Malaysia Cheap Web Hosting
Showing posts with label Menunaikan Umrah. Show all posts
Showing posts with label Menunaikan Umrah. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Pertama Kali..

Okay skrg  BBK rasa nak sambung bercerita tentang pengalaman pertama menjejakkan kaki di Tanah Haram dan seterusnya…sambungan entry sebelum ini..InsyaAllah tujuan BBK cerita bukanlah untuk menunjuk2, tetapi untuk berkongsi cerita betapa indahnya perasaan di sana, betapa tenang dan seronok..Mana lah tau dengan membaca cerita BBK ini, akan membuka ruang dan hati pada yg memang nak pergi supaya cepat2 ke sana segera..BBK rasa seeloknya kita pergi sementara kita bertenaga dan muda..Ini kerana kekuatan fizikal memang sangat2 diperlukan..Perkara yg baik, rasanya tidak salah untuk dikongsi..InsyaAllah..

Sebelum sambung cerita, BBK nk share rukun Umrah tu ada 5 perkara. 1. Niat di miqat (sempadan) iaitu di luar tanah haram, 2. Tawaf mengelilingi Ka’abah 7 kali, 3. Sa’e (7 kali berjalan dari Bukit Safa ke Marwah), 4. Bertahallul atau bergunting/bercukur dan ke 5. Tertib (bermaksud semua perkara dari 1-4 perlu dilakukan mengikut urutan). Jika kita berupaya dalam sehari kita boleh lakukan sehingga 2 atau 3 kali umrah..Biasanya orang buat sekali namun terpulang mengikut kemampuan masing2..Dan jika kita dapat melakukan 7 kali umrah, pahalanya samalah seperti mengerjakan ibadah haji, namun tidak menggugurkan fardhu mengerjakan haji ..

Tiba di Kota Makkah agak lewat berikutan ada transit di Riyadh tp kami hanya di dalam kapal terbang..kemudian dari airport Jeddah ambil masa hampir 2 jam setengah untuk urusan immigration dan luggage. Kemudian dari airport Jeddah, bas2 Andalusia Travel dah pun menanti kami dengan beberapa orang mutawif. 4 bas kesemuanya, 2 bas ke Abeer Garden (250m jarak ke Masjidil Haram) dan Hijaz Hotel (hanya 100m ke Masjidil Haram). Alhamdulillah BBK dan makcik2 duduk di Hijaz..mmg dah request dan tambah bayaran krn seorang makcik BBK agak uzur..Untuk memudahkan beliau ke masjid, kami  pilih duduk di Hijaz Hotel.

Oh ya, di Makkah & Madinah, waktunya lambat 5 jam yea dari waktu kita di Malaysia..Pertama kali melihat kota Mekah di waktu malam..Kota yang hebat..walaupun waktu itu sudah menunjukkan hampir 1 pagi, tapi macam baru 8 malam..Kedai2 masih buka, peniaga2 di sini sana, dan orang ramai masih ada di mana2..Kami di suruh bersedia dalam masa 30 minit untuk mengambil semula wudhu’ dan untuk menukar pakaian yg lebih bersih (jika ada yg  dh kotor). Harus di ingat, pantang larang dalam ihram mesti di jaga..Untuk perempuan, perkara paling penting elakkan menyikat2 rambut, di khuatiri gugur, dan elak dari bahan2 yg wangi, sabun or minyak wangi, dan jgn sesekali menutup muka/dahi..Ini adalah antara pantang larang yg selalunya mudah di langgar bg perempuan, jd perlu sgt berhati2..

Kira2 2:15 pagi (waktu Makkah) kami berkumpul di bawah..Waktu ni kena banyak bertalbiah dan selawat..Mutawif memulakan doa..mendahului kami memulakan perjalanan ke Masjidil Haram untk menuju ke Ka’abah dan semua mengikuti di belakang dan sama2 bertalbiah .

