Malaysia Cheap Web Hosting

Monday, May 2, 2011

Bagaimana Keadaan di Hari Kiamat


Menggerunkan..Tapi inilah peringatan Allah SWT kepada hamba Nya.. Tahukah anda meniti titian Sirat..Fudhail bin Iyadh berkata perjalanannya memakan masa 15,000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.  Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya...

           -  
Bagaimana keadaan di hari kiamat nanti?


Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan KeagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniupkan sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membersar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia memikirkan nasib mereka. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah  huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaanya naik di hari kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 seribu tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat di minum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

  1. Pemimpin yang adil
  2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah
  3.  Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid
  4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah
  5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”
  6. Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai)
  7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam a.s. tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s. menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain ialah 1000 tahun perjalanan
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat sehingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah lagit, turunlah Arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai 1000 bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak di hadapan istana

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitam amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah/Raqib & ‘Atid/Kiraman Katibin

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai ludah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab

Perkara pertama yang diminta ialah Islam . Jika dia bukan Islam maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang namun amalan buruk tetap akan ditimbang

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat:
i.              Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab
ii.             Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab
iii.            Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain

Setelah Berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang di bawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah 7 dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15,000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.  Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang akan Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan : Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004


*Terima Kasih kakak saudara BBK yg share info ni..*
Like jika sudi ;)

Friday, April 29, 2011

LIVE VIDEO: The Royal Wedding Prince William

Siapa free boleh tengok live Perkahwinan Di Raja Prince William Arthur Philip Louis of Wales, K.G. & Catherine Elizabeth Middleton


Click on the picture

LIVE VIDEO: The Royal Wedding Like jika sudi ;)

Wednesday, April 27, 2011

Corruption of the Heart



The heart becomes corrupt through six means:

        1. Committing a sin in the hope of repenting
        2. Seeking knowledge and not applying it
        3. Practice without sincerity
        4. Eating the sustenance of Allah without appreciating Him
        5. Not being pleased with Allah’s allocation (destiny)
        6. Burying the dead without learning from them

- Al-Ḥasan al-Baṣrī

(Read on pg 30, Imam Ghazali, Imam Ibn Qayyim, Ibn Rajab Hanbali, Taqwa: The Provision of Believers. Al-Firdous Ltd. London:1995.)
Like jika sudi ;)

Friday, April 22, 2011

Antara sakit dan dosa...

Sakit..Anda sering sakit..? Mudah jatuh sakit? Sedang sakit? Tahukah anda bahawa sakit yg diberikan oleh Allah SWT itu adalah satu anugerah bila mana kita redha dan sabar dengannya dan tidak mengeluh2, ia akan dapat menghapuskan dosa-dosa kecil dan juga menaikkan peringkat darjat kita di sisiNYA.

Bukhari, Muslim meriwayatkan bahwa Nabi S.A.W. bersabda :
"Tiada seorang mu'min yang ditimpa oleh lelah atau pe­nyakit, atau risau fikiran atau sedih hati, sampaipun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan di­jadikan penebus dosanya oleh Allah.” (HR Bukhari-Muslim)


Abu Dawud meriwayatkan Nabi S.A.W. bersabda :
"Seorang mu'min jika sakit, kemudian sembuh, maka penyakit itu menjadi penebus dosanya, dan peringatan dalam menghadapi masa depannya, sebaliknya orang munafik jika sakit lain sembuh, maka ia bagaikan onta yang diikat kemudian dilepas oleh majikannya, ia tidak mengtahui mengapa diikat dan mengapa dilepas ". (HR Abu Dawud)

SubhanAllah..Begitulah setiap kejadian yg berlaku itu sememangnya mempunyai 1001 hikmah disebaliknya yang kita kadangkala tidak sedar. Inilah yg dikatakan, kadangkala bila kita ditimpa sakit atau musibah, maka segera kita akan mengingati Allah SWT.


BBK teringat kata mutawif BBK sewaktu pertama kali Umrah baru2 ini..Mengapa selalu saja orang yang mengerjakan umrah atau haji itu mendapat sakit, sama ada di sana atau setelah pulang ke tanah air. Itu adalah satu tanda di mana doanya untuk di ampunkan dosa sudah didengari oleh Allah SWT. Namun terpulang kepada mereka samaada melihat kesakitan itu sebagai bala bencana atau ujian dari Allah SWT untuk mereka redha dan terima maka dosa-dosa kecilnya akan terampun..InsyaAllah.

Ilmu Allah SWT itu sangat luas yang tidak mungkin dapat tercapai oleh akal kita. Setiap yang hilang dari kita, pasti akan digantikan Allah SWT dengan lebih baik yg kita sendiri tidak mengetahuinya. Dengan syarat, sebagai hamba, kita harus sentiasa berbaik sangka dengan NYA, redha dan dgn setiap ujian yg menimpa.

Bukhari meriwayatkan, Nabi S.A.W. bersabda :
"Siapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah padanya, maka diberinya bala' (ujian).
Lagi sabda Rasulullah SAW mengenai sakit berbunyi:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
BBK mengingati diri sendiri untuk belajar menjadi sabar dan redha dengan ujian kesakitan atau musibah..InsyaAllah..Sama2 kita renungi, ingat-mengingati dan berpesan2 supaya kita sama2 selamat dengan ujian yg datang serta bersama2 mendapat rahmat Allah SWT. InsyaAllah..

**Artikel menarik untuk di kongsi bersama tentang sakit yang menggikan darjat, sila klik Sakit - Antara Penghapus Dosa Dan Peningkat Darjat

Like jika sudi ;)