Malaysia Cheap Web Hosting

Sunday, April 17, 2011

Bila kaki melangkah ke Saudi Arabian Airlines..

Assalamualaikum WBT..16 April..Akhirnya BBK kembali semula ke Malaysia..Jujur dari hari, BBK sebenarnya sedih meninggalkan Madinah dan Kota Makkah..Alhamdulillah segalanya lancar dan mudah selama 10 hari di Makkah dan 5 hari di Madinah..

Rakan2 sekalian..BBK ingin berkongsi cerita..demi kebaikan bersama dgn niat kerana NYA dan rasa tanggungjawab juga sebagai seorang yg beragama Islam..Spt yg dinyatakan dlm entry sebelum ini, flight BBK ke Jeddah pd jam 3ptg, Jumaat 1st April..Alhamdulillah..tiada apa2 halangan. Maka pagi Jumaat itu, BBK memulakan persiapan sbg musaffir. Oleh kerana BBK akan terus ke Makkah (bukan Madinah) dan akan berniat ihram dalam kapal terbang di Miqat Qarnul Manazil iaitu kira-kira satu jam sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Maka atas nasihat Ustaz semasa kursus, persiapan ihram (memakai pakaian ihram) sebaik2nya dari rumah atau di KLIA. Boleh juga di pesawat nnt tp mungkin susah sikit lah kan..lebih2 lagi bagi lelaki keranai pakaian ihram mereka memerlukan ikatan yang rapi & kemas tanpa pakaian yg berjahit.


                                                          
                                                  Kapal Saudi sedang menanti

Selepas mandi sunat ihram dan musafir, solat subuh, kemudian solat sunat musafir..seterusnya solat sunat ihram..(boleh juga di lakukan di KLIA)..dan jika sudah masuk waktu Dhuha, tunaikan pula solat sunat Dhuha..Seterusnya BBK banyak mengikut buku panduan Umrah..Baca ayat2 terpilih..dan doa2 sebelum meninggalkan rumah..Oh ye, tidak lupa juga melakukan perkara2 sunat seperti buang kuku, merapikan rambut, dan sbgnya..Sebelum melangkah keluar dari rumah..BBK bermaaf2an dahulu dgn keluarga..Sedih juga masa ni..Walhal setiap hari pun mmg sentiasa meminta maaf dari mereka..Ikutkan ibu BBK sepatutnya ikut sekali, tp ada urusan lain yg perlu dia lakukan..lagipun dia baru sahaja Umrah thn lepas..InsyaAllah thn depan BBK akan pergi bersama ibu dan ayah BBK pula..Kemudian keluar je dari pintu, baca doa..dan ayah BBK melaungkan azan..Ya ALLAH..Dalam hati BBK x putus2 memujiNYA dan berdoa supaya tiadalah halangan untuk BBK sampai ke sana..Apa jua boleh berlaku kan kawan2..Jadi senjata org Mukmin, sentiasalah kita panjatkan doa (turut serta dgn usaha yg bersungguh2).

Sepanjang perjalanan ke KLIA, BBK tdk bnyk bercakap..Ibu dan ayah juga faham..mereka dah pesan bnyk kan berzikir..tiba di KLIA jam 11:30am..Makcik2 BBK dah tunggu di sana..awal pula mereka tiba..Kami terus ke kaunter K..di situ dah ramai group kami..yg akan berlepas ke Jeddah bersama2..Andalusia juga bekalkan makanan untuk kami. Beg2 semua tinggalkan sahaja pihak pengurusan akan aturkan..Seterusnya dalam jam 12:30pm kami berkumpul berdekatan ruang legar di hujung Mc Donald untuk taklimat dan mengedarkan boarding pass dan ticket..Selesai, sekali lagi bersalaman dan berpelukan bersama keluarga dan saudara mara yg hadir menghantar di KLIA..Kali ni BBK tidak lg menitiskan air mata..Maybe dah puas nanges sebelum ni.. J Kami berangkat menaiki train untuk ke international gate..Sebelum berlepas kami terlebih dahulu menunaikan solat Jamak Taqdim, Zohor & Asar..

Saudi Arabian Airlines kini menanti..Mula dengan langkah kanan dan Bismillah..BBK melangkah dan memasuki pesawat..pertama kali BBK menaiki Saudi Arabian Airlines..Biru dan redup..Ya Allah..BBK syukur..akhirnya kini di dalam Flight SV 833..Mulakan perjalanan dengan doa bersama2..Bagus SAA..MAS patut wat mcm ni jugak..InsyaAllah semuanya akan selamat..


