Malaysia Cheap Web Hosting
Showing posts with label Sunnah Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Sunnah Rasulullah. Show all posts

Friday, December 23, 2011

Layanan Terhadap Isteri cara Rasulullah SAW...

Untuk para lelaki di luar sana..Renung-renungkan..Sesungguhnya suami adalah ketua keluarga dan ibarat ketua dalam melayari bahtera..Kemudilah dengan rasa penuh tanggungjawab, sabar, istiqamah dan kasih sayang hanya kerana Allah SWT..



Like jika sudi ;)

Monday, October 31, 2011

Suami Romantik...



Suami dan Isteri harus sentiasa romantik




♥ Rasulullah صلى الله عليه وسلم seorang suami yang sangat romantik & penyayang terhadap isteri²nya, Allahu Allah ◕‿◕.

Pernah suatu hari...

~:♥::~~::♥::~~::♥::~~:♥::~~::♥::~~::♥::~~:♥::~~::♥::~~::♥::~

Salah seorang isteri Baginda صلى الله عليه وسلم hendak menaiki tunggangan namun tidak kesampaian. Lantas Rasulullah صلى الله عليه وسلم segera merendahkan badannya & menyuruh isterinya itu meletakkan kakinya di atas peha Rasulullah صلى الله عليه وسلم supaya isterinya itu mampu menaiki tunggangan tersebut.

~:♥::~~::♥::~~::♥::~~:♥::~~::♥::~~::♥::~~:♥::~~::♥::~~::♥::~

>>> Sunnah yang sangat mudah wahai sang suami ツ.

❀ ܓ Habib Mohammed Alsaggaf berkata: "Untuk melaksanakan sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ini di zaman moden ialah si suami menghantar isteri ke kereta dengan dibukakan pintu untuknya." ✔ Cantik (◠‿◠).

~ Jom, hidupkan sunnah agar hidup menjadi lebih bermakna & indah ツ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم







Sumber: Fattabiouni Malaysia Group: Spread & Follow Sunnah Rasulullah SAW



Like jika sudi ;)

Tuesday, August 16, 2011

Kejap je dah 16 Ramadhan..

16  Ramadhan..Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya baru semalam menyambut kedatangan Ramadan untuk tahun 1432H atau 2011 ni..

Jadi bagaimana Ramadhan kali ini..? Moga ianya lebih baik dari Ramadhan yg lalu..Sama2 perbanyakkan amal dan menggunakan waktu yang ada sebaik mungkin..BBK pun x nak tulis panjang2 dan membuang masa di sini..Cuma nak share sedikit info yg BBK dapat mengenai 7 Sunnah Rasulullah SAW.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi SAW setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:



Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka. Bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwhudu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah.”

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Seperti entry BBK sebelum ini, zikir merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yg berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Wallahualam..Sama2 lah kita amalkan. InsyaAllah..


Sumber: Buku 100 Sunnah Rasulullah SAW
Himpunan: Ibnu Al-Faruk Alih Bahasa Oleh: Ahmad Bin Abdul rashid B.A Hons Universiti Islam Madinah Arab Saudi Dakwah dan Usuluddin


Like jika sudi ;)

Friday, July 15, 2011

Nisfu Sya'ban..Antara Sunnah atau Bid'ah

Hari ni bersamaan 13 Sya'ban..Maka InsyaAllah tanggal 17 July nanti, hari Ahad adalah 15 Sya'ban. Justeru malam Nisfu Sya'ban ialah pada hari Sabtu tanggal 16 July 2011 iaitu malam minggu sejak terbenamnya matahari.

BBK ingin berkongsi maklumat tentang isu amalan Nisfu Sya'ban samaada ia nya Bid'ah atau Sunnah..BBK sendiri juga telah mencari kepastian kerana bimbang mengikut amalan yang salah iaitu (Bid'ah) yang berleluasa sekarang ini kerana seperti kita sedia maklum salah satu tanda hari kiamat, berleluasa nya amalan2 yang ditokok tambah yang bukan datangnya dari Al-Quran & Sunnah..

Daripada pencarian itu, bagi BBK, catatan dari Dato’ Hj. Abd. Majid bin Omar iaitu Timbalan Mufti Selangor Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menjawab persoalan ini dengan jelas.

Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. mengenai fadhilat dan kelebihan bulan Sya’ban.

Antara hadis-hadis tersebut; 
Usman bin Zaid menceritakan : "Saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., wahai Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Sya’ban; lalu baginda menjawab, itulah bulan Sya’ban di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan; ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu saya (baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan an- Nasai)

Aisyah r.a. menceritakan, Rasulullah s.a.w. telah bersabda;
 Maksudnya: "Sesungguhnya Allah Ta’ala turun pada malam pertengahan (nisfu) Sya’ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb”.
(Hadis riwayat at- Tirmizi dan Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Apabila tiba malam nisfu Sya’ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadah dan berpuasa pada siangnya”. Allah SWT berfirman, ” Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampunkannya.

Oleh kerana bulan Sya’ban adalah bulan yang mulia di sisi Allah SWT di mana amal ibadah kita diangkat kehadrat Allah SWT maka sewajarnyalah sepanjang bulan itu diisikan dengan amal ibadah sunat dan taqwa kepada Allah SWT. Di antara amal ibadah itu ialah bertaubat, berselawat ke atas Nabi, berzikir, bertasbih dan sebagainya.

Pada malam Nisfu Sya’ban mereka membaca surah Yasin (3 kali), sama ada secara individu atau berjamaah diikuti dengan doa selepasnya.

1. Bacaan Yasin pertama, niatkan memohon dipanjangkan umur untuk mentaati segala perintah dan menjauhi larangan Allah SWT.

2. Bacaan Yasin kedua, niatkan mohon keluasan rezeki yang halal serta diberkati.

3. Bacaan Yasin ketiga, niatkan memohon ditetapkan iman yang sempurna sehingga meninggal dunia kelak.
Menurut sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diceritakan oleh Sayidatina Aisyah r.a. bahawa pada malam Nisfu Sya’ban baginda mendirikan solat sehingga pagi. Baginda bersabda kepada Aisyah: “Malam ini adalah malam Nisfu (pertengahan) bulan Sya’ban”.

KESIMPULAN
Menghidupkan bulan Sya’ban termasuk Nisfu Sya’ban dengan ibadat seperti membaca al- Quran, bertaubat, beristighfar, berdoa, solat hajat dan sebagainya, adalah ibadah yang baik bagi mendekatkan diri kehadrat Allah SWT.

 Yang menjadi pertikaian pihak-pihak tertentu ialah pengkhususan bulan atau hari tersebut untuk satu-satu ibadah, bukan pada pengisian atau aktiviti amalan yang dilakukan. Mudah-mudahan kita semua bersatu dan meningkatkan amal ibadah kita, meningkatkan ketaqwaan dan melakukan amalan. Menurut Imam Syafie r.a., jika sesuatu amalan yang membawa kebaikan dan tidak bertentangan dengan syariah, adalah bid’ah hasanah. WAllahualam bissawab.


Sumber:  Dewan Muslimat PAS Kawasan Serdang Like jika sudi ;)