Malaysia Cheap Web Hosting
Showing posts with label Hasad dengki. Show all posts
Showing posts with label Hasad dengki. Show all posts

Friday, June 10, 2011

Bila diri di sihir...

Anda terkena sihir? Atau jika tidak sekalipun sebagai manusia kita perlu sentiasa bersedia dengan pendinding atau amalan seperti Zikrullah dan selalu membaca serta mengamalkan ayat Al-Quran dalam kehidupan seharian.


Assalamualaikum sahabat..Okay sebelum ni BBK pernah buat entry tentang Sihir dan laluan syaitan ke dalam hati kita? Justeru kali ini BBK nak share pula info  tentang bagaimana cara untuk mengelak dan merawat sihir..

Ayat-ayat Wirid Mangsa Sihir:

 1) Surah Yunus ayat 80 - 81
 2) Surah Al-A'raf ayat 117 - 121
 3) Surah Taha ayat 67 - 70
 4) Surah Al-Furqan ayat 32
 5) Surah Anbiya' ayat 70
 6) Surah An-Nur ayat 39
 7) Surah Al-Israk ayat 81
 8) Surah Fussilat ayat 42
 9) Surah Fatir ayat 10
 10) Surah Anbiya ayat 18
 11) Surah Al-A'raf ayat 18
 12) Surah Kahfi ayat 98
 13) Surah Taha ayat 69
 14) Surah Al-Falaq

 Ayat-ayat Wirid Mangsa Hasad :

 1) Surah Al Fatehah 7 x
 2) Ayat Kursi 7 x
 3) Surah Mulk 1 x
 4) Surah Al-Qalam 7 x (ayat 51)
 5) Ayat 3 Qul 7 X

Ayat-ayat Shifa'

 1) At Taubah - surah 9 : ayat 14 - 15
 2) Yunus - surah 10 : ayat 57
 3) An Nahl - surah 16 : ayat 67 - 69
 4) Al Isra' - surah 17 : ayat 82
 5) As Syu'ara - surah 26 : ayat 75 - 80
 6) Al Fushilat - surah 41 : ayat 44







Pesakit yang tidak mampu membaca ayat2 ruqyah keseluruhannya atau yang tidak dapat membaca Al-Quran dengan baik cukup mengamalkan doa2 dan zikir di bawah ini sebagai perisai untuk dirinya (untuk makluman ia terkandung dalam Al-Mathurat   jika dapat cuba jadikan amalan setiap selepas solat subuh dan solat asar. 

 1) Baca doa ini setiap selepas solat subuh dan solat asar:

 A'u-dzu-bikalimaa-til-laa-hit-taam-maati minsh-sharri maa kholaq 3x
 Aku berlindung dengan kalimah2 (ayat) Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang di ciptakan-Nya.

 2) dan doa ini juga 3x

 Bismillaa-hil ladzii laa yadurru ma asmihii shai'un fil ardi wa laa fis samaa-i-wahuwas samii-'ul-aliim  
 Dengan nama Allah yang dengan-Nya segala sesuatu yang ada dibumi dan langit tidak sekali2 akan  membahayakan. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

 3) dan zikir ini 100x pagi (lepas subuh) dan petang (lepas asar atau magrib)

 Laa ilahaa illaulaah wahdahu laa shariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa' alaa kulli shai-inq-qodiir. 
 Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya hanya Allah yang mempunyai semua kerajaan  dan semua puji2an dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

 Selain doa di atas baca Ayat Kursi 313 x sekali gus dan banyakkan baca Tasbih Nabi Yunus

 Laa ilaaha illa anta subhaanaka innii kuntu minadh-zhaalimiin
 Tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah, Maha Suci Engkau, akulah orang yang membuat zalim atas
 diriku.

Sumber:  Pena Mautara & Majalah Ar-Risalah
Like jika sudi ;)

Wednesday, June 8, 2011

Sihir dan laluan syaitan ke dalam hati kita

Kita sangka kita tiada musuh..Namun siapa sangka rakan di sebelah kita rupa2nya mempunyai perasaan iri hati dan dengki terhadap diri kita. Nauzubillah..Minta dijauhkan

Assalamualaikum WBT...Salam sahabat..Kali ni BBK nak share tentang buku yg baru BBK habis baca iaitu karya dari Majdi Muhammad Asy-Syahaawi dan diterjemahkan oleh sang Pujangga Islam juga menyandang Tokoh Maulidur-Rasul, Malaysia iaitu Abdullah Al-Qari bin Hj. Salleh yg bertajuk “Penjegah Sihir, Angkara Jin & Iri HATI” terbitan Al-Hidayah.

Memetik kata pengarang, sebagai manusia, kita tidak lari daripada mempunyai musuh di kalangan manusia sendiri, terutama org2 Yahudi dan Kristian yg tidak ingin melihat orang Islam hidup dalam hakikat dan suasana Islam secara istiqamah, tetapi sangat gemar melihat kiranya agar orang Islam akan mengikut Agama mereka. Antara kita sedar atau tidak, cara hidup yang telah lari dari landasan Islam dan mengamalkan budaya2 barat juga salah satu agenda mereka untuk menyesatkan kita.



