Malaysia Cheap Web Hosting

Thursday, September 15, 2011

Keindahan Alam di Krabi


Salam 17 Syawal..Bagaimana Syawal atau hari raya anda..? Moga berjalan lancar hendaknya, InsyaAllah..Terlalu sibuk dengan pelbagai agenda sehingga tak berkesempatan nak update blog picisan ini. Alhamdulillah masih lg bernafas dan dapat menikmati anugerah Maha Pencipta yg ESA.

Baru2 ni pada raya ke-5, BBK sempat menjejakkan kaki ke bumi Thailand..Dalam kiraan ini kali 3 BBK ke bumi yg terkenal dengan keteguhan sistem pemerintahan beraja. Di mana2 terutama di bandar2 Thailand, kita dapat lihat gambar2 raja dan ratu mereka dipamerkan dan bilangannya lebih banyak dari papan iklan. Kagum, kerana senario ini agak luar biasa di era yg serba moden ini.

Kali ini, destinasi BBK ialah Krabi & Phuket. Apa ada di sana..? BBK nak cerita memang rasanya x sempat..Tapi BBK rumuskan Krabi merupakan destinasi peranginan yg sgt kaya dengan keindahan semulajadi ciptaan Allah SWT. Ternyata diri ini terasa begitu kerdil apabila melihat kebesaran ciptaanNYA. BBK sekali lagi merasa kagum dengan kerajaan Thailand dan penduduk di sini kerana menjaga keindahan semulajadi ini dengan begitu baik. Hari ke 2 di Krabi, BBK ke 7 pulau di sana. Antara pulau ini, Phi Phi Island dan Maya Bay sgt terkenal di seluruh dunia kerana pulau ini pernah menjadi lokasi untuk filem The Beach lakonan Leonardo Dicaprio.

Ikutkan, BBK lebih menggemari air terjun dari laut. Tapi dek ianya terlalu indah membuatkan BBK juga akhirnya terjun ke laut untuk aktiviti snorkeling

Airnya sangat jernih, biru dan kita boleh nampak jelas coral dan ikan2 yg cantik dari boat yg dinaiki. Thanks to rakan BBK Shida yg awal2 dah standby Burkini aka Muslimah Swim Wear. Dapat melihat live pelbagai jenis ikan dan coral yg cantik dari dekat sangat mengujakan! Sekali lagi rasa kagum tidak henti2 dengan ciptaanNYA. SubhanAllah! Ternyata alam ini begitu luas dan indah untuk kita terokai dan nikmati. Apa yg penting perlulah dengan cara yg betul berlandaskan apa yg dituntut oleh NYA. 

Mengamati kejadian2 di sekeliling kita juga sedikit sebanyak dapat mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta, Allah SWT. Pada alam itulah tercatatnya tanda2 keagungan Allah dan rahmahNYA kepada manusia. Memetik baginda Nabi Muhammad S.A.W menyebut: "Sesiapa yang memotong pokok biadara maka Allah akan rendahkan kepalanya di alam neraka" (riwayat Abu Daud, dinilai Sahih oleh Al-Albani). Amaran dan doa Nabi S.A.W agar Allah mengambil tindakan kepada pemotong atau penebang pokok bidara kerana kerimbunan pokok tersebut menjadi tempat berteduh manusia dan haiwan. Maka perbuatan memusnahkannya tanpa sebab adalah suatu pengkhianatan terhadap manusia dan haiwan. Justeru kita seharusnya melihat  amaran ini secara lebih mendalam yakni perlunya kita menjaga keindahan alam ini sebaik-baiknya kerana ia juga satu amanah dan tanggungjawab yang dituntut.

Gambar2 Krabi dari camera BBK dan rakan.

Tempat tinggal kami di sana
Boat yg laju


Ombak
Lihat Coral tu! SubhanAllah

Sebelum berhenti untuk snokerling di tengah lautan!


Lihat Coral tu..


Pandangan dari Maya Bay
Like jika sudi ;)

No comments:

Post a Comment