Malaysia Cheap Web Hosting

Thursday, October 6, 2011

Tiada lagi kamu...Steve Jobs- Pengasas Apple

Salam...Pagi2 tadi BBK dapat Whatsapp message dari rakan yg tinggal di Singapore. 'The latest breaking news today: Apple ex- CEO Mr. Steve Jobs (SJ) has passed away'. Mula2 macam tak percaya, tapi bila diingatkan memang SJ dah tak berapa sihat kebelakangan ini, kerana itu SJ yang bukan gila kuasa sudah pun menyerahkan title CEO nya August lalu kepada Tim Cook yang sebelum ini pernah bekerja bersama IBM dan COMPAQ.




Baru sahaja semalam BBK dan rakan bercerita tentang produk terbaru iPhone4S yang dilancarkan oleh Tim Cook di mana saham Apple dikatakan jatuh teruk kerana ramai yang menanti pembaharuan yang lebih hebat iaitu iPhone5. BBK tak berapa mengikuti sangat tentang iPhone, sebab tak berapa minat namun ramai rakan2 yang pakai iPhone. Tapi BBK adalah pengguna iPad2 iaitu produk terakhir dari tangan SJ. BBK akui walaupun dah hampir 3 bulan menggunakan iPad2 ternyata gajet ini masih lagi panas..Maksudnya banyak kelebihan2 yang sangat berguna untuk BBK yang BBK sendiri belum habis 'explore'. Melalui iPad2 banyak perkara yang dapat diselesaikan dengan mudah. Selain itu BBK dapat belajar banyak perkara melalui aplikasi yang boleh dimuat turun. Islamic application pun sangat banyak, insyaAllah next entry BBK share apa applikasi yang menarik dan banyak membantu.

Berbalik kepada cerita SJ. Sejujurnya BBK mengkagumi kegigihan beliau membina nama Apple sehingga ke hari ini. BBK pernah terbaca kisah beliau mula mendirikan Apple Computer Co hanya di garaj keluarga beliau, ketika itu pada tahun 1976. Ketika itu Steve Jobs (SJ) bersama lagi seorang rakannya iaitu Steve Wozniak. SJ atau nama sebenarnya Steve Paul Jobs dilahirkan di San Fransisco, California, AS pada 24 Februari 1955. 

Menariknya SJ merupakan pelajar yang pernah di gugurkan (drop out) daripada mengikuti kuliah setelah satu semester di Reed College Portland, Oregon. Namun itu tidak menghalang beliau menjadi seorang yang berjaya pada hari ini. Pada musim gugur 1974, setelah digugurkan dari kuliah, SJ kembali ke California dan mula menghadiri pertemuan 'Homebrew Computer Club' yang turut dihadiri oleh Steve Wozniak. SJ dan Wozniak bekerja bersama di Atari Inc, sebuah perusahaan pembuat permainan komputer yang terkenal dengan jabatan sebagai perancang permainan. Dari situlah SJ memiliki segala pengalaman dan motivasi yang tinggi sehingga mendirikan Apple Computer Co miliknya bersama Wozniak pada 1976. 

Komputer peribadi pertama yang diperkenalkan ialah Apple 1. Kemudian pada tahun 1977, SJ dan Wozniak memperkenalkan Apple II yang menjadi kejayaan besar di pasaran AS dan telah memberi pengaruh besar dalam industri komputer peribadi yang ketika itu masih baru. Seterusnya pada 1980, Apple mencatatkan namanya di Bursa dengan tawaran saham yang sangat memberangsangkan. Empayar SJ pun semakin luas dan bertambah. Tahun itu juga Apple III dilancarkan.

Pada tahun 1984, teknologi Macintosh diperkenalkan. Kini ia lebih dikenali dengan Mac yang bertahan sehingga kini. Seperti kita ketahui teknologi Mac amat hebat sehingga tiada virus pun yang dapat menembusi sistem ini.

BBK buat entry ni kerana ingin berkongsi tentang semangat SJ yang gigih dlm melebarkan empayar Apple. Yang baik tidak salah jika kita jadikan contoh dan tauladan.. Kini SJ tiada lagi..Semua harta kekayaannya pun ditinggalkan..Renung2kan..Begitulah akhirnya hidup kita..Patutlah ada pepatah Melayu, 'Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'.

Namun bagi kita yg beragama Islam, harus diingat bahawa apabila kita mati, terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara. Sabda Nabi Muhammad SAW: "Apabila mati seseorang anak adam itu, maka akan terhenti segala amalnya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang berguna (bermanfaat) dan  doa anak-anak yang soleh"

Dunia hanya sementara, di sana jua yang abadi..Sama2 renungkan.. :)


Like jika sudi ;)

No comments:

Post a Comment