Kita sangka kita tiada musuh..Namun siapa sangka rakan di sebelah kita rupa2nya mempunyai perasaan iri hati dan dengki terhadap diri kita. Nauzubillah..Minta dijauhkan
Assalamualaikum WBT...Salam sahabat..Kali ni BBK nak share tentang buku yg baru BBK habis baca iaitu karya dari Majdi Muhammad Asy-Syahaawi dan diterjemahkan oleh sang Pujangga Islam juga menyandang Tokoh Maulidur-Rasul, Malaysia iaitu Abdullah Al-Qari bin Hj. Salleh yg bertajuk “Penjegah Sihir, Angkara Jin & Iri HATI” terbitan Al-Hidayah.
Memetik kata pengarang, sebagai manusia, kita tidak lari daripada mempunyai musuh di kalangan manusia sendiri, terutama org2 Yahudi dan Kristian yg tidak ingin melihat orang Islam hidup dalam hakikat dan suasana Islam secara istiqamah, tetapi sangat gemar melihat kiranya agar orang Islam akan mengikut Agama mereka. Antara kita sedar atau tidak, cara hidup yang telah lari dari landasan Islam dan mengamalkan budaya2 barat juga salah satu agenda mereka untuk menyesatkan kita.
Ketua2 dan pengikut kedua2 agama ini adalah amat irihati sekali terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan pengikutnya dari semasa ke semasa sehingga Hari Kiamat, orang Yahudi tidak silu2 melahirkan rasa tidak puas hati mereka apabila Nabi akhir zaman atau Rasul penutup tidak dilantikkan di kalangan bangsa mereka iaitu Yahudi.
Dalam kehidupan kita sekarang pula, apabila adanya golongan yg hidup kaya, mewah dan mempunyai kelebihan atau kedudukan tertentu dalam masyarakat, maka ada pula segolongan manusia lain yang tidak senang hati terhadap mereka; lalu timbullah rasa dengki atau irihati terhadap mereka. Kerana dek lemahnya Iman dan nafsu yang tidak terkawal, maka si pendengki ini sanggup melakukan apa jua perkara yang boleh memudaratkan golongan yang dianiaya tadi seperti menggunakan bomoh yang melakukan pemujaan terhadap jin dan syaitan.
Apakah dia benteng atau perisai yg dapat melindungi kita daripada gangguan jin & syaitan?
Allah SWT telah pun berfirman yg berbunyi:
“Dan jika syaitan mengganggu engkau dengan sesuatu gangguan, maka mohonlah perlindungan pada Allah sesungguhnya Dialah (Tuhan) Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Fusilat:36)
Apa yang perlu dilakukan Bila diri disihir..?Pertama, Zikrullah..Itulah jawapannya..Iaitu dengan sentiasa mengingati Allah dengan kalimah2 suci memuji kebesaranNYA. Kenyataan Zikrullah dapat menangkis gangguan syaitan ada dalam firman Allah SWT yang berbunyi:
“Sesungguhnya orang2 yang bertaqwa itu apabila mereka dikenai was-was daripada syaitan, mereka (lalu) ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka dapat melihat (menyedari kesilapan mereka)” (Al-A’raf:20)
Kedua, Azan boleh mengusirkan syaitan..Rasulullah SAW telah bersabda:
“Apabila terbayang (ternampak, terdengar) kepada kamu hantu (sejenis jin atau syaitan), maka kamu seru dengan azan...” (HR Jabir Bin Abdullah)
Rahsia yg ada dalam seruan azan ialah ucapan takbir dan tahlil yg menjadi punca dan sebab berundurnya hantu atau syaitan. Syaitan sesungguhnya amat benci kepada kalimah takbir ‘AllahuAkbar’ (Allah Maha Besar) dan syaitan juga benci pada kalimah tauhid ‘Lailahaillallah’ (Tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah.
Ketiga ialah penjagaan dari Hasad dan Dengki. Untuk menjaga dari terkena hasad dengki, perlulah kita sentiasa membaca pembenteng yg berbentuk ayat2 Al-Quran dan bacaan2 hadith Nabi SAW. Seterusnya kita perlu memohon keberkatan di kala melihat sesuatu yg kita hairankan contohnya apabila melihat melimpah ruahnya nikmat dan kita perlu menyembunyikan keelokan (sesuatu) bagi mengelakkan terkena panahan mata jahat. Berdasarkan itu, wanita Islam perlu sentiasa memakai pakaian yg menurut syarak sebagai menjaga diri dari panahan mata orang2 yang dengki dan iri hati.
Keempat, kita perlu sentiasa menjaga atau mengawal saluran masuk syaitan ke dalam hati kita. Saluran2 masuk syaitan yg wajib dikawal dari memasuki hati manusia itu ialah:
· Kedatangan marah
· Berselera nafsu keinginan
· Hasad dengki dan iri hati
· Kedekut (bakhil)
· Gopoh-gapah
· Kenyang dan buruk makan sbb banyak makanan dan minuman dlm perut
· Menaruh persangkaan buruk terhadap orang2 Islam
· Menghairankan kebolehan diri dan terpedaya (sedangkan semua itu dari Allah SWT)
· Memandang kepada perkara yg diharamkan Allah SWT (memandangnya)
· Bercampur dan bersekedudukan dengan orang2 fasid (perosak) di kalangan manusia yang dipengaruhi oleh syaitan
· Suka mengumpat dan melaga-lagakan orang lain
· Menerusi sikap menyukai perhiasan dengan bangunan rumah, kereta dan pakaian di mana manusia mudah leka dan lupakan akhirat dan di kala itu mudahlah bg syaitan menarik ke arahnya
· Menerusi sifat tamak dan haloba (rakus)
· Menerusi sifat fanatik pada mazhab dan aliran kefahaman (termasuk parti, kelab dan sebagainya bila menyeleweng)
· Menerusi harta dan wang ringgit. Inilah saluran paling bahaya sehingga manusia pecah amanah, hilang pedoman, putus silaturrahim dan sbgnya. Kadang2 ia melibatkan pada alim ulama.
Menurut pengarang, saluran itu sbnrnya banyak sekali utk disebutkan, namun yang paling masyhurnya adalah yg disebutkan di atas di mana ia merupakan senjata syaitan yg digunakan sewaktu menyerang manusia. Oleh itu, berwaspadalah!
No comments:
Post a Comment