Malaysia Cheap Web Hosting

Monday, October 31, 2011

Suami Romantik...



Suami dan Isteri harus sentiasa romantik




♥ Rasulullah صلى الله عليه وسلم seorang suami yang sangat romantik & penyayang terhadap isteri²nya, Allahu Allah ◕‿◕.

Pernah suatu hari...

~:♥::~~::♥::~~::♥::~~:♥::~~::♥::~~::♥::~~:♥::~~::♥::~~::♥::~

Salah seorang isteri Baginda صلى الله عليه وسلم hendak menaiki tunggangan namun tidak kesampaian. Lantas Rasulullah صلى الله عليه وسلم segera merendahkan badannya & menyuruh isterinya itu meletakkan kakinya di atas peha Rasulullah صلى الله عليه وسلم supaya isterinya itu mampu menaiki tunggangan tersebut.

~:♥::~~::♥::~~::♥::~~:♥::~~::♥::~~::♥::~~:♥::~~::♥::~~::♥::~

>>> Sunnah yang sangat mudah wahai sang suami ツ.

❀ ܓ Habib Mohammed Alsaggaf berkata: "Untuk melaksanakan sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ini di zaman moden ialah si suami menghantar isteri ke kereta dengan dibukakan pintu untuknya." ✔ Cantik (◠‿◠).

~ Jom, hidupkan sunnah agar hidup menjadi lebih bermakna & indah ツ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم







Sumber: Fattabiouni Malaysia Group: Spread & Follow Sunnah Rasulullah SAW



Like jika sudi ;)

Friday, October 28, 2011

Do you believe...?



  I BELIEVE....




When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you

He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

*Maher Zain*
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time

No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
If God wills we'll meet one day


If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace



I believe I believe, I believe I believe



Like jika sudi ;)

Friday, October 21, 2011

Healing

HEALING



It’s so hard to explain
What I’m feeling
But I guess it’s ok
Cause I’ll keep believing
There’s something deep inside
Something that’s calling
It’s calling you and I
It’s taking us up high
Healing, a simple act of kindness bring such meaning
A smile can change a life let’s start believing
And feeling, let’s start healing
Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It’s nature’s order
There is a hidden force
Pulling us closer
It’s pulling you and I
It’s pulling us up high to…
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life lets start believing
And feeling, let’s start healing
Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
Seek only to give and you’ll receive
So, heal and you will be healed

Lyrics co-written: Dr Walid Fataihi
Music: Sami Yusuf



Like jika sudi ;)

Thursday, October 20, 2011

Konferens Negara Islam: Dunia Menuju Khilafah 30 Oktober 2011

Salam. Jika ada yang kelapangan, mari sertai konferens ini. Masuk percuma. Jumpa anda di sana, InsyaAllah.







Like jika sudi ;)

Wednesday, October 19, 2011

L.I.F.E

Atau kehidupan...Dalam kehidupan, kita sering merancang...Ada pepatah popular in English yg selalu kita dengar  'He who fails to plan, plans to fail' ..dan juga yg mempunyai maksud yg sama   'Failure to plan is a plan for failure'

Benarkah begitu? Ya mungkin ada kebenarannya..Tidak dinafikan perkara yang mempunyai perancangan yang terperinci, selalunya akan berhasil. Mungkin berhasil, namun tidak semestinya akan berjaya dengan mudah.. Atau dalam erti kata lain dapat memberi kepuasan maksimum kepada semua...

Namun kita juga tidak digalakkan tidak langsung mempunyai perancangan..Hidup tanpa perancangan umpama hidup tanpa arah tujuan...Apa yang penting di sini..Kita perlu tahu dan sedar...Sehebat mana pun kita merancang, hebat lagi perancangan NYA..Jadi bagaimana kita mahu apa yang kita rancang berada dalam redha NYA? Berusaha dan berdoalah..Terus meminta dan meminta dariNYA. Perbanyakkan Solat Sunat Istikharah dan Solat Sunat Hajat semoga dapat dipermudahkan segala urusan dan diberi petunjuk dari NYA...Pesan Ustaz Izhar Arif di ceramah motivasi pagi di IKIM, berdoalah dengan penuh tawadduk serta YAKIN. Allah PASTI mendengar..Cuma cepat atau lambat akan dikabulkan..Jika lambat..Bersabarlah..Bukankah sabar itu indah..? :) Moga kita semua terus diberikan kekuatan dari NYA..Ameen..







Like jika sudi ;)

Tuesday, October 18, 2011

Kenapa Aku Diuji...

Maka Al-Quran menjawab...Segala persoalan itu...









































Ya Allah..Semuanya sudah terjawab..Moga kita semua diberi kekuatan. Sesungguhnya hidup ini penuh ujian dan rintangan. Teringat kata2 indah nukilan seorang rakan Shuhadatul Ain juga penulis skrip untuk filem Syurga Cinta.

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi yang cantik"

Dan seperti mengerti rasa hati..Jujur BBK benar2 tersentuh, petang semalam semasa memandu pulang dari kerja di Pualu Indah..Ada pelangi petang yang sungguh indah..SubhanAllah...BBK sempat perlahankan kereta dan snap gambar seperti di bawah..Beautiful Rainbow.. :) 

Pelangi Petang...SubhanAllah




Sumber: Halaqah Like jika sudi ;)

Friday, October 14, 2011

Bila hati berdebar...

Apabila degupan jantung bergerak laju...Fikiran tiba-tiba bercelaru..Dalam erti kata lain..'Nervous'.. 


Sebagai manusia; bukan robot..Perasaan itu kadangkala menjengah..Lebih-lebih lagi apabila saat atau peristiwa penting bakal tiba...Ya Allah...

Berdoalah Selalu & Yakin Pada NYA


Doa Dipermudahkan Segala Urusan


رَبِّي يَسِر وَلَا تُعَسِر


"Ya Tuhanku, permudahkan aku dan jangan Kau susahkan aku"




Hanya mampu meminta padaNYA agar segala-galanya dipermudahkan. Ameen...





Like jika sudi ;)

The man that i need...


I don't need a boy who's married to the streets,
But a MAN who's engaged to his DEEN & married to his SALAAH...
I don't need a boy who loves me for all the make up & the clothes I'm wearing,
But a MAN who loves me for the sake of ALLAH & my decency...
Not a boy who wants a wife cos he's tired of messing around with girls,
But a MAN who would want to complete half of his DEEN.





Rabbi innee limaa anzalta ilayya min khayrin faqeer
"Ya Allah, I am in absolute need of the good YOU send me"





Like jika sudi ;)

Thursday, October 13, 2011

Di mana letaknya PESONA seorang MUSLIMAH...



