Apa lagu tu? Ni BBK nak share..Mungkin ada yg dah tahu dan dah hafal pun..Lagu nya bertajuk Law Kaa Bainana..Dah beberapa bulan sebenarnya BBK cuba cari tajuk lagu tu..Akhirnya dapat juga.. Ia bermaksud 'If the beloved were among us' atau Kalaulah Kekasih-Mu masih berada bersama-sama kami. 'Beloved' dan 'Kekasih-Mu' disini merujuk kepada kekasih Allah SWT iaitu Baginda Rasulullah SAW.
Cuba hayati lirik lagu ini..Sungguh menyentuh hati..Rindu pun bertandang dan semakin membuak2..Rindu pada Rasulullah SAW..
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan
Keampunan-Mu dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu
Dan juga kami tamakkan syurga yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia
Kami mohon pada-Mu
Mohon dengan sangat wahai Tuhanku
Dari sudut hati kami yang palind dalam
Kalaulah Kekasih-Mu masih berada bersama-sama kami
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
Dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu
Berada berhampiran Bagunda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna
Sempatkanlah kami bertemu Baginda
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba..
Hidayahmu kepada alam merata meluas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi Hidayah
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah
Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam
Wahai kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu
No comments:
Post a Comment