Malaysia Cheap Web Hosting
Showing posts with label Motivasi pagi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi pagi. Show all posts

Wednesday, March 28, 2012

If you want to get what you never had, you have to do what you never did

Pejam celik..Pejam celik..Dah pun penghujung bulan March 2012..Lama BBK tak update blog. Alasan biasa..Busy..Biasalah, mana ada orang yang tak sibuk..Masing2 punya tanggungjawab yang perlu di laksanakan.

BBK sedang belajar, masih terus belajar dan tak mungkin akan berhenti belajar. Ilmu itu kan wajib dituntut. Alhamdulillah BBK mendapat restu penuh dari keluarga yang sentiasa memberi galakan. Selain melaksanakan kewajipan, ia juga memberi satu kepuasan diri yang tidak ternilai. Life is a journey.Its all about the journey..The colours and light seen..The lesson learned..Itulah kehidupan..Sepanjang perjalanan yang dilalui pasti banyak pengalaman dan pelajaran yang kita perolehi. Bagi yang bijak, setiap kesalahan akan dijadikan pengajaran, yang baik pula dijadikan teladan..Dan setiap orang punya cita-cita dan keinginan. Jika hanya angan-angan, boleh lah sekadar bercakap kosong dan tidak disusuli tindakan. Jika benar mempunyai impian, maka haruslah sedia melaksanakan! Action speaks louder than words! Always.

BBK kagum dengan orang-orang yang terus menggapai impian mereka walau seribu halangan menanti. Bukan setakat mempunyai impian yang besar namun mempunyai pegangan yang teguh dalam Islam. Pendek kata keduanya seiring. Contoh yang paling dekat yang BBK kenal, ialah saudara Imran Koyube. Siapa Imran Koyube? Beliau adalah pengasas ILUVISLAM dan pemilik syarikat ILI (iluvislam) Group Sdn Bhd. Dengan usia yang begitu muda (baru 25 tahun), beliau sudah boleh dikatakan berjaya kerana ILUVISLAM kini menjadi medan utama untuk para pendakwah mendekati masyarakat terutama golongan muda dengan cara yang tersendiri. Tidak kira pendakwah professional mahupun amatur, masing-masing mempunyai peluang untuk berdakwah melalui ILUVISLAM. 

Program anjuran ILUVISLAM yang BBK sempat hadir pada February lepas iaitu Konvensyen Fiqh Ummah, ia benar-benar mengkagumkan. Bayangkan dewan PWTC penuh dibanjiri lebih 3000 peserta untuk program dakwah. Dan ianya bukan percuma..RM100-RM200 bayaran dikenakan. Alhamdulillah..Satu fenomena yang baik untuk dakwah Islam di Malaysia. 

Mengikuti perkembangan Imran secara dekat, sememangnya Imran mempunyai azam dan cita-cita yang tinggi dari kecil lagi. Beliau sendiri pernah berazam dalam usia muda, beliau ingin mempunyai PA dan driver sendiri, dan Alhamdulillah segalanya kini tercapai. Untuk berada di tahap sekarang, beliau tidak hanya duduk diam di rumah, sebaliknya sentiasa keluar berjumpa lebih ramai orang untuk belajar dan memajukan diri. Usaha beliau bukan setakat untuk diri sendiri, tetapi juga untuk kebaikan sesama ummah. Inilah yang dikatakan pendakwah Muslim professional. BBK masih ingat pertama kali bertemu beliau dan sama2 hadir dalam meeting ILUVISLAM tahun lalu, Imran seorang yang merendah diri namun tegas dalam keputusannya. Dari situ jelas tampak karisma kepimpinan yang beliau ada. BBK bangga Imran kini berjaya dengan ILUVISLAM dan seterusnya mengorak langkah dalam bidang bisnes pendidikan bagi melahirkan sekurang-kurangnya 100 orang jutawan BERIMAN yang melakukan REAL BISNESS di bawah satu lagi syarikatnya Im Koyube Consultancy. Moga terus maju dan maju. Jujur dari hati, melihat kejayaan umat Islam adalah satu kebanggaan yang tidak dapat diungkapkan. Dan ia dapat memberi semangat pada diri sendiri untuk lebih maju kehadapan.