Islam tidak melarang kecantikkan, keindahan dan hiburan, malah agama ini menyuruh umat-Nya supaya bersenang-lenang dan hidup dengan penuh aman damai. Kerana itu di dalam beberapa hadis baginda rasul sendiri ada menyebutkan bahawa baginda sangat sekali menyenangi wanita, bauan harum dan perkara-perkara yang menghiburkan keluarga.



Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Di hiasi di dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan pada wanita.” (Ali Imran: 14)

Bahkan di dalam AlQuran, Allah swt menjanjikan kepada orang lelaki yang beriman dan beramal soleh dengan balasan bidadari sebagai menggalakkan mereka beribadah. Bidadari itu ialah wanita yang sempurna sifatnya dan teramat cantik jasadnya serta dipenuhi dengan segala ciri keperluan yang merupakan idaman kaum lelaki.

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.(Ar-Rahman : 70)

Oleh yang demikian, tidak salah jika kita mengatakan bahawa wanita dunia yang mempesonakan itu haruslah sekurang-kurangnya memiliki ciri yang paling hampir dengan si bidadari.

Wanita pesona ialah wanita yang menjadi idaman semua dan merupakan impian setiap gadis dan wanita untuk mendapatkan kedudukan tersebut. Pesona bermaksud menawan dan menjadi pujaan para lelaki dan mendapat penghormatan daripada kaum sejenisnya sendiri.

Ada beberapa petua yang boleh kita pelajari bagi mendapatkan sebuah pesona buat diri.

Setelah puas menyelidiki buku-buku dan petua berkaitan wanita di dalam Islam dan sebagainya maka saya penuhi sedikit ruangan ini dengan catatan mengenai syarat menjadi wanita pesona yang saya temui :


Tidak bermakna cantik tetapi mesti lawa

Ramai akan menyangka bahawa wanita yang mempesonakan itu haruslah cantik dan menghairahkan tetapi telahan dan sangkaan itu ternyata agak silap. Bukan jasad cantik yang semua orang lelaki selalu cari tetapi mereka melihat kepada lawa.



Lawa bermaksud tidaklah buruk, tidak hodoh dan tidaklah tertolak tetapi seseorang itu dianggap lawa kerana disebabkan pemakaian dan cara penampilan imej seseorang yang menarik dan mampu memikat hati-hati dan mata yang melihat.

Pemakaian

Tentu anda biasa melihat wanita yang berkulit gelap, tidaklah memiliki potongan badan yang ramping tetapi dengan pakaian menutup aurat yang dipadankan ketubuhnya, berjubah labuh misalannya, bertudung litup dan warna pakaian yang bersesuaian dengan warna kulit, bedak yang lembut di muka dengan senyuman ikhlas di wajah wanita tersebut, maka apakah lelaki yang memandang tidak akan mengatakan dia itu lawa ?

Tidak lawa ? Pasti anda berbohong !

Lawa terhasil apabila wujud gabungan penampilan imej yang baik dengan pemakaian yang sesuai, menutup aurat dan menyelesakan pemakai bukannya yang sendat sehingga terseksa ketika berjalan, bukanlah warna yang terang sehingga menyakitkan mata dan bukanlah yang terbuka di sana sini sehingga setiap kali terpaksa ditutupi dengan tangan.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila keluar, syaitan akan menghiasinya.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan disahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I).

Ramai gadis murahan (kerana murah dibeli atau didapati) , baik di IPT atau sudah bekerja suka sekali memakai seluar jeans dan seluar ketat yang menampakkan bentuk pinggul mereka. Mereka tidak sedar bahawa lelaki suka sekali melihat hanya untuk menjamu nafsu tetapi tidak ada yang akan sudi mengambil gadis sebegitu sebagai teman di dalam kehidupan.

Pemakaian seksi menyeksa batin lelaki, membuatkan mereka tergoda, namun daripada sudut pandang psikologi, perbuatan wanita memakai pakaian seksi terbabit hanya akan meruntun nafsu lelaki supaya menyeksa kaum wanita, disebut menghukum dan menganaiyai wanita itu di atas katil dengan kekuatan seks luar biasa dan memperlakukan pelbagai tindakan luar batasan bagi memuaskan nafsunya yang diruntun secara tidak normal oleh wanita itu dengan pemakaiannya yang seksi.

Gejala ini disebut pembalasan dendam daripada lelaki yang kemudiannya akan meninggalkan wanita tersebut setelah kepuasannya dipenuhi, perbuatan ini jauh daripada cinta, jauh daripada kasih dan segalanya yang selama ini di dambakan oleh seorang wanita tetapi dipandu oleh nafsu dan runtunan syahwat.

Pemakaian yang menutupi aurat, bermaksud menutupi seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan bukan hanya memakai tudung, tetapi mesti labuh sehingga menutupi dada, juga tidak terbuka dan terdedah di bahagian lain serta tidaklah ketat dan sendat menampakkan bahagian dan bentuk badan.

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab : 59)

Percayalah pemakaian sopan, beradab dan menutup aurat akan membawa kepada kebaikan diri, keselamatan dan juga penampilan imej yang baik dan akan mengundang bukan sahaja keredhaan tuhan tetapi juga keredhaan seluruh makhluk termasuk manusia yang melihat.

Penampilan imej
Menghasilkan imej yang menarik sangat mudah tetapi mengekalkannya itu yang amat payah. Postur yang betul perlu dipelajari, bagaimana cara berdiri, berjalan, duduk dan ketika tunduk mengambil barang atau sesuatu yang tercicir di atas lantai.

Mulakan dengan postur yang betul ialah satu kemestian, tidak ramai menyedari wanita kerap membongkok ketika berjalan, khasnya bila mereka memakai tudung yang labuh atau berpakaian sopan, ini tidak betul kerana tawadhuk itu di hati bukan dengan berjalan tertunduk-tunduk sehingga menyakitkan tulang belakang.

Jalan dengan meluruskan posisi badan, kepala tegak dengan langkah yang aman dan damai pasti akan menghasilkan pemandangan seorang wanita anggun yang sedang berjalan. Betulkan posisi duduk, cara meletakkan tangan , kaki dan punggung bagaimana melabuhkan diri amat berguna bagi membina imej yang positif dan mempesona.

Ini tidak hanya berguna ketika anda bertemu orang ramai tetapi perlu dilatih di dalam rumah sehingga anda menjadi suri rumahtangga dan bergelar isteri yang anggun dan memikat di sisi suami.

Baginda bersabda : “Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.” (hadis sahih, riwayat Muslim no. 3628).

Siapa tidak bangga memiliki isteri anggun dan bergaya, melihatnya duduk di sofa sahaja membuatku terpesona, bergaya, anggun dan jelita. Cara letak tangannya, cara memegang gelasnya, cara menghidangkan makanan di atas meja, cara mengambil sesuatu, gerak langkahnya, cara dia menyentuh diriku, aduh aku suami bahagia punyai isteri yang istimewa.