Maka..Selamat tinggal bumi Malaysia..Dan selamat datang Jeddah, Makkah dan Madinah..Perjalanan ke Jeddah mengambil masa 8 jam setengah..Diingatkan! Sejam sebelum kapal terbang mendarat, iaitu di Miqat, kami perlu berniat Umrah seterusnya dalam keadaan ihram dan perlu menjaga Pantang Larang dalam Ihram  

InsyaAllah..BBK akan cerita seterusnya perasaan ketika mula2 menjejakkan kaki ke Kota Makkah, apabila menyaksikan Masjidil Haram dan seterusnya ketika pertama kali memandang Ka’abah yg merupakan kiblat bagi Umat Islam.. Subhan'Allah
Like jika sudi ;)

Thursday, March 31, 2011

Bakal Tetamu Allah


Manjadi Tetamu Allah..Bersediakah anda?

Assalamualaikum WBT. BBK sudah lama tidak menulis kerana benar2 sibuk dengan tugasan harian di pejabat, menjalankan tanggungjawab sebagai anak serta membuat persiapan untuk menunaikan Umrah Jumaat ini.. InsyaAllah..

Di sini BBK ingin berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan atau ilmu yang BBK dapat (ianya hanya sebesar zarah dan InsyaAllah BBK akan terus belajar dan belajar). Tahukah anda bahawa Umrah yg pertama itu sebenarnya adalah fardhu hukumnya? Di mana ia wajib dan dituntut bagi mereka yang berupaya serta mampu mengerjakannya. Ianya sama dengan hukum haji dimana haji termaktub dalam Rukun Islam yg ke-5.

Dalil wajib haji dan umrah ialah seperti pada firman Allah s.w.t. :


Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah. (Al-Baqarah: 196).



Kemudiannya Daripada hadis, dalil wajib umrah ialah hadis riwayat ad-Dailami:


Daripada Zaid bin Tsabit r.a. berkata ia: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Mengerjakan haji dan umrah itu dua fardu yang hanya sekali sahaja (bagi seseorang Islam yang cukup syarat), bolehlah engkau kerjakan mana satu dahulu (sama ada haji ataupun umrah).””

Di sini BBK ingin menyeru rakan-rakan sekalian, marilah sama-sama menanamkan niat untuk menjadi tetamu Allah iaitu dengan niat ingin mengerjakan Umrah & Haji. InsyaAllah dengan niat yang suci ini akan dilorongkan jalan untuk kita menyempurnakan niat tersebut. BBK bersyukur kerana dimakbulkan doa untuk ke sana. Ia juga adalah berkat doa dari kedua ibu bapa, saudara-mara dan teman-teman yg pernah mendoakan BBK agar sampai ke sana sewaktu mereka menunaikan Haji & Umrah sebelum ini. Tips di sini, jika ada antara anda yg mempunyai saudara atau kenalan yg akan menjadi tetamu Allah, kirim lah doa anda untuk mereka bawa ke sana. InsyaAllah..niat itu akan dikabulkan. Namun, sebagai hambanya kita perlulah juga turut berusaha iaitu dengan melakukan suruhanNya serta meninggal larangganNya selain menjadi  persediaan untuk menjadi tetamu Allah.

Bakal menjadi tetamu Allah. Subhan'Allah. Lafazkan syukur Alhamdulillah sebanyak2nya. Ingat, bahawa kita bakal menjadi tetamu Allah yang Esa. Sedangkan sebelum menjalani temuduga atau temujanji bersama teman, kita akan membuat persediaan yang rapi dan lengkap, inikan pula untuk menjadi tetamu Allah SWT! 'MasyaaAllah!! 

Bayangkan kita bakal menjejakkan kaki ke Masjidil Haram iaitu tempat paling suci.. Apakah persediaan kita? Maka lakukanlah persediaan dengan sebaik-baiknya supaya kedatangan kita di Redhai Allah SWT, dan dengan itu kita bakal mendapat Umrah yang Maqbullah atau Haji yang Mabrur. Dalam erti kata lain ibadat Umrah dan Haji yang benar-benar sempurna dan di redhai Allah SWT.


