Wahai Tuhan jauh sudah..Lelah kaki melangkah...Aku hilang tanpa arah..Rindu hati sinarMU..
Assalamualaikum WBT.. Alhamdulillah..Hari ini kita masih bernafas..Masih diberi kesempatan mengecapi nikmat dari NYA..Nikmat dan rahmat yang terlalu berharga..Dapat bangun..Membuka mata justeru bernafas dan bergerak..Syukur..Rasa syukur itu wajib kita susuli dengan mentaati perintahNYA & meninggalkan laranganNYA..InsyaAllah..
BBK nak share satu lagu yg baru sahaja BBK tahu..Lagu ni dari seberang..Bertajuk Taubat nyanyian saudara Opick. Mungkin ramai yg dah mengenali Opick..Namun BBK baru hari ini mengenalinya.. Aunur Rofiq Lil Firdaus atau lebih dikenal dengan nama Opic merupakan seorang pencipta lagu dan penyanyi berunsur keagamaan dan dakwah dari Indonesia. Banyak sebenarnya lagu2 Islamic ciptaan dan dendangan Opick yang sedap didengar seperti Bila Waktu Telah Berakhir, Takdir (ft Melly Goeslow) dan Buka Mata Buka Hati.
Opick maybe tak sepopular Ungu kerana belum ada syarikat rakaman di Malaysia yg mahu mengedarkan albumnya..Namun cuba dengar lagu2 karya Opick..Ternyata liriknya penuh kata2 hikmah dan terus-terang sedap didengar..
Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu
Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu
Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku
Like jika sudi ;)
No comments:
Post a Comment