Tak sampai 3 langkah, BBK dah nampak cahaya yg terang benderang ..tertanya2 apakah itu..Meneruskan langkah sambil bertalbiah…tidak lama kemudian, baru BBK perasan..MasyaAllah..Itulah Masjidil Haram! SubhanAllah..putih bersih, lampunya ada kilauan cahaya yg mmg sgt terang..bangunannya begitu besar dan utuh tersergam indah..Hati BBK tersentuh namun terus bertalbiah bersama yang lain..sehinggalah Mutawif berhenti di hadapan pintu pertama iaitu King Abdul Aziz..berhenti seketika dan kami membaca doa sebelum memasuki Masjidil Haram..selesai, berjalan masuk ke dalam masjid..BBK teringat pesan ayah, ibu dan seorg rakan yg pernah ke sini..Mereka ada pesan, pertama kali nmpk Ka’abah, selain melaungkan Allahuakbar3x dan membaca doa yg ada..Jgn sesekali lupa niatkan di dalam hati apa yg kita hajatkan..

                                                                   
Inilah dia Pintu pertama Masjidil Haram iaitu 
King Abdul Aziz Gate

Rakan2..Dalam 6 langkah..menuruni anak tangga pintu King Abdul Aziz..BBK dah ternampak Ka’abah..SubhanAllah..Jujur..perasaan itu x tahu BBK nk gambarkan..Ianya terlalu sukar untuk BBK ungkapkan dgn kata2..yg pasti rasa syukur tidak terhingga, terharu sehingga tak sedar mengalirnya air mata kerana Allah SWT sudi menerima diri ini menjadi tetamuNYA..Bayangkan..betapa diri ini bergelumang dosa pdNYA..Tetapi Allah SWT adalah Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang..Kedatangan BBK dan teman2 lain dipermudahkan..sehingga dapat melihat rumah Allah SWT paling suci ini..Alhamdulillah..

Jika kita bersalah pd manusia, dan sudah meminta maaf, mngkin ada juga yg sukar memaafkan kita sehinggakan kita lemparkan senyuman pun dibalasnya dgn jelingan atau tidak langsung memandang..Tetapi Allah SWT menerima hambaNya selagi hambaNYA ikhlas bertaubat padaNYA. Baru BBK faham, kenapa sebelum ke sana, kita iaitu bakal tetamu Allah digalakkan memperbanyakkan solat taubat..dan membuat persediaan2 lain..dengan persediaan2 ini..Alhamdulillah, itulah yg akan memudahkan dan melancarkan ibadat kita di sana..

Melihat Ka’abah sahaja rakan2..kita sudah mendapat pahala dan rahmat dari Allah SWT..

 Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : 

“ Pada Kaabah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari , iaitu 60untuk tawaf, 40untuk solat sunat dan 20 untuk melihat Ka’abah”


SubhanAllah..Allah Maha Besar..Pemurah..Pengasih dan Penyayang..Selagi kita bernyawa, berupaya dan mampu..Marilah sama2 kita rebut peluang untuk ke sana..Kerana terlalu banyak ganjarannya..BBK mohon maaf jika tulisan BBK ada kesalahan dan kesilapan..Harap diperbetulkan jika ada..Sesungguhnya BBK hanya insan kerdil dan lemah di sisiNYA..Dan masih banyak yang perlu BBK pelajari..Harapan BBK hanya satu, supaya kita sama2 mendapat redha NYA bersama2..InsyaAllah..Sharing is Caring..Always.. J

Yang buruk dan hina semuanya dari saya..Yang baik semuanya dari Allah SWT..Assalamualaikum..
Like jika sudi ;)

Sunday, April 17, 2011

Bila kaki melangkah ke Saudi Arabian Airlines..

Assalamualaikum WBT..16 April..Akhirnya BBK kembali semula ke Malaysia..Jujur dari hari, BBK sebenarnya sedih meninggalkan Madinah dan Kota Makkah..Alhamdulillah segalanya lancar dan mudah selama 10 hari di Makkah dan 5 hari di Madinah..