Antara persediaannya yang paling penting dari apa yg BBK belajar, tunaikanlah Solat Taubat sebanyak mungkin. Suci kan diri dan dosa-dosa kita dengan Allah SWT. Seterusnya bermaaf-maafan terutama dengan kedua ibu bapa jika masih ada, saudara-mara dan rakan taulan. Selesaikanlah apa jua hutang sesama manusia jika ada. Jika tidak mampu bayar, pastikan memaklumkan pada mereka dan minta keizinan mereka untuk menangguhkan bayaran sehingga kembali dari Umrah atau Haji. Pastikan niat anda untuk melangsaikan hutang itu ada. Ini penting supaya kita tiada halangan di sana nanti. Itu hutang kita bersama manusia. Bagaimana hutang kita dengan Allah?? Wahai rakan dan taulan. Sesungguhnya hutang dengan Allah SWT wajib kita bayar. Solat Fardhu 5 waktu, pastikan kita membayarnya dengan menunaikan Qada Solat.  Solat adalah tiang agama. Sesiapa yang meninggalkannya maka dia adalah peruntuh agama.
Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.
Jadi rakan2 janganlah sekali2 meninggalkan solat dengan sengaja.  Untuk makluman tentang Qada’ Solat  boleh klik di sini Qada Salat. Jika tidak sempat untuk mengabiskan Qada’ Solat sebelum menunaikan umrah/haji, tanamkan niat dan azam bahawa kita akan melangsaikannya. Kita juga boleh menunaikan Qada’ Solat ketika di sana nanti.

Kemudian kita perlu mempelajari dan memahami Rukun Umrah/Haji serta syarat-syarat wajib melaksanakannya. Rujuklah pada agensi atau pakej Umrah/Haji yang anda daftar kerana mereka pasti akan menyediakan kursus-kursus yang boleh kita hadiri secara percuma. Buku panduan turut diberi sebagai rujukan. Pastikan kita memahami Rukun dan pantang larang dalam ihram sebaik-baiknya. BBK faham suasana kerja dan keadaan semasa kadangkala membataskan waktu untuk kita menghadiri kursus yang disediakan. Berdoalah supaya dipermudahkan urusan dan tanamkan azam yang kuat untuk tetap mengikutinya, InsyaAllah segalanya akan mudah dan berjalan dengan lancar. Sebaik-baiknya bacalah buku panduan yang diberi terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus, supaya kita dapat bertanya tentang apa jua kemusykilan yang ada nanti pada Ustaz atau penceramah Umrah/Haji untuk penjelasan yang lebih terperinci. Pentingnya memahami semua ini supaya kita dapat mengelakkan berlakunya kesilapan dalam ibadat serta menghilangkan rasa was-was. Ingat, bahawa setiap ibadat perlu dilaksanakan dengan yakin, jika tidak perlu diulanginya semula.

BBK belum lagi sampai ke Tanah Suci. Dijadualkan Jumaat ini pada jam 3 ptg akan berangkat bersama pakej Andalusia Travel. Alhamdulillah semua urusan di sini telah selesai. Doakan BBK dan saudara-mara dapat sampai ke sana seterusnya menunaikan ibadah Umrah yg sempurna. Ini adalah pertama kali bagi BBK. Perasaan BBK sejak 2 minggu yang lalu sangat tenang. Tidak dapat BBK gambarkan dengan kata2. Hati ini sudah berada di sana. BBK pasti perasaan ini bakal dirasai oleh semua bakal tetamu Allah. Alhamdulillah..

Oh yea..Pesanan yang paling penting BBK nak sampaikan pada rakan2..Marilah segera kita menunaikan Umrah/Haji pada usia yang muda selagi badan masih sihat dan berupaya. Jangan sekali2 terlintas mengatakan seperti “Takpelah aku masih muda, lambat lagi, nanti dah tua aku pergilah” atau “Nantilah..takde duit lagi” dan sebagainya yang negatif. Namun jawablah dengan baik seperti “ InsyaAllah aku akan kesana, doakan aku sampai di sana dan menjadi tetamu Allah” atau “InsyaAllah,,” sudah memadai. Jangan lupa besertakan niat dan azam yg kuat di dalam hati. Kita perlu ingat bahawa Ajal dan Maut itu tidak mengenal usia. Oleh itu tanamkan azam dan niat yang baik sentiasa. InsyaAllah semuanya akan baik kerana Allah SWT Maha Mengetahui setiap apa yang ada dalam hati kita.