Demikian keluh seorang suami yang memiliki isteri yang kebetulan telah dilatih dengan disiplin latihan pesona wanita semenjak kecil.

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).

Selesaikan postur, cara berinteraksi pula menjadi topik utama, perkataan yang diucapkan, percakapan dan tutur kata memainkan peranan. Pilihan ayat yang tepat gagal digunakan oleh ramai wanita kerana tidak sabar untuk bercakap.

Berfikir sebelum bercakap

Berfikir sebelum bercakap membantu seorang wanita untuk menghasilkan ayat yang tepat, menarik dan sesuai untuk digunakan pada situasi tertentu. Sesetengah lelaki, misalannya suami anda adakalanya memiliki sensitiviti tertentu terhadap penggunaan bahasa.

Contohnya saya pernah menerima aduan mengenai seorang kawan yang berasal daripada utara Kedah yang telah bernikah dengan seorang gadis Kelantan, beliau mengatakan bahawa apabila mendengar isterinya bercakap di dalam bahasa Kelantanis serta merta beliau cepat sekali bernafsu !

Seorang yang lain pula mengatakan, beliau pantang mendengar wanita bercakap di dalam loghat Terangganu kerana akan mematikan selera beliau sedang rakan yang lain pula mengatakan dia tak mampu bertahan dengan bahasa utara yang agak pekat, menyakitkan telinga katanya !

Demikian antara contoh keperluan bagi kita memilih perkataan dan bahasa yang sesuai untuk berbicara khasnya bagi wanita yang menginginkan pesona.

Kegelojohan bercakap boleh membawa padah, ramai wanita tidak menyedari bahawa lelaki kurang memahami percakapan dan butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka. Wanita menyifatkan sesuatu secara maksud tersirat tetapi lelaki kerap mengambil apa yang terzahir daripada perkataan.

Wanita mungkin berbicara kepada suaminya, yang dia terluka ketika memasak di dapur tadi tetapi sekarang sudah sembuh dan lukanya pun sudah hilang. Suami mungkin akan membalas dengan mengatakan apakah sudah dibubuh ubat pada luka ? Memesan supaya berhati-hati di dapur atau paling kurang berkata kalau sudah sembuh baguslah.

Komunikasi wanita sering mempunyai agenda tersimpan yang tidak diluahkan !

Hakikatnya boleh jadi wanita itu ingin perhatian lebih daripada suaminya seperti melihat bekas luka di badannya, bertanya di mana luka itu berada dan kemudian paling penting bertanya masakan apakah yang dibuat oleh isterinya kerana besar kemungkinan tujuan wanita itu menceritakan kisah lukanya di dapur itu bertujuan supaya suaminya mengetahui masakan yang dihidangkan itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh atau istimewa.

Pasti hancur hati wanita tersebut apabila si suami mengatakan dia tidak sempat hendak makan bersama kerana sibuk dan terpaksa kembali ke pejabat dan menyuruh isterinya makan sendiri terlebih dahulu.

Siapa yang bersalah ?


Tiada siapa yang bersalah di dalam hal ini kerana sifat lelaki dan wanita ternyata berbeza termasuk pandangan dan pemikiran mereka walau bagaimanapun seorang wanita pesona dia mampu berkomunikasi dengan bahasa yang sesuai dan boleh difahami oleh pasangannya dan hal ini memerlukan kepada kebijaksanaan otak atau pendedahan informasi maklumat seperti yang ditulis oleh artikel seperti ini.

Antara perkara yang sempat saya tuliskan lagi berkenaan imej ialah seorang wanita pesona haruslah mampu menzahirkan keceriaan dan ketenangan di dalam jiwanya.

Huru-hara bukan sifat wanita pesona tetapi kelembutan, ketenangan dan kedamaian ialah imej yang perlu ditampilkan bersama dengan pemakaian. Seorang wanita pesona, wajahnya sering memaparkan senyuman, tawa riangnya tidaklah melampaui batasan dan perwatakkannya terkawal dan dikawal hanya oleh dirinya yang menafikan bahawa wanita pesona itu haruslah seperti robot bergerak yang dikawal.

Dia mengawal dirinya ketika berjalan, melangkah dan hidup dengan yakin dan tawakal kepada tuhan di dalam masa yang sama hidup mesra seperti manusia lainnya. Kepura-puraan atau lakonan tidak berlaku dan tidak dapat dilihat di wajahnya tetapi ini semua terhasil akibat latihan dan disiplin diri bertahun-tahun lamanya.

Pesona wanita tidak dapat dibina di dalam satu hari tetapi imej dan peribadi dibentuk dengan perubahan sedikit demi sedikit tetapi berterusan.

Kata kunci bagi penampilan imej ialah berhati-hati

Berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu akan mendorong kita bertindak dengan lebih tepat dan bermanfaat ketika melaksanakan sesuatu perkara.

Anda pasti tidak mahu gelagat anda ketika mengorek hidung akan dikenang oleh seorang lelaki seumur hidup dan memori sebegitu pasti tidak manis dibuat cerita.

Janganlah anda lupa, cukup lama masa diperlukan untuk membina imej yang baik dan peribadi pesona tetapi sekejap sahaja waktu yang diperlukan untuk memusnahkannya. Itulah yang disebutkan sebelum ini bahawa tidak susah untuk membina pesona wanita tetapi terlalu susah untuk mengekalkannya.

Berhati-hati di dalam perbualan, pergerakkan dan perlakuan akan mengundang kepada kebaikan kepada diri sendiri. Kita tidak tahu bila dan di mana orang akan melihat kita, namun dengan sikap berhati-hati kita akan lebih perihatin dan lama-kelamaan sikap ini akan bersebati di dalam diri sehingga membentuk sebuah disiplin hidup yang mempesona.

Tidak perlu jadi bagus tetapi mesti menjadi orang yang baik
Apabila artikel ini ditulis ada suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa saya cuba memaksa orang supaya berlagak bagus. Di dalam kelas agama yang dikendalikan oleh saya kepada pekerja wanita di dalam syarikat yang saya bekerja agak ramai wanita yang mengatakan mereka sudah pun mempunyai keyakinan bahawa mereka sudah cukup baik cuma tidak bagus.

Mereka berkata kami ni memanglah tak bagus sangat, tetapi tidaklah sampai buat …itu dan ini, daripada perkataan mereka, kita mengerti bahawa mereka mengakui yang mereka baik cuma belum sampai ke tahap bagus.

