Malaysia Cheap Web Hosting

Monday, January 17, 2011

K-Pop kah anda?


Salam semua. Lama BBK tak update blog. BBK kesibukan dengan tugasan harian di pejabat dan juga menguruskan hal ehwal peribadi.

Hari ni pun, BBK cuba curi2 masa yg ada untuk menulis. BBK tergerak hati nak tulis pasal K-Pop ni selepas tgk pengaruhnya yang agak ‘hebat’ di kalangan remaja kita skrg. Kalau tgk status update di twitter, mahupun Facebook masing2 dah ‘demam Korea’. Ada juga yg nak suami org Korea so boleh tgk dia pakai jaket kilat2 selalu. Macam2 lah..Penangan ni bukan terkena dekat peminat biasa tetapi juga DJ terkenal FLY FM Nadia dan BBK yakin ramai lagi di luar sana termasuk artis2 tempatan kita.

                                          

BBK tak sempat tengok konsert tu, tapi ada masa terluang sempat BBK tengok di youtube persembahan mereka. And, memang mantop! Bila dah tengok Beast ni, BBK teringat pula zaman kegemilangan F4. Siapa ingat? Mereka berlakon dalam drama bersiri ‘Meteor Garden’. Taiwan group ni sangat popular masa tu, tak silap pada tahun 2001-2003. Walaupun tak faham bahasa diorang, BBK boleh hafal lagu2 top mereka ketika itu. Jadi, BBK tak heran lah kalau remaja kini pula gilakan Korea band atau artis macam Beast dan 4minute.
                                                    Beast Yang Hangat!


                                             F4 yang pernah ku puja


                                             4minute yang HOT

Namun BBK juga dapat rasakan yang penangan ini cuma sementara ataupun bermusim. Tidak akan kekal selama-lamanya. Jadi untuk remaja di luar sana, kalau nak berhabis untuk mereka ni pun berpada2 lah..Sampai masa, semua DVD,CD, dan poster2 mereka akan entah ke mana2. Minat tak salah tapi jangan terlalu fanatic sehingga mengabaikan pelajaran, keluarga mahupun orang tersayang.

Siapa tengok AJL25 baru ni? Betulkan tekaan BBK Ana Raffali menang? Hehe.. Oh ye, BBK tgk Tomok ada potensi untuk pergi lebih jauh. Persembahan Tomok di malam AJL25 harus dipuji. Ala2 Korean band and Adam Lambert jugak lah. Tahniah untuk semua pemenang! Yang tak menang, tak perlulah pertikaikan kredibiliti pihak juri, anggap je tak ada rezeki dan berusaha lebih gigih lagi untuk AJL seterusnya. Jangan memalukan diri sendiri duk komplen2 di belakang, dunia ni bulat alih2 memalukan diri sendiri. Opps! 

Jom layan persembahan Tomok malam AJL25 baru-baru ni..

Like jika sudi ;)

1 comment:

  1. rasenye kpop akan bertahan. cume bukan dengan artis yang same. sebab korea boleh dikatakan setiap bulan debut artis baru. AJL25? sori, tak tengok. bile siar pun piah tak tau hihihi..

    ReplyDelete