Malaysia Cheap Web Hosting

Wednesday, July 27, 2011

5 hari lagi Ramadhan tiba...

5 hari lagi..NAFAS menjadi TASBIH..
5 hari lagi TIDUR menjadi IBADAH..
5 hari lagi DOA’2 di IJABAH..
5 hari lagi PAHALA di LIPAT GANDSAKAN..
Tapi itu semua tak akan terjadi sebelum semua saling MEMAAFKAN dalam KEIKHLASAN..

Ya Allah..Syukur..Ramadhan bakal tiba..Moga2 sempat lah hendaknya kita menyambutnya..Sungguh tidak sabar rasanya..Oh yea..message di atas BBK dapat daripada BBM (BlackBerry Messenger) yg dihantar oleh seorang rakan..BBK seterusnya merujuk kepada seorang teman yg boleh dikatakan berpengetahuan tinggi dalam Agama..(beliau x nak namanya disiarkan).. Terus saja dia berbicara merujuk kepada Firman Allah SWT dalam Surah Al-Imran : Ayat 112 yang berbunyi:

'Ditimpa kehinaan mereka walau di mana mereka berada melainkan berjaya berpegang dengan agama Allah S.W.T. dengan menghubungkan diri dengan Allah S.W.T. dan juga berbuat baik sesama manusia..'

Maka jelas dalam memastikan diri kita menjadi hamba Allah yang baik atau dengan tepatnya menjadi 'khalifahtullah' di atas muka bumi ini, kesempurnaannya amat bergantung kepada sejauh mana seseorang itu mampu mengharmonikan hubungannya dengan Yang Maha Pencipta Allah S.W.T. dan juga sejauh mana kemampuan seseorang itu menserasikan atau mendamaikan hubungannya dengan sesama manusia. Inilah yang menjadi titik tolak dalam kehidupan insan muslim mukmin yang beriman dengan Allah S.W.T.

Justeru, maaf memaafkan sesama kita wajar diamalkan sentiasa bukan hanya menunggu di Hari Raya..Kerana sebagai manusia kita tidak lari dari kesilapan. Kadangkala kita merasakan diri kita dipihak yg benar, walhal sebenarnya ada tingkah laku kita yg tanpa kita sedari mengguris perasaan orang lain. Kita juga tidak seharusnya mempunyai rasa dendam...Maafkanlah dari hati dengan penuh ikhlas..Ingat, sebagai hamba Allah SWT, setiap waktu kita juga sering memohon keampunan dariNYA..Adakah kita mengharapkan kemaafan kita ditolak dariNYA? Sudah tentu tidak..Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang terhadap semua hamba2nya..Jadi, janganlah kita terlalu takbur dan riak sehingga begitu keras hati sehingga tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain..Renung2kan..Percayalah, dengan memaafkan, hati akan menjadi lebih tenang..Jangan lah bermusuh-musuhan..

“Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Orang yang sangat dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan.” - Sahih Bukhari

Selamat menyambut bulan Ramadhan yg bakal tiba tidak lama lagi..BBK disini menyusun 10 jari, memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah, silap dan kekhilafan dari diri ini..Sesungguhnya apa yang baik itu dari Allah SWT..Dan yg buruk dan hina, dari diri ini..Dengarkan lagu Ramadhan Tiba dendangan Opick..Untuk download lagu ni click Ramadhan Tiba by Opick
Like jika sudi ;)

Lirik Lagu Ramadhan Tiba by Opick


Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba semua bahagia
Tua dan muda bersuka cita
Bulan ampunan bulan yang berkah
Bulan terbebas api neraka

Andaikan saja Ramadhan semua
Bulan yang tiba bulan yang ada
Karena besarnya setiap pahala
yang di janjikan kepada kita

Marhaban Ya Ramadhan 4X

Dalam bersahur ada pahala
Dalam berbuka alangkah indah
Menahan diri menahan lidah
Menjaga hati menjaga mata

Banyakkan amal hari-harinya pahala
Datang berlipat ganda
Berlomba-lomba untuk ibadah
Dunia bahagia surga nanti gantinya

Ramadhan tiba 3X
Ramadhan tiba 3X

Dan semoga setiap jiwa
Diberikan ampunan-Nya
Dan semoga hapus semua
Kesalahan setiap jiwa

Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X



Like jika sudi ;)

Monday, July 25, 2011

Muhasabah Iman...