Sebenarnya untuk menjadi seorang wanita pesona tidak perlu bagus tetapi mestilah memiliki ciri-ciri orang yang baik. Apakah dia ciri-ciri orang yang baik ? Marilah kita lihat.

i) Baik hatinya iaitu jauh daripada hasad dengki,sifat tamak dan suka membantu orang lain dengan ikhlas.
ii) Menyukai kebaikan dan membenci kejahatan
iii) Tidak mengumpat dan mencela orang lain kerana hatinya baik maka dia suka memaafkan
iv) Berfikiran positif dan berbaik sangka
v) Patuh dan taat kepada agama semampu dirinya

Sekiranya anda memiliki ciri-ciri di atas maka sudah pasti anda ialah seorang yang memiliki hati yang baik. Namun jika setelah membaca ciri-ciri di atas pun anda masih berkata ; Apalah ustaz ni, kami ini manusia bukannya malaikat nak buat semua-semua tu, maka sudah pasti saya pula akan berkata, panduan ini untuk manusia dan bukannya untuk iblis !

Orang yang baik maka sudah pasti dirinya akan turut mempesonakan orang lain. Setiap insan yang dikasihi tuhan pasti juga akan turut dikasihi oleh makhluk-makhluk-Nya cuma musuh-musuh tuhan yang terlalu ramai membuatkan kita kurang menyedari realiti ini.

Bagi seorang muslim dalam mencari pasangan maka hendaklah melihat kepada agama sebagaimana pesan baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung” (hadis sahih riwayat bukhari dan muslim).

Adakalanya kita melihat wanita yang hodoh, tidak cantik dan tidak pula menarik, namun kebaikan hatinya kadang-kala boleh menembusi Arasy di langit ! Para malaikat bergegar-gegar mendoakan kebaikan untuknya dan kita akan dapat lihat hidupnya berakhir dengan penuh kebaikan, keberkatan dan kegembiraan. Sekalipun mungkin tiada jodohnya di dunia ini, saya yakin tiada siapa berani menafikan keutamaan dirinya.

Kita cuma perlu sedar, dia terlalu mahal untuk lelaki hina di atas muka bumi ini.

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun." (An-Nisa':124).


Kaya tidak penting tetapi bukan sekali-kali miskin

Dimaksudkan oleh saya dengan kata-kata ini bahawa kekayaan itu tidak penting ialah kerana tidak semua wanita cemerlang, anggun dan pesona itu daripada golongan orang yang kaya akan tetapi tidak pernah ada wanita yang pesona itu terdiri daripada orang yang miskin meminta-minta.

Diriwayatkan oleh Fadholah ibn Ubaid ra yang menyebut beliau mendengar baginda rasulullah bersabda : “Berbahagialah mereka yang diberi hidayah Islam dan hidup dengan bercukupan dan bersederhana.” (hadis sahih riwayat tirmidzi ).

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Jika mereka itu fuqara (miskin) maka akan dikayakan oleh Allah dari rezeki-Nya..” (An-Nur : 24).

Ya, bukanlah bermakna miskin itu bererti miskin harta dan wang ringgit tetapi bermaksud miskin jiwa dan miskin maruah. Disebutkan di dalam sejarah Islam melalui riwayat Ibnu Ishak yang ditolak oleh sebahagian ulama’ (saya bawa kisah ini kerana berkenaan dengan tajuk yang dibincangkan) mengenai kisah seorang wanita cemerlang yang masih berusia belasan tahun. Bapanya pergi berjuang, di dalam rumah cuma tinggal tabung bekas wang yang kosong.

Kemudian datanglah datuknya yang tua dan buta tetapi merungut-rungut akan sikap bapanya yang lebih pentingkan agama dan perjuangannya daripada keluarga. Apabila ditanya oleh datuk yang tua itu ketika menziarahi cucunya apakah bapa-mu meninggalkan wang dan harta ?

Lantas si gadis muda ini mengutip ketulan batu-batuan di jalanan dan dimasukkan ke dalam uncang wang sebagai konon bukti bahawa bapanya meninggalkan belanja. Mendengar bunyian tabung yang berisi dan merasa ada ketulan harta di dalamnya maka si datuk pun berasa tenang. Namun hakikatnya bapa mereka telah mendermakan seluruh hartanya di jalan Islam. (Sekiranya ada pihak yang mahu menyangkal kisah ini, tolong jangan lakukannya di sini)

Itulah Asma Binti Abu bakar radiallahuanha yang terkenal di dalam sejarah, pantang meminta-minta ! Maruah keluarga, bapanya dan perjuangan yang di dokongi keluarganya itu lebih utama daripada wang dan harta.

Miskin bermaksud lemah, tidak berdaya dan tidak berusaha untuk mengubah nasibnya kerana dia tidak mempunyai misi dan visi di dalam kehidupan, jiwanya miskin daripada kekuatan iman dan tawakkal serta keberanian untuk bangkit mengubah nasib dan masa depan hidupnya.

Wanita pesona tidaklah sama sekali miskin, mereka mungkin tiada harta tetapi pantang sekali meminta-minta. Mereka berdikari dan bersikap bersederhana dan bercukupan dengan apa yang ada serta bersabar dengan segala kekurangan dan kelemahan yang menimpa. Mereka tidaklah ghairah mengejar harta dunia seolah-olah mereka begitu terdesak dan miskin sehingga adakalanya orang-orang menyangka mereka ini merupakan wanita yang berasal daripada golongan yang kaya-raya.

Pada hari ini ramai sekali wanita yang miskin, mereka sanggup menjual tubuh badan mereka demi kemewahan dan pulangan harta dunia. Ternyata tubuh mereka boleh dibeli dengan wang ringgit dan kasih sayang mereka boleh dibeli untuk tempoh tertentu berdasarkan harga. Tawar menawar belaku dan lelaki boleh memiliki mereka dengan pulangan keseronokkan dunia.

Wanita murahan yang miskin seperti ini bukanlah wanita pesona idaman lelaki.

Jangan terkeliru !

Hari ini orang berkata artis wanita menjadi idaman dan impian semua lelaki, bohong dan dusta. Lihatah perceraian dan perpisahan saban hari yang terjadi dan menimpa para artis wanita. Bahagiakah mereka ?

Televisyen dan media mengkhayalkan kita mengenai glamour dan popular serta kekayaan dan kemewahan tetapi hakikatnya mereka hidup tidak lebih bahagia daripada kita. Seorang artis wanita hidup di dalam dilemma, ketakutan, cemburu dan resah selalu. Takut disaingi oleh artis baru yang lebih cantik, lebih popular, cemburu kepada suami yang mengahwininya kerana cantik dan glamour disebabkan kini sudah ada yang lebih glamour dan cantik daripadanya, resah selalu oleh gossip dan isu yang boleh menjatuhkan reputasinya, dilemma dan susah hati kerana setiap hari sudah berusia.

Pendek kata, mereka tidak semuanya yang menemui jalan bahagia.

Wanita yang kaya jiwanya, tenang hidupnya dan berwawasan akan menjadi cahaya dan pelita kepada lelaki. Di saat suaminya kebuntuan dia akan membantu menyinari hidup rumahtangga dengan cahaya iman, keanggunan dan kepesonaan yang tiada tandingan.

