Monday, September 26, 2011

Ingin jadi jutawan?


Kenapalah aku bukan seorang jutawan...Namun adakah kita akan benar2 bahagia apabila menjadi jutawan..?

Credit Pic to komikmuslimah

Optimis
..Atau dalam erti kata lain berfikiran positive..Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja dari Seri Kembangan ke Pulau Indah..(jauh kan?) seperti biasa jam 7:30 pagi jika berkesempatan mmg BBK takkan miss program Motivasi Pagi bersama IKIM FM. Rasa dh pernah mention kat entry sebelum ni yg Zig Ziglar ada ckp ‘People often say that motivation doesn’t last, well neither does bathing. That’s why we recommend it daily’.


Topic yang diutarakan pagi tadi bg BBK sgt menarik iaitu tentang bagaimana persepsi kita melihat dunia...(Maaf BBK tak ingat nama Ustaz yg memberikan ceramah tadi). Adakah dunia ini sebenarnya kejam sehingga kita menjadi tertekan dengan segala macam masalah yang ada? Dunia ini tidak adil kerana sering saja kita merasa kecewa? Dunia ini zalim kerana kita sering tidak memperolehi apa yang kita inginkan? Ustaz tadi memberi satu cerita yg cukup menarik untuk dijadikan pedoman. 

Sebuah kereta mewah dinaiki seorang jutawan bersama isterinya yang sungguh bergaya dan seorang anak duduk di bahagian belakang melalui kawasan sawah padi di mana kelihatan seorang pesawah sedang berpanas demi mencari rezeki untuk anak-anaknya seramai 5 orang yg turut bermain di bendang. Si pesawah yang baru lepas memancing bersama 3 ekor ikan keli ditangannya berkata di dalam hati; Alangkah bahagianya jika aku menjadi seperti lelaki itu, memiliki kereta mewah juga isteri yang cantik pandai menjaga penampilan..Tentu sekali hidupku bahagia...Anaknya pun seorang sahaja, taklah seperti aku ramai sehingga 5 orang..Dahlah miskin..Susah sungguh hendak membesarkan mereka..Di situasi yang sama, jutawan tadi ternampak akan si pesawah serta kanak2 di bendang, dan berkata di dalam hati; Bertuah sungguh lelaki itu, dapat menikmati ikan keli yang segar, pasti lepas ini ikan keli itu akan dimasak dan dia akan menikmatinya bersama keluarga dan anak2 nya yang ramai..Aku ni, sudah lama tidak makan di rumah, sibuk sentiasa..Nak harapkan isteri memasak tidak sama sekali..Bertuah pesawah itu kerana memiliki anak2 yang ramai..Tentu meriah kehidupan mereka. Tidak seperti aku, sepi dan kosong rasanya.

Lihat..Pesawah merasakan dia akan bahagia jika dia menjadi seperti jutawan itu..Namun si jutawan pula merasa cemburu dengan kehidupan si pesawah berbanding dirinya yang dirasakan sepi dan kosong..Begitulah manusia..Tidak akan pernah merasa puas dengan apa yang dimiliki, dan seterusnya mudah menyalahkan kehidupan..Kuncinya di sini ialah minda dan persepsi kita terhadap kehidupan itu sendiri..Kita tidak akan pernah merasa bahagia jika kita sering sahaja melihat apa yang kita tidak miliki atau tidak dapat kita miliki. Jika kita berjaya melihat dan mensyukuri apa yang kita miliki dan menikmatinya pasti kita mampu bahagia. Untuk bahagia, kita seharusnya bijak mencari peluang dalam setiap kerumitan, bukan meratapi kerumitan itu dan terus sahaja hanyut dengan perasaan kecewa lalu merasakan dunia ini kejam dan menyalahkan keadaan.

Maka jadilah optimis..Minda kita memainkan peranan yang sangat hebat dan mampu memberi kesan ke atas diri kita juga setiap yang kita lakukan...Untuk menjadi optimis, kita perlu selalu menghargai apa yang kita miliki..Kita juga perlu ingat bahawa kehidupan ini tidak selalunya indah..Ia memerlukan pengorbanan. Seterusnya dengan keyakinan terhadap janji Allah SWT juga dapat memupuk sikap optimis..Percaya bahawa Allah SWT sentiasa bersama2 kita..Setiap kesukaran dan ujian, jika kita hadapi dengan sabar dan ikhlas, insyaAllah ada ganjaran yang lebih baik nanti di sana. Sesekali mungkin kita tidak mampu melawan perasaan dan terdetik juga perasaan inginkan sesuatu yg diluar kemampuan kita, namun kita harus bijak mengawalnya dan jadikan perasaan itu sebagai semangat untuk kita berusaha lebih gigih untuk meraih kejayaan...Jangan sesekali perasaan itu dibiarkan menjadi beban seterusnya menjadikan kita lemah, putus asa dengan kehidupan atau lebih teruk jika perasaan itu dilayan sehingga bertukar menjadi cemburu yang salah sehingga merosakkan kehidupan orang lain dan diri sendiri..

Mari menjadi insan OPTIMIS..BBK teringat pesan kata2 seorang rakan ‘Setiap manusia dicipta oleh Allah SWT telah ditetapkan  rezekinya’..InsyaAllah  والله أعلمُ بالـصـواب  

Ayuh berusaha! Moga redha Allah SWT juga bersama kita..Amin..
Like jika sudi ;)

No comments:

Post a Comment