Assalamualaikum..diam tak diam dah pun 25 July..Bersamaan 23 Sya'ban 1432H..Ramadhan bakal tiba dalam masa beberapa hari sahaja lagi..Bagaimana hari kita hari ini..? Kebiasaannya kita akan memikir kan 'Oh, apa nak buat yea hari ini..', 'Nak lunch apa nanti..' 'Kerja apa yg perlu di siapkan hari ini'..Namun..jarang2 kita memikirkan..Bagaimana peningkatan iman kita hari ini..BBK berterima kasih pada Motivasi IKIM FM baru2 ini yg menyentuh topik Iman..Ustaz di slot motivasi pagi IKIM FM mengingatkan kita tentang Muhasabah Iman..



Dalam kehidupan kita seharusnya perlu sentiasa ber-Muhasabah atau dalam erti kata lain melakukan proses penilaian diri..Jika bekerja pun, kita diwajibkan melalui proses penilaian atau lebih dikenali dengan 'Appraisal'. Muhasabah penting untuk kita memperbaiki diri kita dengan mengenal pasti kekurangan yg ada. Seterusnya menjadi lebih konsisten dalam mengekalkan kebaikan yg sedia ada.. Begitu juga dengan Muhasabah Iman..Menurut Ustaz di slot motivasi pagi IKIM FM, betapa beruntungnya jika kita dapat melakukan Muhasabah tentang keimanan kita setiap hari..Menilai amalan2 seharian, adakah ia semakin bertambah? Atau berkurang? Menurut Ustaz itu lagi, jika seseorang yg sentiasa bermuhasabah, dia akan sentiasa berfikir sebelum bertindak. Memastikan tindakannya itu tidak akan mencemarkan diri nya dengan dosa..Juga menolak untuk melakukan sesuatu yg dapat meruntuhkan imannya.. 

Alhamdulillah..Kita masih lagi bernafas hari ini..Maka bersyukurlah..Jangan hanya pada lafaz di bibir..Tunjukkan rasa syukur itu dengan amalan, gaya hidup dan perbuatan kita juga..Sabarlah dalam menuruti perintahNYA dan sabarlah dalam meninggalkan segala laranganNYA..Hiasi diri dengan rasa kasih sayang terhadap semua makhluk Allah SWT..Ingat apa yg kita miliki ini hanya pinjaman dariNYA..Satu hari nanti PASTI ia akan kembali kepada NYA..Maha PENCIPTA..yg MEMILIKI segala2nya..

Semoga kita dapat memulangkan kembali apa yang dipinjamkan pada kita ini kembali padaNYA semula dalam keadaan yg baik, suci dan murni.. InsyaAllah..Semoga kita semua sentiasa dilindungiNYA...Amin..

‘Jalan menuju ke Syurga yg kekal, penuh ranjau, onak , duri dan berliku...Jalan menuju ke Neraka yg kekal penuh keindahan, syahwat dan nafsu..Jika Syurga yg kekal abadi pilihan mu..Bersabarlah dalam mengharungi ranjau dunia berduri yg berliku ini..’


Picture: Credit to ILUVISLAM.COM
Like jika sudi ;)

Friday, July 15, 2011

Nisfu Sya'ban..Antara Sunnah atau Bid'ah

Hari ni bersamaan 13 Sya'ban..Maka InsyaAllah tanggal 17 July nanti, hari Ahad adalah 15 Sya'ban. Justeru malam Nisfu Sya'ban ialah pada hari Sabtu tanggal 16 July 2011 iaitu malam minggu sejak terbenamnya matahari.

BBK ingin berkongsi maklumat tentang isu amalan Nisfu Sya'ban samaada ia nya Bid'ah atau Sunnah..BBK sendiri juga telah mencari kepastian kerana bimbang mengikut amalan yang salah iaitu (Bid'ah) yang berleluasa sekarang ini kerana seperti kita sedia maklum salah satu tanda hari kiamat, berleluasa nya amalan2 yang ditokok tambah yang bukan datangnya dari Al-Quran & Sunnah..

