Malaysia Cheap Web Hosting

Monday, October 10, 2011

Oh Bulan....

SubhanAllah

Cincin mengelilingi bulan yang indah

Lihat betul-betul..Ada kalimah Allah. SubhanAllah



SubhanAllah...Tarikh yang cantik...Bulan juga sangat cantik di malam itu..Di katakan di Makkah juga hujan ketika itu...Ring around the Moon..Kira2 jam 11:15 malam kita dapat lihat cincin indah di sekitar bulan. Langit juga seperti mengerti keindahan bulan malam itu dan tidak banyak bintang-bintang kelihatan..

Menurut Wonder Quest fenomena ini digelar 'A Lunar Halo'. Tak terkata..Ya Allah, indahnya ciptaanMU.. 


Pics: Credit to 

Like jika sudi ;)

Thursday, October 6, 2011

Tiada lagi kamu...Steve Jobs- Pengasas Apple

Salam...Pagi2 tadi BBK dapat Whatsapp message dari rakan yg tinggal di Singapore. 'The latest breaking news today: Apple ex- CEO Mr. Steve Jobs (SJ) has passed away'. Mula2 macam tak percaya, tapi bila diingatkan memang SJ dah tak berapa sihat kebelakangan ini, kerana itu SJ yang bukan gila kuasa sudah pun menyerahkan title CEO nya August lalu kepada Tim Cook yang sebelum ini pernah bekerja bersama IBM dan COMPAQ.




Baru sahaja semalam BBK dan rakan bercerita tentang produk terbaru iPhone4S yang dilancarkan oleh Tim Cook di mana saham Apple dikatakan jatuh teruk kerana ramai yang menanti pembaharuan yang lebih hebat iaitu iPhone5. BBK tak berapa mengikuti sangat tentang iPhone, sebab tak berapa minat namun ramai rakan2 yang pakai iPhone. Tapi BBK adalah pengguna iPad2 iaitu produk terakhir dari tangan SJ. BBK akui walaupun dah hampir 3 bulan menggunakan iPad2 ternyata gajet ini masih lagi panas..Maksudnya banyak kelebihan2 yang sangat berguna untuk BBK yang BBK sendiri belum habis 'explore'. Melalui iPad2 banyak perkara yang dapat diselesaikan dengan mudah. Selain itu BBK dapat belajar banyak perkara melalui aplikasi yang boleh dimuat turun. Islamic application pun sangat banyak, insyaAllah next entry BBK share apa applikasi yang menarik dan banyak membantu.

Berbalik kepada cerita SJ. Sejujurnya BBK mengkagumi kegigihan beliau membina nama Apple sehingga ke hari ini. BBK pernah terbaca kisah beliau mula mendirikan Apple Computer Co hanya di garaj keluarga beliau, ketika itu pada tahun 1976. Ketika itu Steve Jobs (SJ) bersama lagi seorang rakannya iaitu Steve Wozniak. SJ atau nama sebenarnya Steve Paul Jobs dilahirkan di San Fransisco, California, AS pada 24 Februari 1955. 

Menariknya SJ merupakan pelajar yang pernah di gugurkan (drop out) daripada mengikuti kuliah setelah satu semester di Reed College Portland, Oregon. Namun itu tidak menghalang beliau menjadi seorang yang berjaya pada hari ini. Pada musim gugur 1974, setelah digugurkan dari kuliah, SJ kembali ke California dan mula menghadiri pertemuan 'Homebrew Computer Club' yang turut dihadiri oleh Steve Wozniak. SJ dan Wozniak bekerja bersama di Atari Inc, sebuah perusahaan pembuat permainan komputer yang terkenal dengan jabatan sebagai perancang permainan. Dari situlah SJ memiliki segala pengalaman dan motivasi yang tinggi sehingga mendirikan Apple Computer Co miliknya bersama Wozniak pada 1976. 

