yg hidup kaya, mewah dan mempunyai kelebihan atau kedudukan tertentu dalam masyarakat, maka ada pula segolongan manusia lain yang tidak senang hati terhadap mereka; lalu timbullah rasa dengki atau irihati terhadap mereka. Kerana dek lemahnya Iman dan nafsu yang tidak terkawal, maka si pendengki ini sanggup melakukan apa jua perkara yang boleh memudaratkan golongan yang dianiaya tadi seperti menggunakan bomoh yang melakukan pemujaan terhadap jin dan syaitan.






Apakah dia benteng atau perisai yg dapat melindungi kita daripada gangguan jin & syaitan?
Allah SWT telah pun berfirman yg berbunyi:

“Dan jika syaitan mengganggu engkau dengan sesuatu gangguan, maka mohonlah perlindungan pada Allah sesungguhnya Dialah (Tuhan) Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Fusilat:36)

Apa yang perlu dilakukan Bila diri disihir..?Pertama, Zikrullah..Itulah jawapannya..Iaitu dengan sentiasa mengingati Allah dengan kalimah2 suci memuji kebesaranNYA. Kenyataan Zikrullah dapat menangkis gangguan syaitan ada dalam firman Allah SWT yang berbunyi:

“Sesungguhnya orang2 yang bertaqwa itu apabila mereka dikenai was-was daripada syaitan, mereka (lalu) ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka dapat melihat (menyedari kesilapan mereka)” (Al-A’raf:20)

Kedua, Azan boleh mengusirkan syaitan..Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila terbayang (ternampak, terdengar) kepada kamu hantu (sejenis jin atau syaitan), maka kamu seru dengan azan...” (HR Jabir Bin Abdullah)

Rahsia yg ada dalam seruan azan ialah ucapan takbir dan tahlil yg menjadi punca dan sebab berundurnya hantu atau syaitan. Syaitan sesungguhnya amat benci kepada kalimah takbir ‘AllahuAkbar’ (Allah Maha Besar) dan syaitan juga benci pada kalimah tauhid ‘Lailahaillallah’ (Tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah.

Ketiga ialah penjagaan dari Hasad dan Dengki. Untuk menjaga dari terkena hasad dengki, perlulah kita sentiasa membaca pembenteng yg berbentuk ayat2 Al-Quran dan bacaan2 hadith Nabi SAW. Seterusnya kita perlu memohon keberkatan di kala melihat sesuatu yg kita hairankan contohnya apabila melihat melimpah ruahnya nikmat dan kita perlu menyembunyikan keelokan (sesuatu) bagi mengelakkan terkena panahan mata jahat. Berdasarkan itu, wanita Islam perlu sentiasa memakai pakaian yg menurut syarak sebagai menjaga diri dari panahan mata orang2 yang dengki dan iri hati.

Keempat, kita perlu sentiasa menjaga atau mengawal saluran masuk syaitan ke dalam hati kita. Saluran2 masuk syaitan yg wajib dikawal dari memasuki hati manusia itu ialah:

·         Kedatangan marah
·         Berselera nafsu keinginan
·         Hasad dengki dan iri hati
·         Kedekut (bakhil)
·         Gopoh-gapah
·         Kenyang dan buruk makan sbb banyak makanan dan minuman dlm perut
·         Menaruh persangkaan buruk terhadap orang2 Islam
·         Menghairankan kebolehan diri dan terpedaya (sedangkan semua itu dari Allah SWT)
·         Memandang kepada perkara yg diharamkan Allah SWT (memandangnya)
·         Bercampur dan bersekedudukan dengan orang2 fasid (perosak) di kalangan manusia yang dipengaruhi oleh syaitan
·         Suka mengumpat dan melaga-lagakan orang lain
·         Menerusi sikap menyukai perhiasan dengan bangunan rumah, kereta dan pakaian di mana manusia mudah leka dan lupakan akhirat dan di kala itu mudahlah bg syaitan menarik ke arahnya
·         Menerusi sifat tamak dan haloba (rakus)
·         Menerusi sifat fanatik pada mazhab dan aliran kefahaman (termasuk parti, kelab dan sebagainya bila menyeleweng)
·         Menerusi harta dan wang ringgit. Inilah saluran paling bahaya sehingga manusia pecah amanah, hilang pedoman, putus silaturrahim dan sbgnya. Kadang2 ia melibatkan pada alim ulama.


Menurut pengarang, saluran itu sbnrnya banyak sekali utk disebutkan, namun yang paling masyhurnya adalah yg disebutkan di atas di mana ia merupakan senjata syaitan yg digunakan sewaktu menyerang manusia. Oleh itu, berwaspadalah! 

Like jika sudi ;)

Monday, June 6, 2011

Berzikirlah..Kerana ia dapat mengubat hati

Zikir harian..Mari sama2 amalkan..Zikir adalah pengubat hati..