Daripada pencarian itu, bagi BBK, catatan dari Dato’ Hj. Abd. Majid bin Omar iaitu Timbalan Mufti Selangor Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menjawab persoalan ini dengan jelas.

Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. mengenai fadhilat dan kelebihan bulan Sya’ban.

Antara hadis-hadis tersebut; 
Usman bin Zaid menceritakan : "Saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., wahai Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Sya’ban; lalu baginda menjawab, itulah bulan Sya’ban di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan; ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu saya (baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan an- Nasai)

Aisyah r.a. menceritakan, Rasulullah s.a.w. telah bersabda;
 Maksudnya: "Sesungguhnya Allah Ta’ala turun pada malam pertengahan (nisfu) Sya’ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb”.
(Hadis riwayat at- Tirmizi dan Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Apabila tiba malam nisfu Sya’ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadah dan berpuasa pada siangnya”. Allah SWT berfirman, ” Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampunkannya.

Oleh kerana bulan Sya’ban adalah bulan yang mulia di sisi Allah SWT di mana amal ibadah kita diangkat kehadrat Allah SWT maka sewajarnyalah sepanjang bulan itu diisikan dengan amal ibadah sunat dan taqwa kepada Allah SWT. Di antara amal ibadah itu ialah bertaubat, berselawat ke atas Nabi, berzikir, bertasbih dan sebagainya.

Pada malam Nisfu Sya’ban mereka membaca surah Yasin (3 kali), sama ada secara individu atau berjamaah diikuti dengan doa selepasnya.

1. Bacaan Yasin pertama, niatkan memohon dipanjangkan umur untuk mentaati segala perintah dan menjauhi larangan Allah SWT.

2. Bacaan Yasin kedua, niatkan mohon keluasan rezeki yang halal serta diberkati.

3. Bacaan Yasin ketiga, niatkan memohon ditetapkan iman yang sempurna sehingga meninggal dunia kelak.
Menurut sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diceritakan oleh Sayidatina Aisyah r.a. bahawa pada malam Nisfu Sya’ban baginda mendirikan solat sehingga pagi. Baginda bersabda kepada Aisyah: “Malam ini adalah malam Nisfu (pertengahan) bulan Sya’ban”.

KESIMPULAN
Menghidupkan bulan Sya’ban termasuk Nisfu Sya’ban dengan ibadat seperti membaca al- Quran, bertaubat, beristighfar, berdoa, solat hajat dan sebagainya, adalah ibadah yang baik bagi mendekatkan diri kehadrat Allah SWT.

 Yang menjadi pertikaian pihak-pihak tertentu ialah pengkhususan bulan atau hari tersebut untuk satu-satu ibadah, bukan pada pengisian atau aktiviti amalan yang dilakukan. Mudah-mudahan kita semua bersatu dan meningkatkan amal ibadah kita, meningkatkan ketaqwaan dan melakukan amalan. Menurut Imam Syafie r.a., jika sesuatu amalan yang membawa kebaikan dan tidak bertentangan dengan syariah, adalah bid’ah hasanah. WAllahualam bissawab.


Sumber:  Dewan Muslimat PAS Kawasan Serdang Like jika sudi ;)

Saturday, July 2, 2011

Bila Pintu Kaabah terbuka...

SubhanAllah..SubhanAllah..Alhamdulillah..dgn izinNYA td berkesempatan menonton secara online LIVE dari Masjidil Harram MakkahAl-Mukarramah di mana pintu Kaabah atau Multazam di buka.

Jazakallahu Khairan Kathira buat rakan2 yg memberitahu tentang peristiwa ini..Sempat juga BBK tgk dan capture beberapa gmbr seperti di bawah..Kejadian berlaku lebih kurang waktu Malaysia jam 1tgh hari tadi sehingga masuk waktu Zohor..Waktu di Makkah ketika itu jam 8pagi..(waktu Dhuha..)