Antara kata2 hikmat dari saudara Imran yg BBK suka.. ;)

Para pendakwah Kristian rajin buat website camni untuk murtadkan pemuda Islam: pendakwah Islam bagaimana? Kita ni suka tidur, kan? :) @_@ Tidur, bangun..bangun-bangun je asyik nak complain, merungut tak cukup duit dan mengutuk orang lain dan duk tak abis-abis bahas perkara ranting. (Tak semua, tapi ramai giler lah) http://www.answering-islam.org/Bahasa/index.html Jom kita (pendakwah Islam), berubah, nak? Berubah attitude, dan tambah genetik rajin dan gen-gen kita :) Boleh? :)
                                                                            ~~~~
"If you always do what you always did, you'll always get what you always got. If you want to get what you never had, you have to do what you never did." Sheikh Yawar Baig
                                                                            ~~~~
"Money is the result of great work. It will come if you do great!" - Sheikh Yawar Baig.
                                                                            ~~~~
Stop giving negative messages to ourselves..awaken our giants within..yes WE can, yes WE can, yes WE can. Discover potential & work on it! :)
                                                                            ~~~~
Baru abis breakfast dengan abang Ar. Ikhwan Johari, husband kak Wardina- banyak dia share ttg cara nak jadi suami hebat- antaranya kena banyak 'sabar dalam bersabar.' Nasihatnya, bacalah buku 'Why Mars & Venus Collide.' Amazing giler! Patutla kak Wardina terpikat! Ececece @_@ Nak korek lagi rahsia dia selama seminggu training bersama nih, hahaha.. ^_^ 
                                                                            ~~~~
Extraordinary goals inspire extraordinary effort :) Indeed :)
                                                                            ~~~~
Saya mempunyai impian nak jadi kaya raya macam Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari sebab saya nak buat rumah besar; boleh bagi kawan-kawan buat usrah dalam rumah saya, saya tak kisah la kawan saya tu ABIM ke PAS ke ISMA ke IKRAM ke TABLIGH ke UMNO ke..semua boleh saya bagi free...kemudian isteri saya akan buat cupcakes cantik-cantik bagi diorang makan free..tunang saya pandai buat cupcakes..hehe..amin..doakan ye :)
                                                                            ~~~~
I always wish & pray to Allah that my wife works from home, focus on developing our priceless children. I boleh ajar buat bisnes or investment online di umah sampai jd jutawan, insyaAllah. A dream, hehe :)
                                                                            ~~~~
Ramai orang yang nak jadi jutawan kerja kuat giler time umur 20-40 tahun. Umur 41 jatuh sakit..abis duit berjuta utk treatment. So, its better for me to invest in my health so that saya tak terperangkap dalam 'rat race' itu! :)
                                                                            ~~~~
"Pakcik dah ada banglow, kenapa beli mahligai pulak?" Tanya saya kepada multimillionaire yang mahligainya saya menginap semasa di Kelantan. "Pakcik nak buktikan bahawa walaupun Tuhan kita Allah dan nabi kita Muhammad S.A.W, kita mampu untuk berjaya juga."
                                                                            ~~~~
*Kata-kata yang menjadi Inspirasi Ku..
"...Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."~ Allahyarham Ustaz Asri Hj Ibrahim

                                                                            ~~~~

Antara kaya dan mempunyai visi dan misi yang jelas dalam hidup, BBK pilih yang kedua. Kerana jika kaya, ia boleh jadi miskin. Namun dengan adanya visi dan misi yang jelas dalam hidup, seseorang itu ternyata lebih berdedikasi dalam tugas dan kehidupan sehariannya untuk memastikan visi dan misinya tercapai. Seharusnya dia juga akan mempunyai disiplin yang tinggi, rajin berusaha (tidak malas) dan sentiasa mencari peluang untuk memajukan dirinya. Dan sebagai umat Islam, segala yang kita miliki bukan milik kita seorang maka kita perlu berkongsi kejayaan kita dengan orang lain seperti yang dilakukan oleh saudara Imran. 

BBK teringat kata2 seorang mentor BBK, "Untuk berjaya kita tidak seharusnya melakukan hanya perkara-perkara yang kita suka, tetapi kita harus melakukan perkara-perkara yang perlu untuk berjaya."  

Sekali lagi..kata2 mentor saudara Imran iaitu Sheikh Yawar Baig.. "If you always do what you always did, you'll always get what you always got. If you want to get what you never had, you have to do what you never did."

InsyaAllah segalanya mungkin. 





Like jika sudi ;)

Wednesday, August 24, 2011

Saat-saat akhir Ramadhan..Di mana kita..