Rakan2 sekalian..BBK ingin berkongsi cerita..demi kebaikan bersama dgn niat kerana NYA dan rasa tanggungjawab juga sebagai seorang yg beragama Islam..Spt yg dinyatakan dlm entry sebelum ini, flight BBK ke Jeddah pd jam 3ptg, Jumaat 1st April..Alhamdulillah..tiada apa2 halangan. Maka pagi Jumaat itu, BBK memulakan persiapan sbg musaffir. Oleh kerana BBK akan terus ke Makkah (bukan Madinah) dan akan berniat ihram dalam kapal terbang di Miqat Qarnul Manazil iaitu kira-kira satu jam sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Maka atas nasihat Ustaz semasa kursus, persiapan ihram (memakai pakaian ihram) sebaik2nya dari rumah atau di KLIA. Boleh juga di pesawat nnt tp mungkin susah sikit lah kan..lebih2 lagi bagi lelaki keranai pakaian ihram mereka memerlukan ikatan yang rapi & kemas tanpa pakaian yg berjahit.


                                                          
                                                  Kapal Saudi sedang menanti

Selepas mandi sunat ihram dan musafir, solat subuh, kemudian solat sunat musafir..seterusnya solat sunat ihram..(boleh juga di lakukan di KLIA)..dan jika sudah masuk waktu Dhuha, tunaikan pula solat sunat Dhuha..Seterusnya BBK banyak mengikut buku panduan Umrah..Baca ayat2 terpilih..dan doa2 sebelum meninggalkan rumah..Oh ye, tidak lupa juga melakukan perkara2 sunat seperti buang kuku, merapikan rambut, dan sbgnya..Sebelum melangkah keluar dari rumah..BBK bermaaf2an dahulu dgn keluarga..Sedih juga masa ni..Walhal setiap hari pun mmg sentiasa meminta maaf dari mereka..Ikutkan ibu BBK sepatutnya ikut sekali, tp ada urusan lain yg perlu dia lakukan..lagipun dia baru sahaja Umrah thn lepas..InsyaAllah thn depan BBK akan pergi bersama ibu dan ayah BBK pula..Kemudian keluar je dari pintu, baca doa..dan ayah BBK melaungkan azan..Ya ALLAH..Dalam hati BBK x putus2 memujiNYA dan berdoa supaya tiadalah halangan untuk BBK sampai ke sana..Apa jua boleh berlaku kan kawan2..Jadi senjata org Mukmin, sentiasalah kita panjatkan doa (turut serta dgn usaha yg bersungguh2).

Sepanjang perjalanan ke KLIA, BBK tdk bnyk bercakap..Ibu dan ayah juga faham..mereka dah pesan bnyk kan berzikir..tiba di KLIA jam 11:30am..Makcik2 BBK dah tunggu di sana..awal pula mereka tiba..Kami terus ke kaunter K..di situ dah ramai group kami..yg akan berlepas ke Jeddah bersama2..Andalusia juga bekalkan makanan untuk kami. Beg2 semua tinggalkan sahaja pihak pengurusan akan aturkan..Seterusnya dalam jam 12:30pm kami berkumpul berdekatan ruang legar di hujung Mc Donald untuk taklimat dan mengedarkan boarding pass dan ticket..Selesai, sekali lagi bersalaman dan berpelukan bersama keluarga dan saudara mara yg hadir menghantar di KLIA..Kali ni BBK tidak lg menitiskan air mata..Maybe dah puas nanges sebelum ni.. J Kami berangkat menaiki train untuk ke international gate..Sebelum berlepas kami terlebih dahulu menunaikan solat Jamak Taqdim, Zohor & Asar..

Saudi Arabian Airlines kini menanti..Mula dengan langkah kanan dan Bismillah..BBK melangkah dan memasuki pesawat..pertama kali BBK menaiki Saudi Arabian Airlines..Biru dan redup..Ya Allah..BBK syukur..akhirnya kini di dalam Flight SV 833..Mulakan perjalanan dengan doa bersama2..Bagus SAA..MAS patut wat mcm ni jugak..InsyaAllah semuanya akan selamat..


Maka..Selamat tinggal bumi Malaysia..Dan selamat datang Jeddah, Makkah dan Madinah..Perjalanan ke Jeddah mengambil masa 8 jam setengah..Diingatkan! Sejam sebelum kapal terbang mendarat, iaitu di Miqat, kami perlu berniat Umrah seterusnya dalam keadaan ihram dan perlu menjaga Pantang Larang dalam Ihram  

InsyaAllah..BBK akan cerita seterusnya perasaan ketika mula2 menjejakkan kaki ke Kota Makkah, apabila menyaksikan Masjidil Haram dan seterusnya ketika pertama kali memandang Ka’abah yg merupakan kiblat bagi Umat Islam.. Subhan'Allah
Like jika sudi ;)

Thursday, March 31, 2011

Bakal Tetamu Allah


Manjadi Tetamu Allah..Bersediakah anda?

