Malaysia Cheap Web Hosting

Wednesday, August 24, 2011

Saat-saat akhir Ramadhan..Di mana kita..

Masa berlalu begitu pantas..sedar tak sedar hari ini dah 24 hari kita berpuasa. Alhamdulillah kerana masih bernafas dan dgn izinNYA kita mampu meneruskan ibadah mulia ini.

Pagi tadi on the way nak ke office, seperti biasa IKIM FM menjadi teman perjalanan dan program yg paling BBK minati tentulah slot motivasi pagi..Macam kata motivational speaker terkenal Zig Ziglar  ‘People often say that motivation doesn’t last. Well neither does bathing. That’s why we  recommend it daily’. BBK setuju dengan pendapat beliau..Memang benar, kita perlukan motivasi setiap hari..Perasaan kita berubah2..Mood naik turun..Jadi motivasi yg kerap boleh membuat kita sentiasa bersemangat, peka serta secara tidak langsung kita mudah mengawal emosi dengan baik walau dalam apa situasi sekalipun.

Sebetulnya persekitaran memang dapat mempengaruhi seseorang..Jika tidak masakan kain yang putih dan bersih kalau kita hanya biar ia dan letakkannya di tempat yang terdedah dgn asap yg kotor..Pasti ia menjadi hitam dan kotor..Berbeza jika kain itu di jaga rapi di simpan di dalam bingkai kaca atau jika ia terdedah sekalipun, kita tetap membasuhnya setiap hari..Kotorannya akan hilang dan kain kembali putih bersih..


Okey berbalik pada topik ni, BBK nak share tentang topik pagi di IKIM FM pagi td yg membincangkan bagaimana keadaannya di akhir2 Ramadhan ini.. Semakin kurangkah kualiti ibadat kita? Semakin kurang orang ke masjid kerana semakin ramai yang kini keluar untuk membuat persiapan raya seperti membeli baju, kuih dan sebagainya..Itulah keadaan yang dapat kita lihat sebenarnya..Senario ini bukan lagi ‘luar biasa’ kerana ia sudah diibarat trend di saat-saat akhir Ramadhan ketika itulah banyaknya ‘Sale’ di sana-sini..Kebanyakan dari kita juga suka bertindak ‘last minute’..Mungkin bukan sengaja tetapi kerana kesuntukan masa dengan kerjaya atau tuntutan lain..Maka ibadah di fasa ketiga dalam bulan Ramadhan iaitu pembebasan dari api neraka seperti dilupakan..Mungkin ada yang buat sendiri di rumah cuma tidak dapat berjemaah..Namun kita pun sedia maklum lebih baik jika amalan itu dilakukan berjemaah..

Tiada niat untuk mencari kesalahan sesiapa..Terlintas untuk menulis isu ini sekadar peringatan bersama untuk kita sama2 renungkan..Apakah kita yakin kita akan bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan? Tidakkah kita mahu mengumpul sebanyak mungkin amalan di bulan yg penuh BONUS dan rahmat dari Allah SWT ini? Persoalannya bagaimana kita mahu mengubah cara supaya kita dapat melakukan keduanya seiring..Banyak jugak caller yang memberi cadangan tadi, dan BBK tertarik dengan cadangan seorang kakak ni yang mengatakan tak salah jika kita nak shopping dan buat persiapan raya dan sebagainya. Tapi buat lah di waktu siang, malamnya pula focus pada ibadah.  Tapi bagaimana pula pada yg bekerja diwaktu siang? Hanya malam waktu terluang mereka.

Jadi BBK sendiri membuat kesimpulan, buat lah persediaan raya dari awal sebelum masuknya Ramadhan. (Peringatan untuk diri sendiri). Jika ada pun di bulan Ramadhan tu nanti just untuk tambah2 sikit apa yg tidak cukup..Pada yg perempuan, mungkin bernasib baik, kita boleh la keluar shopping sewaktu ‘cuti’. Bersederhana dalam segalanya dan cuba sedaya upaya untuk keluar di waktu siang dan gunakan  hari minggu sebaik2nya. . Ingat..10 malam terakhir itu ada Lailatul Qadar dan Maksud Firman Allah SWT: 'Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Tahukah kamu, apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehinggalah terbit fajar” (al-Qadr : 1-5)
Jangan lepaskan peluang untuk mencarinya..

Hatta junjungan mulia kita Nabi SAW pernah bersabda:“Carilah malam al-Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan”. (HR Bukhari & Muslim)

Nak lepaskan peluang ini?? Sudah tentu tidak bukan..Jadi, terus sama2 kita istiqamah dan berdoa supaya ditemukan Lailatul Qadar kerana Allah SWT. InsyaAllah..


Like jika sudi ;)

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum.

    Kunjungan balasan :)

    Semoga kita semua tetap istiqamah dalam menjalani bulan Ramadhan ini dan meraih Lailatul Qadar. Aamiin..

    ReplyDelete