Pendek kata, mereka selalunya berakhir hidup dengan bahagia.

Kepandaian bukanlah syarat tetapi tidaklah pula bodoh
Kita sudah pun hampir menyentuh keseluruhan aspek luaran, peribadi seorang wanita pesona tetapi kali ini biarlah kita melihat pula kata-kata hikmah pesona wanita yang ke-empat ini iaitu kepandaian tidaklah menjadi syarat dan kewajipan tetapi tidaklah pula seorang wanita pesona itu bodoh yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui apa-apa.



Allah swt berfirman (yang bermaksud) :

"Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahwasanya Al Quran itulah yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus." (Al-Hajj : 54)

Mustahil orang yang bodoh dan jahil dapat menjadi wanita pesona, mulia dan anggun sebaliknya mereka cuma akan menjadi hamba, kuda tunggangan lelaki dan makhluk hina yang menghembuskan nafas kerana sistem pernafasan manusia berfungsi sedemikian.

Langsung tidak mengerti untuk apa, kenapa dan mengapa mereka dilahirkan ke muka bumi. Wanita pesona sebaliknya mampu berfikir dan sentiasa berfikir bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan terhadap perkara yang mereka tidak ketahui.

Tiada siapa dilahirkan pandai, berilmu dan disebabkan itulah kita belajar daripada kejahilan, belajar mengenal kehidupan dan menjadi pandai membezakan di antara perkara yang benar dan salah.

Mereka rajin belajar dan gigih mempelajari segala jenis ilmu yang dianggapkan berguna di dalam kehidupan. Mereka suka membaca, suka mempelajari sesuatu yang baru dan tidak malas daripada berusaha mendalami pengetahuan dan pengalaman mereka.

Bermula dengan ilmu yang disifatkan teori, mereka kemudian akan beramal dengannya sehingga dapat memiliki kemahiran dan pengalaman.

Wanita istimewa, anggun dan pesona tiada yang jahil tetapi penuh informasi dan berpengetahuan.

Mungkin mereka tidak sebijak Enstain, Al-Kawarizmi dan Imam Syafie tetapi mereka pastinya tidak sebodoh haiwan yang tidak tahu untuk berubah bagi membaiki kesilapan. Mereka belajar dan terus belajar serta beramal dan mengubah kesilapan mereka menjadi pengalaman dan pengajaran.

Mereka suka menghadiri kelas dan kuliah ilmu, mereka mencintai pengajian agama dan keilmuan yang membantu dan menyumbang kebaikan di dalam kehidupan mereka dan orang lain. Buku-buku merupakan hadiah kesukaan mereka dan bahan bacaan sering menjadi tatapan mereka untuk mengetahui dunia luar dan kehidupan ini.

Mereka sentiasa ingin mengetahui tentang matlamat hidup mereka, tujuan dan perkara pokok yang perlu mereka lakukan. Ini disebabkan mereka mahu hidup mereka dapat memberi sesuatu makna, menyumbang sesuatu atau beroleh pengertian dan sebuah nilai di dalam kehidupan ini.

Wanita pesona sentiasa bermatlamat, dengan ilmu dan maklumat yang mereka miliki, digunakan untuk membetulkan kembali hala tuju dan landasan yang dilalui kerana itu kita lihat, mereka tidak pernah sesat, sentiasa mendapat pertunjuk dan hidayah, sentiasa berobjektif dan jarang membuang masa atau melakukan sesuatu dengan sia-sia.

Sungguh, kita pasti akan lihat diri mereka benar-benar berguna !


Rawatan diri mesti bermula hari ini

Kata pepatah Melayu ada menyebut, “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” namun hari ini ramai ibubapa tidak dapat mendidik anak-anak dengan sempurna disebabkan kerana faktor pekerjaan. Pasangan suami isteri yang sibuk bekerja telah menjadikan budaya mengupah orang gaji sebagai satu fenomena yang meluas diamalkan pada masa kini. Sejak kecil anak-anak sudah terpisah daripada susu ibu yang penuh dengan vitamin dan zat khasiat semulajadi yang digantikan dengan protein rekaan dan susu lembu berbentuk tepung.

Kasih sayang yang dahulunya terjalin melalui sentuhan, persahabatan ibubapa dengan anak kini digantikan dengan kasih wang ringgit apabila ibu dan bapa membuktikan kasih sayang mereka melalui pembelian barangan seperti mainan atau memberikan duit kepada anak-anak sebagai tanda kasih.

Anak-anak diajarkan dengan kehidupan material semenjak kecil
Bahkan sekolah yang dihadiri oleh anak-anak kita juga bukanlah tempat yang sesuai untuk melenturkan buluh tetapi sebaliknya lebih merosakkan dan menjadi tempat anak-anak kita belajar perkara yang tidak sepatutnya pula.

Tidak hairanlah gadis-gadis genit, tidak berilmu yang matang tubuh badan tetapi tidak pada umur dan usia kelihatan berkeliaran memakai seluar jeans ketat menampakkan pinggul dengan baju t-shirt yang menghairahkan berkepit di jalanan bersama remaja-remaja lelaki yang mengambil kesempatan kerana ingin mencuba keseronokkan dunia dewasa.

Mereka hanya mahu berseronok, kemudian apabila tiba saat-saat tergoda oleh nafsu syahwat maka jawapan yang sama akan diberikan iaitu mereka hanya mahu berseronok.

Keseronokkan menjadi satu budaya dan kegilaan pada hari ini iaitu semua orang ingin berseronok, persoalannya mengapa mereka mahu berseronok ? dan mengapakah mereka memilih cara yang tidak sihat dan kotor untuk berseronok ?

Jawapannya ialah kerana dunia hari ini tidak seronok.

Negara dan masyarakat tidak seronok, keluarga dan ibubapa tidak menyeronokkan dan kewujudan agama, masjid serta sistem yang ada tidak menyeronokkan.
Mengapa terjadi demikian ? sudah pasti wujud penyelewengan di dalamnya.

Keluarga berlaku penyelewengan menyebabkan ianya tidak lagi seronok seperti sepatutnya, agama sebagai panduan di dalam kehidupan dilaksanakan dengan tidak betul sehingga tidak lagi menampakkan ianya menyeronokkan manusia.

Sungguh kelam sekali dunia ini, mujurlah di dalam kegelapan dan kehitaman malam itu terdapat cahaya dan sinar yang memancar cerah. Mereka keluar daripada rumah-rumah yang mulia, berjalan dengan membawa cahaya dan sinar gembira, terpapar senyuman manis dan mesra di bibir-bibir mekar mereka.

Itulah wanita pesona.

Tidakkah anda ingin menjadi salah seorang daripada mereka ?

Segala puji hanyalah bagi Allah swt.