Masa berlalu begitu pantas..sedar tak sedar hari ini dah 24 hari kita berpuasa. Alhamdulillah kerana masih bernafas dan dgn izinNYA kita mampu meneruskan ibadah mulia ini.

Pagi tadi on the way nak ke office, seperti biasa IKIM FM menjadi teman perjalanan dan program yg paling BBK minati tentulah slot motivasi pagi..Macam kata motivational speaker terkenal Zig Ziglar  ‘People often say that motivation doesn’t last. Well neither does bathing. That’s why we  recommend it daily’. BBK setuju dengan pendapat beliau..Memang benar, kita perlukan motivasi setiap hari..Perasaan kita berubah2..Mood naik turun..Jadi motivasi yg kerap boleh membuat kita sentiasa bersemangat, peka serta secara tidak langsung kita mudah mengawal emosi dengan baik walau dalam apa situasi sekalipun.

Sebetulnya persekitaran memang dapat mempengaruhi seseorang..Jika tidak masakan kain yang putih dan bersih kalau kita hanya biar ia dan letakkannya di tempat yang terdedah dgn asap yg kotor..Pasti ia menjadi hitam dan kotor..Berbeza jika kain itu di jaga rapi di simpan di dalam bingkai kaca atau jika ia terdedah sekalipun, kita tetap membasuhnya setiap hari..Kotorannya akan hilang dan kain kembali putih bersih..


Okey berbalik pada topik ni, BBK nak share tentang topik pagi di IKIM FM pagi td yg membincangkan bagaimana keadaannya di akhir2 Ramadhan ini.. Semakin kurangkah kualiti ibadat kita? Semakin kurang orang ke masjid kerana semakin ramai yang kini keluar untuk membuat persiapan raya seperti membeli baju, kuih dan sebagainya..Itulah keadaan yang dapat kita lihat sebenarnya..Senario ini bukan lagi ‘luar biasa’ kerana ia sudah diibarat trend di saat-saat akhir Ramadhan ketika itulah banyaknya ‘Sale’ di sana-sini..Kebanyakan dari kita juga suka bertindak ‘last minute’..Mungkin bukan sengaja tetapi kerana kesuntukan masa dengan kerjaya atau tuntutan lain..Maka ibadah di fasa ketiga dalam bulan Ramadhan iaitu pembebasan dari api neraka seperti dilupakan..Mungkin ada yang buat sendiri di rumah cuma tidak dapat berjemaah..Namun kita pun sedia maklum lebih baik jika amalan itu dilakukan berjemaah..

Tiada niat untuk mencari kesalahan sesiapa..Terlintas untuk menulis isu ini sekadar peringatan bersama untuk kita sama2 renungkan..Apakah kita yakin kita akan bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan? Tidakkah kita mahu mengumpul sebanyak mungkin amalan di bulan yg penuh BONUS dan rahmat dari Allah SWT ini? Persoalannya bagaimana kita mahu mengubah cara supaya kita dapat melakukan keduanya seiring..Banyak jugak caller yang memberi cadangan tadi, dan BBK tertarik dengan cadangan seorang kakak ni yang mengatakan tak salah jika kita nak shopping dan buat persiapan raya dan sebagainya. Tapi buat lah di waktu siang, malamnya pula focus pada ibadah.  Tapi bagaimana pula pada yg bekerja diwaktu siang? Hanya malam waktu terluang mereka.

Jadi BBK sendiri membuat kesimpulan, buat lah persediaan raya dari awal sebelum masuknya Ramadhan. (Peringatan untuk diri sendiri). Jika ada pun di bulan Ramadhan tu nanti just untuk tambah2 sikit apa yg tidak cukup..Pada yg perempuan, mungkin bernasib baik, kita boleh la keluar shopping sewaktu ‘cuti’. Bersederhana dalam segalanya dan cuba sedaya upaya untuk keluar di waktu siang dan gunakan  hari minggu sebaik2nya. . Ingat..10 malam terakhir itu ada Lailatul Qadar dan Maksud Firman Allah SWT: 'Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Tahukah kamu, apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehinggalah terbit fajar” (al-Qadr : 1-5)
Jangan lepaskan peluang untuk mencarinya..

Hatta junjungan mulia kita Nabi SAW pernah bersabda:“Carilah malam al-Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan”. (HR Bukhari & Muslim)

Nak lepaskan peluang ini?? Sudah tentu tidak bukan..Jadi, terus sama2 kita istiqamah dan berdoa supaya ditemukan Lailatul Qadar kerana Allah SWT. InsyaAllah..


Like jika sudi ;)