Komputer peribadi pertama yang diperkenalkan ialah Apple 1. Kemudian pada tahun 1977, SJ dan Wozniak memperkenalkan Apple II yang menjadi kejayaan besar di pasaran AS dan telah memberi pengaruh besar dalam industri komputer peribadi yang ketika itu masih baru. Seterusnya pada 1980, Apple mencatatkan namanya di Bursa dengan tawaran saham yang sangat memberangsangkan. Empayar SJ pun semakin luas dan bertambah. Tahun itu juga Apple III dilancarkan.

Pada tahun 1984, teknologi Macintosh diperkenalkan. Kini ia lebih dikenali dengan Mac yang bertahan sehingga kini. Seperti kita ketahui teknologi Mac amat hebat sehingga tiada virus pun yang dapat menembusi sistem ini.

BBK buat entry ni kerana ingin berkongsi tentang semangat SJ yang gigih dlm melebarkan empayar Apple. Yang baik tidak salah jika kita jadikan contoh dan tauladan.. Kini SJ tiada lagi..Semua harta kekayaannya pun ditinggalkan..Renung2kan..Begitulah akhirnya hidup kita..Patutlah ada pepatah Melayu, 'Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'.

Namun bagi kita yg beragama Islam, harus diingat bahawa apabila kita mati, terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara. Sabda Nabi Muhammad SAW: "Apabila mati seseorang anak adam itu, maka akan terhenti segala amalnya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang berguna (bermanfaat) dan  doa anak-anak yang soleh"

Dunia hanya sementara, di sana jua yang abadi..Sama2 renungkan.. :)


Like jika sudi ;)

Wednesday, October 5, 2011

Lebih baik bunuh diri...

Bunuh diri..Pasti bahawa itu jalan terbaik untuk anda menyelesaikan segala masalah? Atau bunuh  diri akan membuat diri bebas dari belengu yang menghantui kehidupan..Rasa kecewa, marah dengan kehidupan yang dirasakan tidak adil dan ingin lari dari segala2nya..Maka anda merasakan... "Lebih baik aku bunuh diri..."



Astaghfirullahalazim..Untuk saudara Muslim sekalian..Bertenang dan beristighfarlah..Langit tidak selalunya cerah..Itu pasti..Namun tidak semestinya mendung dan kelam sentiasa...Bunuh diri bukan jalan penyelesaiannya..Jangan sesekali terlintas dibenak kita untuk ‘bunuh diri’. BBK tertarik untuk menulis tentang bunuh diri kerana terlalu banyak berita2 sekarang perihal remaja kita yang selalu mengambil jalan pintas untuk lari daripada masalah, dan banyak kes cubaan membunuh diri dilaporkan..Itu yang dilaporkan..Bagaimana pula yang tidak dilaporkan?? Lebih menyedihkan kebanyakan punca mereka cuba membunuh diri adalah kerana kecewa dalam percintaan...Nauzubillah..Minta dijauhkan..

BBK sempat membuat beberapa rujukan dan ketahuilah bahawa adalah satu larangan bagi kita yg beragama Islam membunuh diri. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisaa: 29, “Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu”

Jangan ambil mudah tentang perkara ini..Jika ada dikalangan rakan2 anda yang meluahkan rasa ingin membunuh diri, cepat2 suruhnya beristighfar..Bunuh diri bukan satu perkara yang boleh dibuat main2 atau bahan untuk gurauan. Ia suatu perkara yang sama sekali di larang oleh Allah SWT. Di dalam Islam perbuatan membunuh diri adalah termasuk dalam dosa besar dan dilarang keras. Hal ini kerana manusia adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah dan diutamakan melebihi makhluk2 ciptaanNYA yang lain.

Orang yang membunuh diri adalah orang yang lari dari tanggungjawab kemanusiaannya. Lebih parah daripada itu, perbuatan membunuh diri menunjukkan kurangnya kepercayaan seseorang itu terhadap takdir Allah SWT. Sedangkan Islam mengajar kita tentang kepentingan sabar dan tawakkal serta melarang daripada sifat putus asa, kecewa dan sebagainya.

