Salam..Tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana telah meraih gelaran ketujuh Terbuka Malaysia selepas mudah menewaskan pemain Indonesia, Taufik Hidayat, 21-8, 21-17 di Stadium Putra, Bukit Jalil, sebentar tadi. Sukan Badminton memang banyak mengharumkan nama Malaysia di mata dunia..Setuju??
Ok, BBK sebenarnya tertarik dengan keratan akhbar Berita Harian hari ni yang bertajuk LOOK pastikan Linda Onn (LO) menang. Siapa LOOK? LOOK ialah singkatan kepada Linda Onn's Orange Klub iaitu kelab peminat LO. Menariknya LOOK dan LO dilihat sama2 berganding bahu atau seiring sejalan dalam matlamat mereka untuk memastikan LO memenangi ABPBH 2010 dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular yang pernah dirangkulnya sebanyak 6 kali (ABPBH 2001- ABPBH 2006) sebelum nama Farah Fauzana merampas gelaran itu.
BBK puji semangat LOOK dan LO yang ternyata begitu terbuka dan jujur dalam usaha mereka. LO patut diberi pujian kerana dari pemerhatian BBK, LO bukanlah jenis artis yang sombong dan hanya melayan peminat di waktu-waktu tertentu sahaja. Dengan kesibukannya sebagai Business Woman, DJ Radio, Pengacara dan Pelakon dia masih sempat meluangkan masa bersama peminat2 setianya. Kita dapat lihat dari aktiviti2 yang dijalankan oleh LOOK pasti LO akan turut serta. Jadi bagi BBK tak timbul soal LO mempergunakan peminat2nya, kerana beliau juga sentiasa memberi sokongan dan sentiasa menghargai peminat setianya.
Sekurang2 nya peminat LO juga mendapat habuan yang wajar di mana setiap akhbar untuk undian jika di hantar ke My Mom's Chicken Rice, Ampang (Restoran milik LO) anda akan dapat ganjaran. Ibarat sistem barter lah kiranya. Bagi BBK ini salah satu strategi yang bijak kerana LOOK dan LO sama2 memerlukan. BBK tabik dengan LO yang tidak kekwat atau kedekut macam sesetengah artis mee segera kita. Fan Club hanya dipergunakan tanpa apa2 penghargaan. Tak perlu lah BBK cakap siapa, tapi siapa yang mengikuti pasti tahu..Fan Club artis mee segera ni dah pun dibubarkan dan tidak lagi aktif seperti dahulu..Dengar2nya ramai juga peminat2 setianya yang dah lari. Itulah, masa ada sokongan padu tak mahu hargai, bila dah susah baru nak mencari..
BBK harap LOOK dan LO akan kekal, dan terus aktif. Dan jangan terlalu berharap pada kemenangan, yang penting dapat sama2 berusaha dan bekerjasama, Just enjoy! Menang kalah tu tolak tepi, namun berkat usaha bersama siapa tahu LO boleh rampas balik takhta tu kan? Sebab ranking Suria FM pun banyak naik sejak LO bertugas di konti tu. Syabas LO dan good luck juga untuk LOOK. Like jika sudi ;)
Sunday, January 23, 2011
Linda Onn raih simpati peminat?
Labels:
ABPBH 2010,
DJ Wanita Popular,
Lee Chong Wei,
Linda Onn,
LO,
LOOK,
Suria FM
Anda Berry Yang Mana??
Labels:
Berry,
Blackberry,
Digi,
Digi Angels,
Nuffnang
Monday, January 17, 2011
K-Pop kah anda?
Salam semua. Lama BBK tak update blog. BBK kesibukan dengan tugasan harian di pejabat dan juga menguruskan hal ehwal peribadi.
Hari ni pun, BBK cuba curi2 masa yg ada untuk menulis. BBK tergerak hati nak tulis pasal K-Pop ni selepas tgk pengaruhnya yang agak ‘hebat’ di kalangan remaja kita skrg. Kalau tgk status update di twitter, mahupun Facebook masing2 dah ‘demam Korea’. Ada juga yg nak suami org Korea so boleh tgk dia pakai jaket kilat2 selalu. Macam2 lah..Penangan ni bukan terkena dekat peminat biasa tetapi juga DJ terkenal FLY FM Nadia dan BBK yakin ramai lagi di luar sana termasuk artis2 tempatan kita.
BBK tak sempat tengok konsert tu, tapi ada masa terluang sempat BBK tengok di youtube persembahan mereka. And, memang mantop! Bila dah tengok Beast ni, BBK teringat pula zaman kegemilangan F4. Siapa ingat? Mereka berlakon dalam drama bersiri ‘Meteor Garden’. Taiwan group ni sangat popular masa tu, tak silap pada tahun 2001-2003. Walaupun tak faham bahasa diorang, BBK boleh hafal lagu2 top mereka ketika itu. Jadi, BBK tak heran lah kalau remaja kini pula gilakan Korea band atau artis macam Beast dan 4minute.
Beast Yang Hangat!
F4 yang pernah ku puja