Catatan ini adalah hasil nukilan Ustaz Emran
Like jika sudi ;)

Wednesday, October 12, 2011

Menentang Kejahatan...


Selami pesan Baginda Rasulullah SAW ini...Baginda adalah contoh terbaik yg harus kita ikuti. Menentang kejahatan dengan kejahatan adalah JAHAT dan satu kejahatan juga... Satu mesej yg begitu besar maknanya untuk dijadikan panduan bersama. 


Pic: Credit to Islamic Quotes Like jika sudi ;)

Tuesday, October 11, 2011

Pandangan Ilmuan Islam Malaysia Mengenai Bajet 2012


Assalamualaikum WBT..Baru2 ni PM kita Dato' Sri Haji Mohd Najib B. Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan Bajet 2012. Pelbagai reaksi kita dapat lihat daripada pelbagai pihak susulan pengumuman tersebut. Terus terang bagi BBK pandangan daripada para Ilmuan Islam kita benar2 bernas dan diharap para pemimpin dapat mengambil berat isu amanah dalam perlaksanaan bajet ini. Ye lah, semua orang boleh bercakap, tetapi belum tentu boleh melaksanakannya. Perkara paling penting ialah sejauh mana kita AMANAH dalam menjalankan sesuatu tugas itu..


Jum dengar komen2 para Ilmuan Islam kita mengenai Bajet 2012 ni..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabat dan seluruh umat yang menurutinya dalam kebaikan dan keimanan.

Kami sekumpulan ilmuan Islam dan pendakwah tanahair dengan ini sukacita untuk berkongsi sedikit respon kami terhadap bajet 2012 yang baru dibentangkan Jumaat. Dengan status sebahagian besar kami yang kerap diajukan soalan berkaitan kehidupan dari pelbagai aspek khususnya dalam bab agama, kami merasa tanggungjawab untuk menyumbang idea dan ilmu, justeru kami duduk mengadakan pertemuan di antara ilmuan dan beberapa pendakwah yang berkesempatan bagi membincangkan BAJET 2012 walau mengakui kami tidak mempunyai angka-angka lengkap dan terperinci berkait pembangunan ekonomi Negara. Pun begitu, itu tidaklah menghalang kami dari memberikan respon dari angka-angka dan cadangan yang termaktub di dalam buku bajet 2012.

Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus. Secara umumnya kami mengakui bahawa bajet yang dibentangkan secara umumnya adalah baik dan memberi perhatian yang banyak serta agak komprehensif kepada kemaslahatan rakyat dari pelbagai genap lapisan dan sektor.

Pun begitu, agak merungsingkan apabila bajet ini masih kekal defisit, tahun lalu defisit adalah sebanyak 5.4 peratus. Perlu difahami unjuran hasil kerajaan pada tahun 2012 hanyalah RM 186.9 billion dan ini bermakna kerajaan perlu membuat hutang dalam negara yang baru sebanyak RM 45.9 billion.

Kami dengan ini, menyuarakan kebimbangan kami terhadap trend menambah hutang dalam mengurus dan membangun Negara tercinta ini. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion  bagi hujung tahun ini.

Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang plan konkrit untuk menyelesaikannya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Juga sabda baginda:-

اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214)

Berdasarkan hasil perbincangan telus, sederhana akademik dan sifat non-partisan  di antara beberapa peserta pertemuan  ilmuan Islam dan pendakwah terlibat dalam pertemuan berkala ini, pihak kami menyambut Bajet Negara 2012 dengan perasaan bercampur-campur.

Secara ringkas dan mudah dan berdasarkan kemampuan kami yang sederhana, berikut adalah respons kami terhadap beberapa isi penting terpilih dari Bajet 2012 yang dibentang pada 7 Oktober 2011:-

A) Sokongan sepenuhnya
Kami memberikan sokongan sepenuhnya terhadap item-item berikut:-
1. Kewujudan Dana Perusahaan Kecil Sederhana secara Patuh Shariah bernilai RM2 billion yang akan diagihkan melalui institusi kewangan Islam yang terpilih.
2. Potongan cukai kepada sukuk terbitan wakalah, sebelum ini telah diberikan kepada sukuk mudarabah, BBA, Istisna’, murabahah, ijarah.
3. Pengecualian cukai bagi urusniaga sukuk bukan ringgit sebagai galakan perkembangan industri kewangan Islam.
4. Skim pembelian kereta baru jenama tempatan bagi pemilik teksi individu dengan beberapa tawaran nilai lupusan bagi jangka hayat kereta yang berbeza. Ini juga baik, bagi menggalakkan kualiti teksi sedia ada, sekaligus mengurangkan risiko pengguna dan menaikkan imej negara.
5. Potongan dua kali belanja syarikat bagi yang menyediakan latihan internship. Langkah ini juga disokong khususnya latihan teori dan peperiksaan di universiti semata sememangnya tidak mampu menghasilkan tenaga kerja yang cekap dan mahir, justeru tawaran ini dikira mampu meningkatkan kecekapan tenaga kerja muda di Malaysia disamping menaikkan produktiviti syarikat terbabit dengan tenaga kerja yang lebih menjimatkan.
6. Mana-mana pemberi biasiswa dari kalangan syarikat swasta akan memperolehi pengecualian cukai.
7. Pertukaran gaji kepada sistem satu lapis dan kenaikan gaji, iaitu pada kadar RM80 – RM320 atau opsyen skim SBPA dengan faedah kenaikan gaji pad akadar 7-13 peratus.
8. Bonus setengah bulan kepada kakitangan awam dan bantuan RM500 kepada pesara.
9. Dana Pengkomersialan Inovasi bagi PKS sebanyak RM 500 juta melalui pembiayaan patuh Shariah.
10. Yuran sekolah rendah & menengah dimansukhkan.
11. Sumbangan orang ramai kepada rumah ibadah dan sekolah swasta akan mendapat potongan cukai.
12. Pelbagai program membangun hal asasi di luar Bandar melalui dana bernilai RM5 bilion untuk jalanraya, air bersih, elektrik, tangki air, felda diperbaiki sistem pengairan dengan bajet RM400 juta lagi.
13. Umur bersara lanjut ke 60 tahun.
14. Jadual dan jumlah jam kerja pegawai perubatan di ubah kepada purata hanya 60 jam seminggu sahaja, ditambah dengan sistem elaun oncall pada kadar RM30 ke RM 80 semalaman.
15. Bajet biasiswa bagi galakan penjawat awam menyambung pelajaran di peringkat BA, MA dan PhD
16. Naik pencen 2 peratus setahun.
17. Baiki rumah nelayan dari dana sumbangan bernilai RM 300 juta.
18. Bantuan guaman bagi yang tertuduh tidak mampu. Bajet RM 15 juta diperuntukan.
19. Hospital kanak-kanak dan wanita RM 700 juta.
20. Warga emas berumur 60 ke atas dikecualikan dari caj hospital kerajaan sebagai  pesakit  luar. Selain itu juga diberikan 50% diskaun tambang LRT dan Monorel
21. Orang ramai boleh menggunakan RM 1300 dari wang KWSP mereka untuk mendapatkan kuota haji melalui kaedah ring-fencing.
22. Peruntukan meningkatkan sumber makanan melalui pertanian dengan nilai 1.1 billion.
23. Baucar buku RM 200 bagi pelajar matrikulasi, IPTA, IPTS dan tingakatan enam.
24. Galakan sistem bina kemudian jual, diperuntukan melalui perbankan Islam bagi rumah bernilai RM 600,000 ke bawah. Ertinya, hanya apabila rumah siap, barulah pelanggan diperlukan untuk membuat bayaran bulanan.

