Malaysia Cheap Web Hosting

Monday, February 13, 2012

Katakan TIDAK pada Valentine's Day

Di bulan February..Siapa yang tidak tahu bahawa di hari ke- 14 setiap bulan February ini merupakan hari sambutan kekasih (kononnya). Kenapa BBK kata kononnya..Kerana itu yang di war2kan oleh semua orang..Mungkin dulu, kita kurang pendedahan tentang hukum menyambut perayaan ini. Maka senang saja terikut2 dengan budaya 'Hari Kekasih'. Mungkin ada yang tahu, tetapi masih buat2 tak tahu dan menganggap isu ini remeh. 

Pic: Credit to iluvislam.com


Justeru, setelah mengetahui dan merujuk sendiri dalam laman e-Fatwa (portal rasmi Fatwa Malaysia) BBK rasa perlu dan bertanggungjawab untuk sama2 menyebarkan kepada semua bahawa di larang bagi kita menyambut perayaan Hari Kekasih ini atau lebih dikenali dengan 'Valentine's Day'.

Ikuti laporan berikut..


Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke -71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day, tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. 


Antara hujah keputusan tersebut adalah seperti berikut:

  • Sejarah Valentine's Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
  • Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
  • Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine's Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang di amalkannya boleh menggugat akidah Islam
  • Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah SAW; "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut", Riwayat Abu Daud
  • Rasulullah SAW juga bersabda, "Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak", Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
  • Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine's Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan umat Islam akan datang




Sumber: e-Fatwa


Like jika sudi ;)