Bunuh diri..Pasti bahawa itu jalan terbaik untuk anda menyelesaikan segala masalah? Atau bunuh diri akan membuat diri bebas dari belengu yang menghantui kehidupan..Rasa kecewa, marah dengan kehidupan yang dirasakan tidak adil dan ingin lari dari segala2nya..Maka anda merasakan... "Lebih baik aku bunuh diri..."
Astaghfirullahalazim..Untuk saudara Muslim sekalian..Bertenang dan beristighfarlah..Langit tidak selalunya cerah..Itu pasti..Namun tidak semestinya mendung dan kelam sentiasa...Bunuh diri bukan jalan penyelesaiannya..Jangan sesekali terlintas dibenak kita untuk ‘bunuh diri’. BBK tertarik untuk menulis tentang bunuh diri kerana terlalu banyak berita2 sekarang perihal remaja kita yang selalu mengambil jalan pintas untuk lari daripada masalah, dan banyak kes cubaan membunuh diri dilaporkan..Itu yang dilaporkan..Bagaimana pula yang tidak dilaporkan?? Lebih menyedihkan kebanyakan punca mereka cuba membunuh diri adalah kerana kecewa dalam percintaan...Nauzubillah..Minta dijauhkan..
BBK sempat membuat beberapa rujukan dan ketahuilah bahawa adalah satu larangan bagi kita yg beragama Islam membunuh diri. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisaa: 29, “Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu”
Jangan ambil mudah tentang perkara ini..Jika ada dikalangan rakan2 anda yang meluahkan rasa ingin membunuh diri, cepat2 suruhnya beristighfar..Bunuh diri bukan satu perkara yang boleh dibuat main2 atau bahan untuk gurauan. Ia suatu perkara yang sama sekali di larang oleh Allah SWT. Di dalam Islam perbuatan membunuh diri adalah termasuk dalam dosa besar dan dilarang keras. Hal ini kerana manusia adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah dan diutamakan melebihi makhluk2 ciptaanNYA yang lain.
Orang yang membunuh diri adalah orang yang lari dari tanggungjawab kemanusiaannya. Lebih parah daripada itu, perbuatan membunuh diri menunjukkan kurangnya kepercayaan seseorang itu terhadap takdir Allah SWT. Sedangkan Islam mengajar kita tentang kepentingan sabar dan tawakkal serta melarang daripada sifat putus asa, kecewa dan sebagainya.
Lalu, mari kita renungkan bersama..Jika adapun masalah yang kita tanggung itu terlalu membebani kita, cuba luahkan dengan sesorang yang dipercayai untuk mengurangkan rasa beban itu..Sedia maklum kita sendiri selalu dengar setiap masalah ada penyelesaiannya. Sebaik2 nya berbicara terus dengan Allah SWT. DIA Maha Mendengar dan InsyaAllah hati kita akan menjadi tenang. Sayangi diri, jangan bertindak mengikut perasaan...Cuba sedaya upaya untuk mengawal emosi itu. Pada sahabat yang mendengar, jadilah pendengar yang baik dan turut sama2 bantu rakan yang bermasalah. That is what friends are for right?
Ingat..Orang yang beriman tidak boleh membunuh dirinya sendiri dengan sebarang alasan. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya”- Riwayat Abu Hurairah
Rujukan: Himpunan Hadith e-Hadith
Like jika sudi ;)
No comments:
Post a Comment