B) Sokongan dan nota perhatian
Berikut pula adalah item yang disokong, namun dengan dengan sedikit nota:-
1. Pengecualian cukai duti import dan duti eksais untuk kereta elektrik dan hybrid. Namun pihak kami merasakan pihak kerajaan sewajarnya meluaskan lagi galakan ini dan bukan sekadar terhad kepada dalam industri automatif, malah juga wajar diberikan potongan cukai atau insentif yang sesuai kepada mana-mana perusahaan dan perkilangan yang mampu beroperasi secara bersih dan kurang pencemaran melalui sistem ‘tekonologi hijau’, selain itu kami juga ingin mencadangkan agar kerajaan mengkaji bagi mengenakan cukai penalti atau khas kepada mana-mana kenderaan dan kilang yang mengakibatkan sebaran ‘carbon emission’ berlebihan kepada persekitaran.
2. Pengecualian cukai bagi francais tempatan bagi mengalakkan perkembangannya. Dengan kelebihan ini, pihak kami menyeru agar harga khidmat, servis dan makanan yang disediakan oleh francais terlibat tidak dinaikkan bagi mengelakkan tambahan beban bagi rakyat, juga diharapkan pihak kerajaan mampu mengambil inisiatif menasihatkan pihak francias menaikkan kualiti perkhidmatan mereka.
3. Skim rumah pertama bagi kakitangan berpendapatan di bawah RM 3000, dibenarkan untuk membeli rumah pada harga maksimum RM 400 ribu berbanding RM220 ribu sebelum ini, dengan kebenaran menggabung nama suami isteri. Kami berpendapat kenyataan ini hanya merawat sebahagian masalah pemilik rumah pertama sedang ia tidak mampu menyelesaikan masalah harga rumah yang tinggi kepada golongan ini. Selain itu, pengumuman ini dijangka boleh mengakibatkan galakan tidak langsung penjual untuk menaikkan harga rumah lalu  menambahkan risiko kemampuan peluang golongan ini memperolehi rumah.
4. Amanah ikhtiyar – 2.1 billion bagi tujuan ‘micro credit’, namun diharapkan agar ia mampu disalur juga melalui dana patuh Shariah.
5. Sistem bas di luar Bandar RM 150 juta. Namun begitu, bajet kali ini mengalpakan peruntukan dan tumpuan untuk pengemaskinian dan sistem transportasi dalam bandar yang masih belum berkesan..
6. Menggalakkan Doktor, akauntan, guaman dan lain-lain professional buka perkhdimatan di luar Bandar dengan dana RM100 juta bagi pinjaman riba 4 peratus. Ia disokong namun mengapa tiada pilihan dana patuh Shariah? Juga disarankan agar kerajaan bukan hanya mengehadkan kepada badan professional tetapi juga badan-badan kebajikan dan sukarela yang ingin mengadakan khidmat sepertinya.
7. SME ‘revitalization fund’ untuk SME bermasalah. Pinjaman mudah 1 juta boleh diberikand dari dana bernilai RM 100 juta yang disediakan. Walau bersetuju namun pihak kami merasakan keperluan kerajaan memberi pilihan perkhidmatan Patuh Shariah melalui perbankan Islam.
8. Bantuan RM500 kepada isu rumah berpendapatan bulan RM3000 dan ke bawah dalam usaha meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak mereka. Kami bimbang bantuan ini akan mencetuskan lambakan tunai ke dalam masyarakat yang boleh mengakibatkan peningkatan kadar inflasi akibat kenaikan harga barangan, justeru pihak kami mengharapkan kerjaaan mampu merancang tatacara yang boleh digunakan bagi mengawal kenaikan harga barang agar tidak dinaikan sewenangnya akibat pengumuman ini, khususnya apabila ditambah dengan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji. Juga pihak kami juga menegaskan bahawa agak ramai keluarga berpendapatan kurang dari RM 3000 yang tidak akan mendapat bantuan ini lantaran mereka tidak berdaftar dengan LHDN, juga tidak jelas sama ada individu yang tidak pernah membayar cukai LHDN boleh berdaftar tahun ini lalu terus mendapat kemudahan ini.
9. Pemilik teksi individu dan kereta sewa dikecualikan dari duti eksais dan cukai jalan sebanyak 100 %. Ini adalah baik bagi menggalakan lagi tekanan syarikat kepada pemandu teksi. Pun begitu, kami juga merasakan adalah bertambah jika kerajaan dapat juga mempertimbangkan pemberian permit-permit teksi kepada individu dengan lebih banyak.
10. KARISMA: Untuk warga emas miskin RM 300 sebulan, kanak-kanak miskin RM 100 sebulan, kurang upaya RM 150-350 sebulan. Kami bersetuju cuma melihat agar perlu ada peruntukan bagi OKU untuk mendapatkan peluang pekerjaan di dalam perkhidmatan awam, menaikan fasiliti asasi mereka di tempat awam selaras dengan dasar OKU, selain itu sewajarnya kerajaan memberikan pengecualian cukai kepada syarikat swasta yang mengambil OKU bekerja (jika belum ada)

