Malaysia Cheap Web Hosting

Monday, January 9, 2012

Marah!!

Marah?? Siapa yang tidak pernah marah..Sebaik mana, sehebat mana pun kita pasti kita pernah marah..Marah pada sesuatu hal yang menyukarkan kita, marah pada orang yang mungkin menyakiti kita, dan macam2 lagi.. Namun ada juga orang yang marahnya tidak reda2..Marahnya sehingga menyebabkan orang sekeliling pun menjadi mangsa..Marahnya tidak terkawal sehingga boleh menyebabkan putusnya persaudaraan dan juga melibatkan pembunuhan!! Nauzubillah...

Jom dengarkan ceramah dari Al-Kuliyyah TV3 ini bersama2 tentang penawar marah moga dapat dijadikan panduan bersama.



Ramai di antara kita merasakan orang yang gagah perkasa ialah orang yang hebat seperti juara gusti dan sebagainya. Tetapi Rasulullah SAW menegaskan bahawa kegagahan sebenar adalah pada keupayaan seseorang itu mengawal dirinya terutamanya ketika marah. Manusia yang gagah mahupun lemah, mudah tertonjol sifat sebenarnya ketika dia marah. Seorang juara gusti tidak mampu menyelamatkan rumahtangganya, apabila gagal menahan marah. Seorang jutawan mampu membeli apa sahaja, gagal menyelamatkan perniagaannya apabila hilang pertimbangan ketika marah. 

Cepat marah dan kemudian cepat reda lebih baik, daripada orang yang jarang marah, tetapi apabila dah marah..marahnya tidak reda2 sehingga berkurun lama..Hingga menjadi dendam kesumat. Sama2 kita muhasabah diri dan mendidik jiwa kita supaya menjadi insan yang lebih sabar dan mampu mengawal kemarahan dengan baik sehingga tidak memberi keburukan kepada diri sendiri mahupun orang lain.

Amalan paling mudah dan yang paling baik ketika kita sedang marah..Bacalah "A'uzu billahi minashaitanir rajim" yang bermakna Aku berlindung pada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. 




Like jika sudi ;)

No comments:

Post a Comment