BBK akan sambung lagi nanti pengalaman BBK di sana yea..InsyaAllah.. Di sini BBK ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap yg tidak disengajakan dan sesungguhnya apa yg baik itu datangnya dari Allah SWT dan apa yg buruk itu dari BBK sendiri..

Like jika sudi ;)

Sunday, February 27, 2011

Jika rakan anda seorang Gay dan Lesbian..

BBK kesibukan..Tapi BBK just nak luahkan perasaan..BBK rasa tak sedap hati..Sebab masih belum kuat iman BBK untuk menegur terang2an antara kenalan rapat BBK bahawa perbuatannya itu dilaknat Allah..


Bukan BBK busy body atau nak berlagak alim..Tapi hukum Allah tiada siapa mampu mengubahnya. Rakan BBK adalah seorang GAY

Ya Allah..BBK hanya mampu mengucap pnjang dan beristighfar di dalam hati..Astaghfirullah..kelemahan BBK kerana selemah2 iman hanya mampu menegur melalui hati..


Berbalik kepada soal Gay dan Lesbian..Antara kita sedar atau tidak ‘label’ ini sudah ibarat satu trend atau gaya hidup remaja kini. Mereka sudah tidak segan silu bercerita tentang teman masing2 sehingga ke cerita ‘kelambu’ bersama pasangan. Apa nak jadi?? Di mana terletaknya sifat malu mereka? Tidakkah mereka tahu bahawa perbuatan mereka itu adalah dilaknat Allah SWT? Inilah dia umat akhir zaman..Yang haram sudah banyak di’halal’kan..Begitu lah sebaliknya. BBK masih mengumpul kekuatan untuk menegur teman BBK ini secara berdepan..InsyaAllah..Semoga Allah member kekuatan. Ketika ini hanya doa yg mampu BBK titipkan untuk mereka menemui jalan pulang..
                                       
BBK ingt lagi semasa di sekolah agama dulu, Ustaz pernah cerita kisah umat Nabi Luth, di mana Allah sangat murka dengan perbuatan mereka yang membuat hubungan sejenis dan Allah telah memberi siksaan kepada mereka dengan siksaan yang belum pernah dirasakan oleh umat mana pun. Hal ini terlihat dari beraneka ragamnya adzab yang menimpa mereka, mulai dari kebinasaan, dibolak-balikkannya tempat tinggal mereka, dijerembabkan nya mereka ke dalam perut bumi dan dihujani bebatuan dari langit. Ini tidak lain adalah kerana besarnya dosa perbuatan tersebut.

Dalam suatu hadits yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, dia berkata bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : Allah melaknat siapa saja yang berbuat seperti perbuatan kaum Luth. Allah melaknat siapa saja yang berbuat seperti perbuatan kaum Luth. Allah melaknat siapa saja yang berbuat seperti perbuatan kaum Luth” [HR Nasa’i dalam As-Sunan Al-Kubra IV/322 (no. 7337)]

Jujur BBK masih menganggap mereka ini sebahagian dari teman BBK sbb BBK memang berkawan dengan semua golongan tak kiralah siapa pun dia..Namun, jauh di sudut hati BBK sentiasa berharap mereka kembali kepangkal jalan. BBK bukan tak pernah bertanya apa yang bestnya jadi Gay atau Lesbian dan turut berkias dalam nasihat BBK seperti mereka tak teringin ke berumahtangga nanti, sebab BBK sendiri sangat pelik apa yang membuatkan mereka terjerumus ke kancah HOMOSEXUAL ini. Dan jangan terkejut jawapan mereka dengan sungguh CONFIDENTI tak minat perempuan..I takkan kahwin dengan perempuan. BBK tersenyum..Namun di hati..Beristighfar sebanyak mungkin dan terasa luluh pedih hati mendengar pengakuan seorang teman.

BBK masih tidak faham..Apakah yang mereka cari..Bukan mereka tidak tahu hubungan mereka itu tiada penghujungnya. Dan bukannya mereka tidak sedar betapa ia dilaknat Allah. Mungkin inilah yang dikatakan buta hati..Kejam sungguh Syaitan kerana berjaya menggoda mereka. BBK harap jika ada anda di luar sana yang terjebak, insafi diri..Ingatlah dunia ini adalah sementara. Kita akan PASTI kembali kepadaNYA dan kehidupan di sana itulah yang abadi. Jika anda mempunyai perasaan terhadap kaum sejenis, segeralah bertaubat! Ubah cara hidup anda dan kuatkan semangat untuk melawan perasaan itu. Ingat ! Kita adalah manusia iaitu sebaik2 makhluk ciptaanNya..Di mana kita dikurniakan akal untuk berfikir..Maka renung2kan..Jangan di layan hawa nafsu..Kerana ia akan membinasakan diri..



