Malaysia Cheap Web Hosting
Showing posts with label Kebaikan zikir. Show all posts
Showing posts with label Kebaikan zikir. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Kejap je dah 16 Ramadhan..

16  Ramadhan..Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya baru semalam menyambut kedatangan Ramadan untuk tahun 1432H atau 2011 ni..

Jadi bagaimana Ramadhan kali ini..? Moga ianya lebih baik dari Ramadhan yg lalu..Sama2 perbanyakkan amal dan menggunakan waktu yang ada sebaik mungkin..BBK pun x nak tulis panjang2 dan membuang masa di sini..Cuma nak share sedikit info yg BBK dapat mengenai 7 Sunnah Rasulullah SAW.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi SAW setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:



Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka. Bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwhudu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah.”

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Seperti entry BBK sebelum ini, zikir merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yg berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Wallahualam..Sama2 lah kita amalkan. InsyaAllah..


Sumber: Buku 100 Sunnah Rasulullah SAW
Himpunan: Ibnu Al-Faruk Alih Bahasa Oleh: Ahmad Bin Abdul rashid B.A Hons Universiti Islam Madinah Arab Saudi Dakwah dan Usuluddin


Like jika sudi ;)

Monday, June 6, 2011

Zikir..Kenapa perlu berzikir..?

Assalamualaikum...BBK tahu banyak mungkin ramai yang dah tahu tentang kebaikan zikir..Tapi sbg hambaNYA menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mengingati antara satu sama lain untuk terus mengamalkan zikir sbg amalan harian tak kira di mana pun kita berada..setiap saat dan waktu..tiada apa yg merugikan kita dengan mengingati NYA..Sama-sama amalkan Zikir Harian setiap masa.

Maksud zikir itu ialah mengingati Allah.

Zikrullah dalam surah Al- Anfaaal ayat 45 turut membawa maksud : 

Ucapkanlah olehmu akan Allah dengan sebutan yang banyak supaya kamu beroleh kemenangan.

Zikir adalah pembersih hati yang kotor Firman ALLAH dalam surah Al-Kahfi ayat 28: 

Dan janganlah engkau turut orang yang kami lalaikan hatinya dari mengingati kami dan ia memperturutkan hawa nafsunya kerana itu adalah pekerjaan melewati batas

Juga dinyatakan dalam surah Ar-Ra'du ayat 28 yang membawa maksud :

Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.

Manakala Rasulullah pula bersabda :

Tidak duduk satu jamaah mengucapkan zikrullah, melainkan (di tempat itu) sudah dikelilingi malaikat yang dipenuhi rahmat dan diturunkan kepada mereka sakinah atau ketenangan hati.

Jangan dilupa adab-adab berzikir yang perlu diambil perhatian supaya amalan kita sempurna.

Adab-adab zikir yang perlu kita ikuti ialah: 

  1. Perlahankan suara sekadar boleh didengar oleh diri sendiri sambil merendah diri.

  2. Berperasaan takut kepada kemurkaan ALLAH.

  3. Yakin serta mengharapkan pertolongan ALLAH.

  4. Menumpukan ingatan kepada ALLAH serta menjiwai apa yang dibaca.

  5. Berzikir hendaklah dilakukan dengan adab dan cara yang baik,diucapkan dengan kalimah yang betul 
      sesuai dengan waktu dan tempat berdasarkan prinsip-prinsip yang telah diterangkan ALLAH didalam
      Al-Quran.

Ingat kawan2..Jika seseorang yang tidak pernah berfikir dan mengingati Allah, maka Allah akan menurunkan syaitan sebagai teman dalam hidupnya. 

Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Araf ayat 204 bermaksud :

Barang siapa yang berpaling akan zikir kepada Allah, maka kami turunkan kepadanya syaitan yang terus menerus menjadi kawan seiring baginya. 
 

Nauzubillah..Justeru mari kita bersama2 memperbanyakkan zikrullah..Betapa besar hikmahnya di mana hati akan menjadi tenteram dan penuh sakinah dalam kehidupan seharian selain ganjaran pahala daripada Allah SWT.

 Sumber: Doa dan Amalan Harian
Like jika sudi ;)