Menurut rakan BBK yg pernah menyaksikan sendiri peristiwa itu LIVE di sana pada 2004, pintu Kaabah dibuka pd setiap thn,1 Syaaban adalah sbg tanda mengucapkan selamat dtg bln Ramadhan & menyucikan Kaabah adalah perintah dr Allah.(ada disebutkn dlm Surah Al-Baqarah Ayat 125).
Kali ke-2 pintu Kaabah dibuka pd musim haji..sebelum hari wuquf..kadang2 penghujung bln Zulkaedah..kadang2 pd awal bln Zulhijjah..

Manakala dalam rujukan yg sempat BBK buat td sumber dari buku Makkah Al-Mukarramah: Kelebihan & Sejarah karangan Abd. Basit Abd. Rahman terbitan Telaga Biru (hadiah dari seorang teman istimewa yg BBK kenal sewaktu di Makkah & Madinah): Pintu Kaabah akan dibuka untuk membasuh bahagian dalam Kaabah. Satu tangga khas akan dibawa untuk menaikinya. Bahagian dalamnya akan dibasuh dengan air zamzam oleh Khadimul Haramain atau wakilnya dan lain2 orang kenamaan. Dindingnya akan dibasuh dengan penyapu khas yang dibuat daripada daun tamar, kemudian akan direnjis dengan wangi-wangian. Begitu juga pintu ini akan dibuka jika ada tetamu negara yg ingin memasuki Kaabah..

Pintu Kaabah atau Maltazzam yg ada pada hari ini terletak dua meter tinggi dari aras tanah, disaluti emas dan perak. Dibuat pada tahun 1399H. Menelan belanja sebanyak 13,420,000 Riyal Saudi dan emas sebanyak 280kg.

Berikut gambar2 peristiwa semasa Pintu Kaabah atau Multazam dibuka tadi..Pada yg membaca entry ini dan tahu info yg lebih tepat, harap dapat share dan komen untuk maklumat bersama..Syukran..



Untuk yg tidak tahu..Lihat tanda arah di atas kedudukan 
Pintu Kaabah (Multazam) & Hajarul Aswad 

Inilah suasana sekeliling Kaabah tadi 2 July 2011 sebelum pintu Kaabah dibuka

Lihat, askar2/pengawal2 menjaga rapi kawasan Kaabah di Masjidil Harram, namun tidak menghalang sesi tawaf yg dilakukan seperti biasa selepas sempadan kawalan.

Tangga inilah tanda di mana Multazam akan dibuka, ia di bawa berdekatan Kaabah dan laluannya terus memasuki Pintu Kaabah

Tangga diletakkan di hadapan Pintu Kaabah

Mereka memasuki Kaabah

Gambaran dari luar tangga yg betul2 melalui Pintu Kaabah

Cuba perhatikan betul2..Apa yg BBK nmpk dari video tadi mereka menyapu2kan tangan mereka ke Pintu Kaabah 

Dalam 20 minit, mereka keluar semula melalui pintu yg sama

Menuruni tangga, bermula dari penjuru Hajarul Aswad, mereka memulakan Tawaf..

Lihat, laluan Tawaf mereka di kawal rapi oleh pengawal2..MasyaAllah

Begitu mudah dapat mencium Hajarul Aswad..SubhanAllah..AllahuAkbar

Tetap di kawal rapi..

Seperti biasa, selesai Tawaf, mereka juga mengerjakan Solat Sunat Tawaf di belakang Makam Nabi Ibrahim A.S

SubhanAllah..Ya Allah..Ya Rahman, Ya Rahim..

Apa yg ada di dalam Kaabah..? Lihat video ini..


Begitulah suasana yg dapat BBK kongsikan..Jika ada diantara anda yg turut sama menyaksikan atau mempunyai pengalaman sendiri harap dapat kongsi cerita..Siapa kah mereka ini dan sebagainya..Apa yg pasti selepas Maghrib nanti, Rejab akan meninggalkan kita, tibalah bulan Syaaban..Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Justeru, marilah sama2 kita terus meningkatkan amalan kita di bulan Syaaban yg penuh keberkatan..Ramadhan akan menyusul selepas itu..Alhamdulillah..Semoga segalanya lancar berada di dalam aturanNYA..InsyaAllah..

**Mohon ampun & maaf jika ada kesilapan di entry ini..Harap dapat ditegur dan diperbetulkan...Syukran..** 
Like jika sudi ;)