Assalamualaikum...BBK tahu banyak mungkin ramai yang dah tahu tentang kebaikan zikir..Tapi sbg hambaNYA menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mengingati antara satu sama lain untuk terus mengamalkan zikir sbg amalan harian tak kira di mana pun kita berada..setiap saat dan waktu..tiada apa yg merugikan kita dengan mengingati NYA..Sama-sama amalkan Zikir Harian setiap masa.
Maksud zikir itu ialah mengingati Allah.
Zikrullah dalam surah Al- Anfaaal ayat 45 turut membawa maksud :
Ucapkanlah olehmu akan Allah dengan sebutan yang banyak supaya kamu beroleh kemenangan.
Zikir adalah pembersih hati yang kotor Firman ALLAH dalam surah Al-Kahfi ayat 28:
Dan janganlah engkau turut orang yang kami lalaikan hatinya dari mengingati kami dan ia memperturutkan hawa nafsunya kerana itu adalah pekerjaan melewati batas
Juga dinyatakan dalam surah Ar-Ra'du ayat 28 yang membawa maksud :
Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.
Manakala Rasulullah pula bersabda :
Tidak duduk satu jamaah mengucapkan zikrullah, melainkan (di tempat itu) sudah dikelilingi malaikat yang dipenuhi rahmat dan diturunkan kepada mereka sakinah atau ketenangan hati.
Jangan dilupa adab-adab berzikir yang perlu diambil perhatian supaya amalan kita sempurna.
Adab-adab zikir yang perlu kita ikuti ialah:
1. Perlahankan suara sekadar boleh didengar oleh diri sendiri sambil merendah diri.
2. Berperasaan takut kepada kemurkaan ALLAH.
3. Yakin serta mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. Menumpukan ingatan kepada ALLAH serta menjiwai apa yang dibaca.
5. Berzikir hendaklah dilakukan dengan adab dan cara yang baik,diucapkan dengan kalimah yang betul
sesuai dengan waktu dan tempat berdasarkan prinsip-prinsip yang telah diterangkan ALLAH didalam
Al-Quran.
Ingat kawan2..Jika seseorang yang tidak pernah berfikir dan mengingati Allah, maka Allah akan menurunkan syaitan sebagai teman dalam hidupnya.
Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Araf ayat 204 bermaksud :
Barang siapa yang berpaling akan zikir kepada Allah, maka kami turunkan kepadanya syaitan yang terus menerus menjadi kawan seiring baginya.
Nauzubillah..Justeru mari kita bersama2 memperbanyakkan zikrullah..Betapa besar hikmahnya di mana hati akan menjadi tenteram dan penuh sakinah dalam kehidupan seharian selain ganjaran pahala daripada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment