Malaysia Cheap Web Hosting

Friday, June 10, 2011

Bila diri di sihir...

Anda terkena sihir? Atau jika tidak sekalipun sebagai manusia kita perlu sentiasa bersedia dengan pendinding atau amalan seperti Zikrullah dan selalu membaca serta mengamalkan ayat Al-Quran dalam kehidupan seharian.


Assalamualaikum sahabat..Okay sebelum ni BBK pernah buat entry tentang Sihir dan laluan syaitan ke dalam hati kita? Justeru kali ini BBK nak share pula info  tentang bagaimana cara untuk mengelak dan merawat sihir..

Ayat-ayat Wirid Mangsa Sihir:

 1) Surah Yunus ayat 80 - 81
 2) Surah Al-A'raf ayat 117 - 121
 3) Surah Taha ayat 67 - 70
 4) Surah Al-Furqan ayat 32
 5) Surah Anbiya' ayat 70
 6) Surah An-Nur ayat 39
 7) Surah Al-Israk ayat 81
 8) Surah Fussilat ayat 42
 9) Surah Fatir ayat 10
 10) Surah Anbiya ayat 18
 11) Surah Al-A'raf ayat 18
 12) Surah Kahfi ayat 98
 13) Surah Taha ayat 69
 14) Surah Al-Falaq

 Ayat-ayat Wirid Mangsa Hasad :

 1) Surah Al Fatehah 7 x
 2) Ayat Kursi 7 x
 3) Surah Mulk 1 x
 4) Surah Al-Qalam 7 x (ayat 51)
 5) Ayat 3 Qul 7 X

Ayat-ayat Shifa'

 1) At Taubah - surah 9 : ayat 14 - 15
 2) Yunus - surah 10 : ayat 57
 3) An Nahl - surah 16 : ayat 67 - 69
 4) Al Isra' - surah 17 : ayat 82
 5) As Syu'ara - surah 26 : ayat 75 - 80
 6) Al Fushilat - surah 41 : ayat 44







Pesakit yang tidak mampu membaca ayat2 ruqyah keseluruhannya atau yang tidak dapat membaca Al-Quran dengan baik cukup mengamalkan doa2 dan zikir di bawah ini sebagai perisai untuk dirinya (untuk makluman ia terkandung dalam Al-Mathurat   jika dapat cuba jadikan amalan setiap selepas solat subuh dan solat asar. 

 1) Baca doa ini setiap selepas solat subuh dan solat asar:

 A'u-dzu-bikalimaa-til-laa-hit-taam-maati minsh-sharri maa kholaq 3x
 Aku berlindung dengan kalimah2 (ayat) Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang di ciptakan-Nya.

 2) dan doa ini juga 3x

 Bismillaa-hil ladzii laa yadurru ma asmihii shai'un fil ardi wa laa fis samaa-i-wahuwas samii-'ul-aliim  
 Dengan nama Allah yang dengan-Nya segala sesuatu yang ada dibumi dan langit tidak sekali2 akan  membahayakan. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

 3) dan zikir ini 100x pagi (lepas subuh) dan petang (lepas asar atau magrib)

 Laa ilahaa illaulaah wahdahu laa shariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa' alaa kulli shai-inq-qodiir. 
 Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya hanya Allah yang mempunyai semua kerajaan  dan semua puji2an dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

 Selain doa di atas baca Ayat Kursi 313 x sekali gus dan banyakkan baca Tasbih Nabi Yunus

 Laa ilaaha illa anta subhaanaka innii kuntu minadh-zhaalimiin
 Tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah, Maha Suci Engkau, akulah orang yang membuat zalim atas
 diriku.

Sumber:  Pena Mautara & Majalah Ar-Risalah
Like jika sudi ;)

No comments:

Post a Comment