Lalu, mari kita renungkan bersama..Jika adapun masalah yang kita tanggung itu terlalu membebani kita, cuba luahkan dengan sesorang yang dipercayai untuk mengurangkan rasa beban itu..Sedia maklum kita sendiri selalu dengar setiap masalah ada penyelesaiannya. Sebaik2 nya berbicara terus dengan Allah SWT. DIA Maha Mendengar dan InsyaAllah hati kita akan menjadi tenang. Sayangi diri, jangan bertindak mengikut perasaan...Cuba sedaya upaya untuk mengawal emosi itu. Pada sahabat yang mendengar, jadilah pendengar yang baik dan turut sama2 bantu rakan yang bermasalah. That is what friends are for right?

Ingat..Orang yang beriman tidak boleh membunuh dirinya sendiri dengan sebarang alasan. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya”- Riwayat Abu Hurairah


Rujukan: Himpunan Hadith e-Hadith
Like jika sudi ;)

Tuesday, October 4, 2011

Bahagia yg bagaimana?? Bahagia kah kita..?

Salam buat semua...Sekejap je masa berlalukan.. Syawal pun dah berlalu, kini sudah pun masuk Zulkaedah. Bagaimana hari2 kita? Adakah bertambah baik? Semakin productive? Sama2 lah berusaha untuk menjadi lebih baik dari segala aspek kehidupan samaada dalam pekerjaan kita, pelajaran, hubungan sesama manusia dan yang paling penting tentulah hubungan kita dengan Maha Pencipta, Allah SWT. InsyaAllah.





BBK ada dapat satu cerita dari seorang rakan..Dah lama juga dapat cerita ni, tapi baru sekarang berkesempatan nak share. Pada yg belum pernah baca, boleh la baca kisah ni. Kisah ini diceritakan oleh ,  Dr Ary Ginanjar Agustian, pengasas ESQ Way 165. 

Pada yang tidak tahu ESQ 165 adalah satu modul yang diasaskan oleh Dr. Ary di mana ia mengaitkan unsur sains dengan Islam dan Al-Quran. Ia memperjelaskan bahawa Al-Quran itu adalah benar dan merupakan mukjizat yang benar. Segala catatan dalam Al-Quran akan dibuktikan satu persatu di kemudian hari. 


Okay, jum dengar cerita Dr. Ary...


Dr Ary used to pass thru one toll every day on his way to work. He noticed one of the toll attendant who are always smile & look happy in what he’s doing ( giving toll ticket). 

One day Dr Ary stopped & observed this guy. He look so happy & works like his job are the best job in the world. Below is the communication between Dr Ary & the toll attendant(TA).

Dr Ary: You look so happy with your job, is it the pay is good?

TA: Not really..

Dr Ary: Is it because your company always sending you / transfer you to other country if you are good?

TA: Not really.. the furthest I had been sent is to other toll booth, which is the other side of the road.

Dr Ary: So why you are so happy in what you’re doing?

TA: Every time I pass the ticket, I started with “Bismillah”. I pray to each of them so that they all can reach their destination fast & safely. If they are a doctor, I pray that they will can see their patient soon as possible. If they are parents, I pray that they will safely see their family soon as possible. I’m also very happy just to get involved in making their journey short & fast. 

Bagaimana? Pada yg baru dengar kisah di atas cuba sama2 kita fikirkan..Apakah yang kita cari dalam kehidupan ini..Ya, kebahagiaan..Semua orang ingin bahagia..Namun bahagia yang bagaimana? Kebahagiaan Fizikal? Kebahagiaan Emosi? Atau kebahagiaan SPIRITUAL? Kebahagiaan apa yang kekal abadi?

Mari sama2 kita muhasabah diri dan renung2kan bersama..Selamat beramal. Apapun, sentiasa OPTIMIS dengan berfikiran positive. Nothing impossible as long as we put our mind to it.. InsyaAllah.


Like jika sudi ;)