Assalamualaikum WBT. BBK sudah lama tidak menulis kerana benar2 sibuk dengan tugasan harian di pejabat, menjalankan tanggungjawab sebagai anak serta membuat persiapan untuk menunaikan Umrah Jumaat ini.. InsyaAllah..

Di sini BBK ingin berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan atau ilmu yang BBK dapat (ianya hanya sebesar zarah dan InsyaAllah BBK akan terus belajar dan belajar). Tahukah anda bahawa Umrah yg pertama itu sebenarnya adalah fardhu hukumnya? Di mana ia wajib dan dituntut bagi mereka yang berupaya serta mampu mengerjakannya. Ianya sama dengan hukum haji dimana haji termaktub dalam Rukun Islam yg ke-5.

Dalil wajib haji dan umrah ialah seperti pada firman Allah s.w.t. :


Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah. (Al-Baqarah: 196).



Kemudiannya Daripada hadis, dalil wajib umrah ialah hadis riwayat ad-Dailami:


Daripada Zaid bin Tsabit r.a. berkata ia: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Mengerjakan haji dan umrah itu dua fardu yang hanya sekali sahaja (bagi seseorang Islam yang cukup syarat), bolehlah engkau kerjakan mana satu dahulu (sama ada haji ataupun umrah).””

Di sini BBK ingin menyeru rakan-rakan sekalian, marilah sama-sama menanamkan niat untuk menjadi tetamu Allah iaitu dengan niat ingin mengerjakan Umrah & Haji. InsyaAllah dengan niat yang suci ini akan dilorongkan jalan untuk kita menyempurnakan niat tersebut. BBK bersyukur kerana dimakbulkan doa untuk ke sana. Ia juga adalah berkat doa dari kedua ibu bapa, saudara-mara dan teman-teman yg pernah mendoakan BBK agar sampai ke sana sewaktu mereka menunaikan Haji & Umrah sebelum ini. Tips di sini, jika ada antara anda yg mempunyai saudara atau kenalan yg akan menjadi tetamu Allah, kirim lah doa anda untuk mereka bawa ke sana. InsyaAllah..niat itu akan dikabulkan. Namun, sebagai hambanya kita perlulah juga turut berusaha iaitu dengan melakukan suruhanNya serta meninggal larangganNya selain menjadi  persediaan untuk menjadi tetamu Allah.

Bakal menjadi tetamu Allah. Subhan'Allah. Lafazkan syukur Alhamdulillah sebanyak2nya. Ingat, bahawa kita bakal menjadi tetamu Allah yang Esa. Sedangkan sebelum menjalani temuduga atau temujanji bersama teman, kita akan membuat persediaan yang rapi dan lengkap, inikan pula untuk menjadi tetamu Allah SWT! 'MasyaaAllah!! 

Bayangkan kita bakal menjejakkan kaki ke Masjidil Haram iaitu tempat paling suci.. Apakah persediaan kita? Maka lakukanlah persediaan dengan sebaik-baiknya supaya kedatangan kita di Redhai Allah SWT, dan dengan itu kita bakal mendapat Umrah yang Maqbullah atau Haji yang Mabrur. Dalam erti kata lain ibadat Umrah dan Haji yang benar-benar sempurna dan di redhai Allah SWT.