Namun BBK juga dapat rasakan yang penangan ini cuma sementara ataupun bermusim. Tidak akan kekal selama-lamanya. Jadi untuk remaja di luar sana, kalau nak berhabis untuk mereka ni pun berpada2 lah..Sampai masa, semua DVD,CD, dan poster2 mereka akan entah ke mana2. Minat tak salah tapi jangan terlalu fanatic sehingga mengabaikan pelajaran, keluarga mahupun orang tersayang.
Siapa tengok AJL25 baru ni? Betulkan tekaan BBK Ana Raffali menang? Hehe.. Oh ye, BBK tgk Tomok ada potensi untuk pergi lebih jauh. Persembahan Tomok di malam AJL25 harus dipuji. Ala2 Korean band and Adam Lambert jugak lah. Tahniah untuk semua pemenang! Yang tak menang, tak perlulah pertikaikan kredibiliti pihak juri, anggap je tak ada rezeki dan berusaha lebih gigih lagi untuk AJL seterusnya. Jangan memalukan diri sendiri duk komplen2 di belakang, dunia ni bulat alih2 memalukan diri sendiri. Opps!
Jom layan persembahan Tomok malam AJL25 baru-baru ni..
Like jika sudi ;)
Labels:
4minute,
AJL25,
Ana Raffali,
Artis Korea,
Beast,
Berlari,
F4,
K-Pop,
Korea Band,
Tomok
Sunday, January 9, 2011
Ashraf Muslim Ustaz?
Ashraf Muslim..SubhanALLAH..Ptg td sempat tengok Trek Selebriti Astro Ria tentang Ashraf Muslim. BBK belum pernah lagi bertemu Ashraf secara live. Sebelum ni BBK akui BBK pandang Ashraf sebelah mata je. Bukan mata BBK sebelah tak nampak, tapi kurang nampak. Yela, dia banyak berlakon drama. BBK mana ada banyak masa nak tgk TV. Hujung minggu kalau tak ada program baru BBK berkesempatan tengok macam minggu ni.
Berbalik cerita Ashraf, BBK mula minat padanya lepas tengok cerita Aku Masih Dara. Wataknya sebagai Firdaus seorang pemuda yang teguh dengan pegangan agama dan tinggi budi pekerti memang menawan hati BBK. Tak lama kemudian, BBK juga ada dengar cerita dari seorang rakan yang Ashraf ni pandai mengubat masalah2 ilmu halus. Percaya atau tidak, rakan BBK pernah berubat dengan Ashraf ni dan tok gurunya di Gombak. Tapi masa tu BBK just dengar sambil lalu je. Tak ambil peduli sangat..Antara percaya atau tidak..Sebab tak nampak lagi didepan mata. Tapi mmg teman BBK ada bagitau, susah betul nak dapat berubat di tempat Ashraf tu. Bayangkan teman BBK terpaksa menunggu giliran dekat 3 bulan!! Detail tentang apa yg diubatkan dan untuk apa teman BBK pergi tu, maaf, BBK tak boleh cerita lah yea..
Alhamdulillah tentang Ashraf, BBK kagum dengannya. Nampak perubahan dirinya kini. Yelah, berlakon pun dah kurang..Adapun watak2 yang baik yg membimbing..Menurut Ashraf sendiri beliau kini lebih tenang. Selain berlakon, Ashraf rupanya memiliki perniagaan sendiri. Ada ladang kambing, ayam dan itik. Ashraf juga mempunyai pusat perubatan Islam bersama rakannya yg juga merangkap gurunya Hj.Lokman iaitu ‘Perubatan Syifa Al-Hidayah’ yang terletak di Gombak.
Apa yg BBK kagum dgn Ashraf ialah caranya mengurus diri, karier dan dunia glamour. Ashraf tidak pula menjaja cerita2 di blog2,FB atau twitter nak buat itu dan ini..Adapun hanya untuk berinteraksi bersama peminat. Action speaks louder than words mmg betul2 diguna pakai oleh Ashraf. Tak perlu la heboh2 masuk paper sana sini tapi tak nampak2 product atau hasilnya..Orang Melayu kata..diam-diam ubi berisi..BBK cakap ni bukan hanya pada karier Ashraf, tapi tentang peng’hijrahan’ diri beliau..Dia pun tak menjaja ceritanya buat itu dan ini..Busy itu dan ini..Nak jadi itu dan ini..Baguslah. Semoga Ashraf dapat menjadi contoh terutamanya kepada remaja Muslim masakini. Ashraf pun masih muda..29 tahun..Dah ada pelbagai asset dan ala2 Ustaz gitu..Haih..Mesti ramai makcik2 kat rumah tak senang duduk nak jadikan Ashraf sbg menantu..
Untuk sesiapa yang nak pergi berubat dengan Ashraf Muslim dan Hj Lokman di Perubatan Syifa Al-Hidayah’ atau nama baru nya ‘Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah’ boleh la hubungi 019 315 9377 atau 03 6187 3001. Ingatlah setiap penyakit tu ada penawarnya. Kita jangan cepat berputus asa, jadi berusahalah asalkan jgn berubat dengan benda-benda yg haram. InsyaAllah..(bak kata Maher Zain)
PS: Ustaz Amirul sedang ditayangkan di TV3 Jumaat 9 malam. BBK tak sempat tengok lagi, tp sempat tengok iklan. Like jika sudi ;)

Sape ni?

Ha..yang ni baru betul..

Subscribe to:
Posts (Atom)