Malaysia Cheap Web Hosting

Sunday, June 12, 2011

Realiti terbaru..Solehah

Ahad..Hari yg  dinanti2 sebab dapat berkumpul bersama family. Yelah, Sabtu mggu ke 2 & ke 3 dah bekerja, jadi masa bersama keluarga haruslah jatuh pada hari Ahad.

Kali ini, BBK dapat tgk TV di pagi hari Ahad  kebetulan class masih belum bermula berikutan tuan guru pun turut bercuti..Kerja2 rumah pun banyak dah selesai..Maka TV menjadi sasaran..BBK teringin sangat nak tgk TV Al Hijrah sbb ada terdengar  tentang channel ni penuh dgn pengisian yg mendidik jiwa dan rohani..Oh lagi satu TV Al-Hijrah mendapat promo hebat sejak tayangan drama baru dgn genre ‘Islamic’ iaitu Kitab Cinta.. (BBK rasa tggu CD jelah..sbb mmg x dpt tgk :) )

Alhamdulillah rasa syukur tak terhingga adanya TV Al Hijrah yg InsyaAllah dapat menjadi platform atau media dalam penyebaran dakwah Islamiah dalam menerapkan nilai2 murni dalam mendidik masyarakat tentang asas kehidupan sbg umat Islam dgn cara yg lebih mudah,santai namun padat berinformasi.

Di pagi Ahad, program yg BBK sempat tonton dan benar2 berinformasi ialah siri Madrasah Al-Hijrah. Bermula dengan penerangan Al-Quran, seterusnya Madrasah Akidah yg membimbing asas kesatuan ummah, disusuli pula dengan Madrasah Syariah membincangkan tentang Fiqh dan akhirnya Madrasah Akhlak membincangkan tentang peradaban manusia dan khususnya bagaimana kita menjalankan kehidupan sebagai seorang yg Muslim.

BBK benar2 terpaut dengan format program Madrasah di mana set di studio di susun ala2 zaman kita belajar mengaji dahulu..Konsepnya santai di mana ada interaksi antara tok guru dan anak murid..Kita sebagai penonton di rumah turut merasakan seolah2 sama berada di Madrasah kerana kawalan interaksi yang baik serta adanya sokongan visual seperti huraian doa beserta maksudnya di kaca TV.

Syabas TV Al Hijrah! Semoga terus maju dengan visi nya dalam membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja juga memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.

BBK nak share promo terbaru TV Al Hijrah iaitu satu program realiti Islamic yg bg BBK akan menjadi satu fenomena baru iaitu Solehah.

Memetik informasi dari laman web TV Al Hijrah, program Solehah merupakan sebuah program realiti yang berusaha mencari pendakwah wanita. Disamping mempunyai ciri keibuan, mereka yang terpilih adalah merupakan seorang pemidato yang baik serta berupaya menyampaikan ilmu di dada dengan berkesan kepada masyarakat.

Uji bakat pencarian peserta realiti televisyen pertama TV AlHijrah, Solehah akan diadakan pada Sabtu dan Ahad, 18 & 19hb Jun 2011. Ujibakat pertama ini akan diadakan di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang. Apa lagi sahabat..? Pada yg berminat dan mempunyai masa terluang apa kata cuba sertai program ni..Untuk maklumat lanjut click saja di gambar di bawah. 

 




Like jika sudi ;)

No comments:

Post a Comment