C) Komentar umum
Berikut pula komentar umum kami terhadap bajet 2012 :-
1. Belanjawan defisit berterusan melebihi 5 tahun bukanlah sesuatu yang sihat. Defisit menyebabkan keperluan kerjaaan untuk meminjam dengan faedah riba, apabila setiap tahun pinjaman bertambah maka jumlah hutang-hutang sebelum ini yang ‘outstanding’ pasti akan semakin menyesakkan. Bajet kali ini masih tidak menjelaskan plan kerajaan untuk menaikkan hasil dan pendapatan bagi mengelakkan belanjawan defisit.
2. Tiada sama sekali peruntukan untuk pembangunan urusan hal ehwal Islam sebagai agama rasmi melalui agensi-agensi kerajaan. Ini patut dikaji segera oleh kerajaan kerana bajet sepatutnya memberi perhatian dan sokongan kepada resolusi yang dicapai dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia bagi membangunkan pengurusan hal ehwal Islam.
3. Peruntukan bagi sekolah-sekolah agama rakyat tiada disebut dan diabaikan.
4. Peruntukan untuk mengatasi gejala sosial yang semakin meruncing juga tiada diberikan perhatian sama sekali. Peruntukan patut disediakan sama ada melalui sekolah, agensi kerajaan terbabit, NGO dan yang layak.
5. Pemberian konsesi dan kontrak kepada beberapa pengendali lebuh raya yang akan dibuat sebagaimana diumum di dalam bajet mestilah diurus dengan penuh integriti agar tidak lagi klausa perjanjian yang merugikan rakyat akibat menjamin kenaikan wajib setiap tahun.
6. Di dalam keadaan defisit dan pemotongan pelbagai cukai terhadap pelbagai perkara, kerajaan sangat wajar mengenakan kembali ‘import tax’ untuk barang mewah yang pernah dihapuskan sebelum ini.
7. Terlalu banyak agihan perlu sampai segera kepada masyarakat yang mengharap dari bajet ini, tanpa sikap efisyen tinggi dan tiada badan khas yang dipertanggungjawab, ia mungkin hanya tinggal pengumuman sahaja. Justeru, kami mencadangkan bagi membuktikan ketelusan dan keikhlasan bukan sekadar pilihanraya, kerajaan mewujudkan badan pemantau khas dianggotai wakil kementerian, NGO & ahli politik untuk mencatat setiap agihan yang diumumkan di dalam bajet, lalu melaporkannya secara suku tahunan (quarterly) kepada parlimen bagi pengetahuan rakyat.
8. Pengecualian cukai bagi projek dan syarikat-syarikat KLIFD yang diberikan sehingga 10 tahun adalah terlalu panjang yang merugikan Negara khususnya apabila kewangan negara berada di dalam kedaaan defisit, justeru kami mencadangkan ia dikaji semula dan diubah kepada lima tahun sahaja.
9. Sekuriti dan isu keselamatan rakyat tidak diperuntukan dengan peruntukan yang mencukupi, walaupun ada bajet untuk polis namun kita perlukan peruntukan khusus untuk sistem tekonologi sekuriti lebih baik seperti CCTV dan lain-lain sistem bagi memudahkan polis membantu keselamatan rakyat jelata.
10. ‘Green tax’ sekali lagi ingin kami highlightkan, pengecualian cukai bagi syarikat mampu mengurangkan pencemaran dan kenakan cukai bagi yang membuat pencemaran diperlukan.
11. Bagi mengelak spekulasi di dalam pemilikan perumahan, kami berharap kerajaan mampu mengkaji lagi sistem yang telah diperkenalan sebelum ini iaitu pembelian rumah ketiga dan seterusnya, institusi kewangan diminta untuk memberi pinjman sehingga 70 % sahaja, namun bagi merendahkan terus peluang spekulasi yang menyebabkan harga rumah meningkat sehingga menyukarkan pembeli rumah pertama dan pembeli untuk tujuan penginapan (bukan pelaburan), kami meminta pembiayaan dan pinjaman untuk pembelian rumah ketiga dan ke atas dihadkan kepada 50 % sahaja berbanding 70 % sebelum ini.
12. Peruntukan bagi mengemaskan dan menaiktaraf sistem pengangkutan dalam bandar tidak disebut di dalam bajet kali ini.
13. Selain memberikan tumpuan kepada hospital baru, naik taraf hospital swasta dan klinik, perlu juga perlu juga mengkaji khidmat di hospital swasta yang kian meningkat kos khidmat mereka.
14. Transformasi sepatutnya tidak hanya terhad kepada plan agihan yang baik tetapi plan kerajaan untuk tingkatkan integriti, kesungguhan dan keazaman mengelak ketirisan yang mengakibatkan perbelanjaan mengembang.
15. Tidak disebut kali ini berkenaan cukai barangan ‘dosa’ ke atas rokok, arak, judi dan sepertinya. Ini diperlukan bagi memperolehi pendapatan Negara dalam keadaan defisit dan mengecilkan jumlah mereka yang ingin terjebak di dalam masalah terbabit.
16. Kedai 1Malaysia (KRIM) adalah baik namun perlu disedari peruncit kecil terpaksa bersaing dengan harga barangan jualan KRIM yang 40% lebih rendah dari harga pasaran, jika tidak dikawal lokasinya boleh ‘membunuh’ kedai-kedai runcit milik peniaga kecil dan sederhana, justeru kami mencadangkan agar kedai ini benar-benar ditempatkan lebih banyak di kawasan luar bandar atau di kawasan yang dikenalpasti didiami kumpulan pendapatan rendah seperti PPRT di kawasan bandar atau universiti.
17. Kadar keuntungan cukai harta tanah, di dalam lampiran bajet 2012 disebutkan niat kerajaan adalah untuk mengekang spekulator hartanah dari berleluasa lalu cukai ke atas keuntungan jualan harta tanah dinaikkan dari 5 % ke 10 % bagi pelupusan dalam tempoh kurang dari 2 tahun, kami mencadangkan agar kerajaan mengembalikannya kepda jadual cukai asal iaitu 30% secara berperingkat dwi tahunan agar masalah ini dapat dibendung dengan lebih efektif. Selain itu, jualan harta tanah setelah 5-10 tahun pula dicadangkan agar tidak dihapuskan terus, maka boleh diletakkan cukai minima sekitar 1 peratus, ia dijangka penting untuk menjana pendapatan kerajaan.

Akhirnya, kami menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam fasa penyampaian dan perlaksanaan segala inisiatif yang telah dimaktubkan dalam belanjawan yang diumumkan agar bersifat amanah dan menzahirkan accountability yang tinggi agar setiap inisiatif yang dijanjikan benar-benar dirasai manfaatnya oleh para kumpulan sasaran. Kami mengingatkan seluruh stakeholders yang terbabit dengan Firman Allah SWT:

إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرً

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”. (An Nisa:58)

Firman Allah juga :

إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

Ertinya : sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya. ( Al-Qasas : 26)

Sabda Rasulullah SAW:

Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad)

Dari kami untuk khidmat masyarakat,

Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mursyid)
Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
Ustaz Dr. Maszlee Malik
Ustaz Dr Zahazan Muhammad,
Ustaz Syed Mohd Norhisyam
Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,
Ustaz Hj Mohammad Nidzam Abdul Kadir,
Ustaz Hj Aizam Mas’ud,
Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil,
Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,
Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan,
Ustaz Ramadhan Fitri Elias,
Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,
Ustaz Zamri Zainuldin 'Mantop'
Ustaz Abdullah Bukhari Al-hafiz
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
Ustaz Shauqi Othman
Ustaz Dr Firdaus Mohd Hatta
Dr. Mohd Nizam Barom




Sumber:
Fan Page FB Ustaz Dr Zahazan Muhammad
Like jika sudi ;)