Dari hasil carian BBK terjumpa beberapa blog atau laman web mengenai Gay, Lesbian
dan Islam yang boleh kita jadikan panduan bersama:






Like jika sudi ;)

Tuesday, February 1, 2011

Apa nak jadi Fasha Sanda & Nora Danish

Salam. Seperti biasa BBK sibuk benar dengan tugasan seharian di rumah dan pejabat. Hari ini sekali lagi mencuri2 masa untuk menulis..Tak sangka dah Februari..Sekejap benar masa berlalu, rasanya baru je ‘celebrate New Year’ semalam.

Entry kali ni, BBK tertarik untuk mengulas cerita Fasha Sanda & Nora Danish. Keduanya di mata BBK punyai bakat tersendiri dalam bidang lakonan serta termasuk dalam kategori cantik. BBK tak nak cerita tentang ‘isu perbalahan’ mereka di Internet dan juga di akhbar tempatan baru2 ini, rasanya semua dah tahu. Isu yang sama dibangkitkan iaitu berkenaan dengan seorang lelaki yang bernama ‘Jejai’.



Sejujurnya BBK tidak memihak kepada sesiapa kerana siapa kita untuk menilai dan kita juga tak tahu kebenaran di sebalik segala yang berlaku. Walaupun ada juga beberapa bukti yang boleh mengukuhkan cerita, namun di zaman teknologi yang serba canggih ini segala kemungkinan boleh berlaku. Apapun BBK melihat dari mata kasar pertelingkahan di antara Fasha dan Nora ini lebih dipropaganda oleh media seolah2 mahu melaga2 kan mereka semula dan mencari sensasi berita yang boleh menarik perhatian pembaca atau dengan kata lain yang boleh member keuntungan kepada mereka.

Pada BBK, baik Fasha mahupun Nora, berdamailah..Jika tidak pun, janganlah lagi mengeluarkan kenyataan2 berbalas di media mahupun di laman sosial peribadi tentang isu ini. Tindakan itu sebenarnya ibarat membuka pekung di dada dan memberi peluang kepada orang ramai untuk lebih mengata atau menghukum. Jangan salahkan mereka, kerana ia semua berpunca dari tindak-tanduk anda sendiri.
Sebagai seorang sudah matang (25 tahun ke atas) gunakanlah media seperti Internet dan laman social dengan lebih professional seperti untuk berinteraksi dengan peminat, melakukan promosi product2 terkini dan sebagainya, bukan untuk bertelagah sesama sendiri. BBK kadang2 naik jelak juga melihat beberapa artis (dalam kategori senior) suka benar melemparkan kata2 kurang sopan di FB ataupun Twitter. Beginikah perangai yang kita mahu jadikan IDOLA kepada masyarakat dan peminat?

Setiap orang mempunyai masalahnya tersendiri, dan melepas geram sesuka hati di laman sosial dengan kata2 yang kurang sopan bagi BBK ia tidak wajar. Lebih2 lagi anda sebagai seorang artis iaitu ‘public figure’ di mana anda sentiasa menjadi tumpuan masyarakat. Jadi berhati2lah..

Dalam kes Fasha dan Nora, sebaiknya kalian berdua berjumpa dan menyelesaikan masalah ini secara bersemuka daripada menggunakan media sebagai perantara kerana kesannya boleh menjadi lebih keruh. Seterusnya bagi pihak media tempatan dan juga para bloggers,sebolehnya bantulah mereka berdamai daripada lebih mensasikan berita2 yang boleh melaga2kan mereka. Terus terang malu betul dengan gosip2 begini kerana kita ni orang Melayu dan beragama Islam. Buang yang keruh, ambil lah yang jernih..Apapun kembali kepadaNya, segala yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. InsyaAllah..

Cakap pasal InsyaAllah, teringat Maher Zain. Oh ye, Maher Zain sudah pun merakamkan lagu InsyaAllah dalam bahasa kita. Jum dengar.. ;)

Like jika sudi ;)