Antara persediaannya yang paling penting dari apa yg BBK belajar, tunaikanlah Solat Taubat sebanyak mungkin. Suci kan diri dan dosa-dosa kita dengan Allah SWT. Seterusnya bermaaf-maafan terutama dengan kedua ibu bapa jika masih ada, saudara-mara dan rakan taulan. Selesaikanlah apa jua hutang sesama manusia jika ada. Jika tidak mampu bayar, pastikan memaklumkan pada mereka dan minta keizinan mereka untuk menangguhkan bayaran sehingga kembali dari Umrah atau Haji. Pastikan niat anda untuk melangsaikan hutang itu ada. Ini penting supaya kita tiada halangan di sana nanti. Itu hutang kita bersama manusia. Bagaimana hutang kita dengan Allah?? Wahai rakan dan taulan. Sesungguhnya hutang dengan Allah SWT wajib kita bayar. Solat Fardhu 5 waktu, pastikan kita membayarnya dengan menunaikan Qada Solat.  Solat adalah tiang agama. Sesiapa yang meninggalkannya maka dia adalah peruntuh agama.
Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.
Jadi rakan2 janganlah sekali2 meninggalkan solat dengan sengaja.  Untuk makluman tentang Qada’ Solat  boleh klik di sini Qada Salat. Jika tidak sempat untuk mengabiskan Qada’ Solat sebelum menunaikan umrah/haji, tanamkan niat dan azam bahawa kita akan melangsaikannya. Kita juga boleh menunaikan Qada’ Solat ketika di sana nanti.

Kemudian kita perlu mempelajari dan memahami Rukun Umrah/Haji serta syarat-syarat wajib melaksanakannya. Rujuklah pada agensi atau pakej Umrah/Haji yang anda daftar kerana mereka pasti akan menyediakan kursus-kursus yang boleh kita hadiri secara percuma. Buku panduan turut diberi sebagai rujukan. Pastikan kita memahami Rukun dan pantang larang dalam ihram sebaik-baiknya. BBK faham suasana kerja dan keadaan semasa kadangkala membataskan waktu untuk kita menghadiri kursus yang disediakan. Berdoalah supaya dipermudahkan urusan dan tanamkan azam yang kuat untuk tetap mengikutinya, InsyaAllah segalanya akan mudah dan berjalan dengan lancar. Sebaik-baiknya bacalah buku panduan yang diberi terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus, supaya kita dapat bertanya tentang apa jua kemusykilan yang ada nanti pada Ustaz atau penceramah Umrah/Haji untuk penjelasan yang lebih terperinci. Pentingnya memahami semua ini supaya kita dapat mengelakkan berlakunya kesilapan dalam ibadat serta menghilangkan rasa was-was. Ingat, bahawa setiap ibadat perlu dilaksanakan dengan yakin, jika tidak perlu diulanginya semula.

BBK belum lagi sampai ke Tanah Suci. Dijadualkan Jumaat ini pada jam 3 ptg akan berangkat bersama pakej Andalusia Travel. Alhamdulillah semua urusan di sini telah selesai. Doakan BBK dan saudara-mara dapat sampai ke sana seterusnya menunaikan ibadah Umrah yg sempurna. Ini adalah pertama kali bagi BBK. Perasaan BBK sejak 2 minggu yang lalu sangat tenang. Tidak dapat BBK gambarkan dengan kata2. Hati ini sudah berada di sana. BBK pasti perasaan ini bakal dirasai oleh semua bakal tetamu Allah. Alhamdulillah..

Oh yea..Pesanan yang paling penting BBK nak sampaikan pada rakan2..Marilah segera kita menunaikan Umrah/Haji pada usia yang muda selagi badan masih sihat dan berupaya. Jangan sekali2 terlintas mengatakan seperti “Takpelah aku masih muda, lambat lagi, nanti dah tua aku pergilah” atau “Nantilah..takde duit lagi” dan sebagainya yang negatif. Namun jawablah dengan baik seperti “ InsyaAllah aku akan kesana, doakan aku sampai di sana dan menjadi tetamu Allah” atau “InsyaAllah,,” sudah memadai. Jangan lupa besertakan niat dan azam yg kuat di dalam hati. Kita perlu ingat bahawa Ajal dan Maut itu tidak mengenal usia. Oleh itu tanamkan azam dan niat yang baik sentiasa. InsyaAllah semuanya akan baik kerana Allah SWT Maha Mengetahui setiap apa yang ada dalam hati kita.

BBK akan sambung lagi nanti pengalaman BBK di sana yea..InsyaAllah.. Di sini BBK ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap yg tidak disengajakan dan sesungguhnya apa yg baik itu datangnya dari Allah SWT dan apa yg buruk itu dari BBK sendiri..

Like jika sudi ;)