Malaysia Cheap Web Hosting

Thursday, September 22, 2011

Tulisan yang membunuh...




Menulis...Siapa saja boleh menulis..Meluahkan pendapat, berkongsi idea, info dan sebagainya..Mata pena lebih tajam dari mata pedang! Mesti ada yg pernah dengar pepatah itu..Bukan sebarang pepatah..Malah ada kebenarannya..Kerana hasil tulisan seseorang itu, kadangkala mampu membuat hati terluka..Atau lebih mudah, membunuh perasaan..Dahsyat bukan??? Itulah hakikatnya...

BBK tak nak mengupas begitu dalam, cuma baru2 ni ada terdengar topik perbincangan yg menarik di IKIM FM..Masa tu tetamu yg dijemput merupakan seorang penulis untuk sebuah majalah dakwah. BBK tertarik dengan kata2nya...Sebagai Muslim, tanggungjawab kita sangat besar..Menulis juga satu tanggungjawab..Di mana apabila kita mahu menulis sesuatu, menulislah untuk kebaikan..Bukan untuk memperburukkan keadaan..Menulis menjadi ibadah jika kita menulis kerana mencari redha Allah SWT untuk berkongsi ilmuNYA, menyebarkan dakwahNYA dan membantu sesama ummah. Menulis juga ibadah pada mereka yang menyampaikan ilmu dan maklumat yg boleh dijadikan panduan dan kebaikan bersama. Setiap tulisan yang baik, yang tidak menyinggung atau memburukkan mana2 pihak juga dituntut dalam etika penulisan cara Islam. Penulis undangan dalam program IKIM FM tersebut juga menyentuh fenomena ‘Blog’ yang sangat popular kini dan menjadi platform penulis2 amatur. Ternyata kebebasan menulis itu kadangkala di salah gunakan oleh sesetengah pihak dalam agenda tertentu untuk menjatuhkan pihak yang lain. Ada juga yg rajin menulis dan membuka aib orang ternama untuk meraih keuntungan atau mungkin sengaja sekadar suka2/hobi  untuk mengisi masa lapang...Begitu tegar mereka menulis apa saja tanpa sedikit pun terlintas apa kesannya kepada orang lain..Paling tidak, tidakkah kita terfikir bahawa apa yg ditulis itu jika ianya adalah salah..maka ia akan menjadi satu FITNAH..Nauzubillah..Dan ketahuilah bahawa hasil penulisan dari fitnah atau membuka aib orang juga adalah satu dosa.

BBK benar2 teruja dengan perbincangan itu..Ya..Sememangnya kini, kita boleh lihat begitu banyak blog dan web yang ada..Pelbagai kategori..Sebagai pembaca kita seharusnya bijak memilih bahan bacaan yang baik..Namun kita tidak dapat elak bahawa cenderung bagi remaja kita yang begitu menggemari hiburan..Jadi pasti blog2 hiburan dan gossip menjadi pilihan utama mereka. Justeru di sini, pada pendapat peribadi BBK, penulis atau blogger perlu memainkan peranan..Peranan yg bagaimana? Itu memerlukan olahan yg sangat dalam. Tapi apa yg BBK dapat simpulkan di sini, just back to basic..Kita memang mempunyai hak untuk bersuara..dan meluahkan pendapat..Itu tidak salah, asal saja ada cara2nya iaitu dengan kata2 yg membina bukan menghentam, mencaci dan menghina. Namun bagi mereka yg gemar menulis tentang keburukan2 orang lain, cuba renungkan hadith di bawah ini..

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (Hadith Sahih, Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)

Namun adalah dibenarkan utk membuka aib seseorang pada 4 keadaan iaitu:

Pertama: Orang yg dizalimi, dibenarkan untuk mengadu kepada pihak berkuasa terhadap kezaliman yg berlaku terhadapnya.

Kedua: Untuk meminta fatwa mengenai hukum hakam, dibolehkan untuk menceritakan keburukan seseorang tetapi ada baiknya sekadar untuk mengetahui hukum sahaja dan tidak berlebih-lebihan.

Ketiga: Untuk memperingatkan orang lain akibat melakukan kejahatan agar dapat dijadikan iktibar kepada seluruh umat Islam.

Keempat: Boleh menceritakan kepada khalayak ramai tentang seseorang yang fasik dan melakukan kemungkaran seperti meminum minuman keras, memeras ugut dan perkara-perkara batil yang lain. Namun jangan sesekali menokok tambah cerita dan niatkan hanya untuk kebaikan sahaja. 

Sama2 kita renungkan...Satu je kita kena ingat, setiap sesuatu perbuatan pasti ada balasan. Jika kita selalu ingat begitu, InsyaAllah kita dijauhkan dari perkara2 yang tidak baik dan takut untuk melakukan perbuatan yang dilarang Allah SWT. Jika ada pula perkara mungkar dihadapan kita, jika kita tidak mampu menegur, kita doakan sahaja perkara yg baik untuknya dan semoga Allah SWT memberinya petunjuk. InsyaAllah..والله أعلمُ بالـصـواب


Sumber rujukan:
IKIM FM
Dunia Menulis
Himpunan Hadith Sahih Like jika sudi ;)

No comments:

Post a Comment