Malaysia Cheap Web Hosting

Friday, July 15, 2011

Nisfu Sya'ban..Antara Sunnah atau Bid'ah

Hari ni bersamaan 13 Sya'ban..Maka InsyaAllah tanggal 17 July nanti, hari Ahad adalah 15 Sya'ban. Justeru malam Nisfu Sya'ban ialah pada hari Sabtu tanggal 16 July 2011 iaitu malam minggu sejak terbenamnya matahari.

BBK ingin berkongsi maklumat tentang isu amalan Nisfu Sya'ban samaada ia nya Bid'ah atau Sunnah..BBK sendiri juga telah mencari kepastian kerana bimbang mengikut amalan yang salah iaitu (Bid'ah) yang berleluasa sekarang ini kerana seperti kita sedia maklum salah satu tanda hari kiamat, berleluasa nya amalan2 yang ditokok tambah yang bukan datangnya dari Al-Quran & Sunnah..

Daripada pencarian itu, bagi BBK, catatan dari Dato’ Hj. Abd. Majid bin Omar iaitu Timbalan Mufti Selangor Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menjawab persoalan ini dengan jelas.

Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. mengenai fadhilat dan kelebihan bulan Sya’ban.

Antara hadis-hadis tersebut; 
Usman bin Zaid menceritakan : "Saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., wahai Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Sya’ban; lalu baginda menjawab, itulah bulan Sya’ban di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan; ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu saya (baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan an- Nasai)

Aisyah r.a. menceritakan, Rasulullah s.a.w. telah bersabda;
 Maksudnya: "Sesungguhnya Allah Ta’ala turun pada malam pertengahan (nisfu) Sya’ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb”.
(Hadis riwayat at- Tirmizi dan Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Apabila tiba malam nisfu Sya’ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadah dan berpuasa pada siangnya”. Allah SWT berfirman, ” Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampunkannya.

Oleh kerana bulan Sya’ban adalah bulan yang mulia di sisi Allah SWT di mana amal ibadah kita diangkat kehadrat Allah SWT maka sewajarnyalah sepanjang bulan itu diisikan dengan amal ibadah sunat dan taqwa kepada Allah SWT. Di antara amal ibadah itu ialah bertaubat, berselawat ke atas Nabi, berzikir, bertasbih dan sebagainya.

Pada malam Nisfu Sya’ban mereka membaca surah Yasin (3 kali), sama ada secara individu atau berjamaah diikuti dengan doa selepasnya.

1. Bacaan Yasin pertama, niatkan memohon dipanjangkan umur untuk mentaati segala perintah dan menjauhi larangan Allah SWT.

2. Bacaan Yasin kedua, niatkan mohon keluasan rezeki yang halal serta diberkati.

3. Bacaan Yasin ketiga, niatkan memohon ditetapkan iman yang sempurna sehingga meninggal dunia kelak.
Menurut sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diceritakan oleh Sayidatina Aisyah r.a. bahawa pada malam Nisfu Sya’ban baginda mendirikan solat sehingga pagi. Baginda bersabda kepada Aisyah: “Malam ini adalah malam Nisfu (pertengahan) bulan Sya’ban”.

KESIMPULAN
Menghidupkan bulan Sya’ban termasuk Nisfu Sya’ban dengan ibadat seperti membaca al- Quran, bertaubat, beristighfar, berdoa, solat hajat dan sebagainya, adalah ibadah yang baik bagi mendekatkan diri kehadrat Allah SWT.

 Yang menjadi pertikaian pihak-pihak tertentu ialah pengkhususan bulan atau hari tersebut untuk satu-satu ibadah, bukan pada pengisian atau aktiviti amalan yang dilakukan. Mudah-mudahan kita semua bersatu dan meningkatkan amal ibadah kita, meningkatkan ketaqwaan dan melakukan amalan. Menurut Imam Syafie r.a., jika sesuatu amalan yang membawa kebaikan dan tidak bertentangan dengan syariah, adalah bid’ah hasanah. WAllahualam bissawab.


Sumber:  Dewan Muslimat PAS Kawasan Serdang Like jika sudi ;)

No comments:

Post a Comment