Ketua2 dan pengikut kedua2 agama ini adalah amat irihati sekali terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan pengikutnya dari semasa ke semasa sehingga Hari Kiamat, orang Yahudi tidak silu2 melahirkan rasa tidak puas hati mereka apabila Nabi akhir zaman atau Rasul penutup tidak dilantikkan di kalangan bangsa mereka iaitu Yahudi.

Dalam kehidupan kita sekarang pula, apabila adanya golongan yg hidup kaya, mewah dan mempunyai kelebihan atau kedudukan tertentu dalam masyarakat, maka ada pula segolongan manusia lain yang tidak senang hati terhadap mereka; lalu timbullah rasa dengki atau irihati terhadap mereka. Kerana dek lemahnya Iman dan nafsu yang tidak terkawal, maka si pendengki ini sanggup melakukan apa jua perkara yang boleh memudaratkan golongan yang dianiaya tadi seperti menggunakan bomoh yang melakukan pemujaan terhadap jin dan syaitan.






Apakah dia benteng atau perisai yg dapat melindungi kita daripada gangguan jin & syaitan?
Allah SWT telah pun berfirman yg berbunyi:

“Dan jika syaitan mengganggu engkau dengan sesuatu gangguan, maka mohonlah perlindungan pada Allah sesungguhnya Dialah (Tuhan) Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Fusilat:36)

Apa yang perlu dilakukan Bila diri disihir..?Pertama, Zikrullah..Itulah jawapannya..Iaitu dengan sentiasa mengingati Allah dengan kalimah2 suci memuji kebesaranNYA. Kenyataan Zikrullah dapat menangkis gangguan syaitan ada dalam firman Allah SWT yang berbunyi:

“Sesungguhnya orang2 yang bertaqwa itu apabila mereka dikenai was-was daripada syaitan, mereka (lalu) ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka dapat melihat (menyedari kesilapan mereka)” (Al-A’raf:20)

Kedua, Azan boleh mengusirkan syaitan..Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila terbayang (ternampak, terdengar) kepada kamu hantu (sejenis jin atau syaitan), maka kamu seru dengan azan...” (HR Jabir Bin Abdullah)

Rahsia yg ada dalam seruan azan ialah ucapan takbir dan tahlil yg menjadi punca dan sebab berundurnya hantu atau syaitan. Syaitan sesungguhnya amat benci kepada kalimah takbir ‘AllahuAkbar’ (Allah Maha Besar) dan syaitan juga benci pada kalimah tauhid ‘Lailahaillallah’ (Tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah.

Ketiga ialah penjagaan dari Hasad dan Dengki. Untuk menjaga dari terkena hasad dengki, perlulah kita sentiasa membaca pembenteng yg berbentuk ayat2 Al-Quran dan bacaan2 hadith Nabi SAW. Seterusnya kita perlu memohon keberkatan di kala melihat sesuatu yg kita hairankan contohnya apabila melihat melimpah ruahnya nikmat dan kita perlu menyembunyikan keelokan (sesuatu) bagi mengelakkan terkena panahan mata jahat. Berdasarkan itu, wanita Islam perlu sentiasa memakai pakaian yg menurut syarak sebagai menjaga diri dari panahan mata orang2 yang dengki dan iri hati.

Keempat, kita perlu sentiasa menjaga atau mengawal saluran masuk syaitan ke dalam hati kita. Saluran2 masuk syaitan yg wajib dikawal dari memasuki hati manusia itu ialah:

·         Kedatangan marah
·         Berselera nafsu keinginan
·         Hasad dengki dan iri hati
·         Kedekut (bakhil)
·         Gopoh-gapah
·         Kenyang dan buruk makan sbb banyak makanan dan minuman dlm perut
·         Menaruh persangkaan buruk terhadap orang2 Islam
·         Menghairankan kebolehan diri dan terpedaya (sedangkan semua itu dari Allah SWT)
·         Memandang kepada perkara yg diharamkan Allah SWT (memandangnya)
·         Bercampur dan bersekedudukan dengan orang2 fasid (perosak) di kalangan manusia yang dipengaruhi oleh syaitan
·         Suka mengumpat dan melaga-lagakan orang lain
·         Menerusi sikap menyukai perhiasan dengan bangunan rumah, kereta dan pakaian di mana manusia mudah leka dan lupakan akhirat dan di kala itu mudahlah bg syaitan menarik ke arahnya
·         Menerusi sifat tamak dan haloba (rakus)
·         Menerusi sifat fanatik pada mazhab dan aliran kefahaman (termasuk parti, kelab dan sebagainya bila menyeleweng)
·         Menerusi harta dan wang ringgit. Inilah saluran paling bahaya sehingga manusia pecah amanah, hilang pedoman, putus silaturrahim dan sbgnya. Kadang2 ia melibatkan pada alim ulama.


Menurut pengarang, saluran itu sbnrnya banyak sekali utk disebutkan, namun yang paling masyhurnya adalah yg disebutkan di atas di mana ia merupakan senjata syaitan yg digunakan sewaktu menyerang manusia. Oleh itu, berwaspadalah! 

Like jika sudi ;)