Jumaat : YA ALLAH - 1,000 kali
Ertinya : Ya Allah
(Allah hampir kepada kita, Allah beri kita solat, Islam, rajin, suka, lazat, beramal ibadah, tidak malu menutup aurat bagi perempuan) 


Sabtu :  LAA ILAHA ILLA ALLAH - 1,000 kali  
Ertinya: Tiada tuhan melainkan Allah.
(Senang hati, aman dan tenteram) 

 Ahad :   YA HAYYU YA QAYYUM - 1,000 kali  
 Ertinya:   Allah yang Maha Hidup lagi berdiri dengan sendirinya. 
 (Allah hidupkan kita dan beri peliharaannya)

Isnin:   LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ALIYYIL AZIM- 1,000 kali  
Ertinya: Tidak ada upaya dan kekuatan melainkan dengan kuasa Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. 
(Satu kalimat umpama satu bukit Uhud. Banyak kali sebut hilanglah sifat menunjuk-nunjuk, keji, riak, takabbur, sayangkan dunia dan sebagainya) 

Selasa:   ALLAHUMMA SOLLI ALA SAIYIDINA MUHAMMAD - 1,000 kali
Ertinya:  Ya Allah rahmatilah ke atas Nabi Muhammad SAW
(Allah ampunkan dosanya satu tahun)

Rabu:   ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM AL-LAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM WAATUUBU I'LAIH- 1,000 kali  
Ertinya: Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, tiada tuhan melainkan DIA yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepada NYA. 
(Satu kali sebutan hilang satu titik hitam dalam hati kita. Satu titik hitam adalah dari satu dosa. Jika tidak meminta maaf (menghilangkannya) walaupun sembahyang, kita akan masuk neraka selama mana titik hitam tersebut berada dalam hati kita. 

 Khamis:   SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH- 1,000 kali
 Ertinya: Allah Maha Besar dan segala pujian padaNYA. 
 (Allah ampunkan dosa sebanyak buih di laut dan satu kali sebut tumbuh satu pohon syurga untuk kita di Taman Syurga)



Picture: Credit to www.photomalaya.com Like jika sudi ;)

Zikir..Kenapa perlu berzikir..?

Assalamualaikum...BBK tahu banyak mungkin ramai yang dah tahu tentang kebaikan zikir..Tapi sbg hambaNYA menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mengingati antara satu sama lain untuk terus mengamalkan zikir sbg amalan harian tak kira di mana pun kita berada..setiap saat dan waktu..tiada apa yg merugikan kita dengan mengingati NYA..Sama-sama amalkan Zikir Harian setiap masa.

Maksud zikir itu ialah mengingati Allah.

Zikrullah dalam surah Al- Anfaaal ayat 45 turut membawa maksud : 

Ucapkanlah olehmu akan Allah dengan sebutan yang banyak supaya kamu beroleh kemenangan.

Zikir adalah pembersih hati yang kotor Firman ALLAH dalam surah Al-Kahfi ayat 28: 

Dan janganlah engkau turut orang yang kami lalaikan hatinya dari mengingati kami dan ia memperturutkan hawa nafsunya kerana itu adalah pekerjaan melewati batas

Juga dinyatakan dalam surah Ar-Ra'du ayat 28 yang membawa maksud :

Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.

Manakala Rasulullah pula bersabda :

Tidak duduk satu jamaah mengucapkan zikrullah, melainkan (di tempat itu) sudah dikelilingi malaikat yang dipenuhi rahmat dan diturunkan kepada mereka sakinah atau ketenangan hati.

Jangan dilupa adab-adab berzikir yang perlu diambil perhatian supaya amalan kita sempurna.

Adab-adab zikir yang perlu kita ikuti ialah: 

  1. Perlahankan suara sekadar boleh didengar oleh diri sendiri sambil merendah diri.

  2. Berperasaan takut kepada kemurkaan ALLAH.

  3. Yakin serta mengharapkan pertolongan ALLAH.

  4. Menumpukan ingatan kepada ALLAH serta menjiwai apa yang dibaca.

  5. Berzikir hendaklah dilakukan dengan adab dan cara yang baik,diucapkan dengan kalimah yang betul 
      sesuai dengan waktu dan tempat berdasarkan prinsip-prinsip yang telah diterangkan ALLAH didalam
      Al-Quran.

Ingat kawan2..Jika seseorang yang tidak pernah berfikir dan mengingati Allah, maka Allah akan menurunkan syaitan sebagai teman dalam hidupnya. 

Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Araf ayat 204 bermaksud :

Barang siapa yang berpaling akan zikir kepada Allah, maka kami turunkan kepadanya syaitan yang terus menerus menjadi kawan seiring baginya. 
 

Nauzubillah..Justeru mari kita bersama2 memperbanyakkan zikrullah..Betapa besar hikmahnya di mana hati akan menjadi tenteram dan penuh sakinah dalam kehidupan seharian selain ganjaran pahala daripada Allah SWT.

 Sumber: Doa dan Amalan Harian
Like jika sudi ;)