Malaysia Cheap Web Hosting

Sunday, January 9, 2011

Ashraf Muslim Ustaz?

Ashraf Muslim..SubhanALLAH..Ptg td sempat tengok Trek Selebriti Astro Ria tentang Ashraf Muslim. BBK belum pernah lagi bertemu Ashraf secara live. Sebelum ni BBK akui BBK pandang Ashraf sebelah mata je. Bukan mata BBK sebelah tak nampak, tapi kurang nampak. Yela, dia banyak berlakon drama. BBK mana ada banyak masa nak tgk TV. Hujung minggu kalau tak ada program baru BBK berkesempatan tengok macam minggu ni.

Berbalik cerita Ashraf, BBK mula minat padanya lepas tengok cerita Aku Masih Dara. Wataknya sebagai Firdaus seorang pemuda yang teguh dengan pegangan agama dan tinggi budi pekerti memang menawan hati BBK. Tak lama kemudian, BBK juga ada dengar cerita dari seorang rakan yang Ashraf ni pandai mengubat masalah2 ilmu halus. Percaya atau tidak, rakan BBK pernah berubat dengan Ashraf ni dan tok gurunya di Gombak. Tapi masa tu BBK just dengar sambil lalu je. Tak ambil peduli sangat..Antara percaya atau tidak..Sebab tak nampak lagi didepan mata. Tapi mmg teman BBK ada bagitau, susah betul nak dapat berubat di tempat Ashraf tu. Bayangkan teman BBK terpaksa menunggu giliran dekat 3 bulan!! Detail tentang apa yg diubatkan dan untuk apa teman BBK pergi tu, maaf, BBK tak boleh cerita lah yea..

                                                          Sape ni?

Alhamdulillah tentang Ashraf, BBK kagum dengannya. Nampak perubahan dirinya kini. Yelah, berlakon pun dah kurang..Adapun watak2 yang baik yg membimbing..Menurut Ashraf sendiri beliau kini lebih tenang. Selain berlakon, Ashraf rupanya memiliki perniagaan sendiri. Ada ladang kambing, ayam dan itik. Ashraf juga mempunyai pusat perubatan Islam bersama rakannya yg juga merangkap gurunya Hj.Lokman iaitu ‘Perubatan Syifa Al-Hidayah’ yang terletak di Gombak.

Apa yg BBK kagum dgn Ashraf ialah caranya mengurus diri, karier dan dunia glamour. Ashraf tidak pula menjaja cerita2 di blog2,FB atau twitter nak buat itu dan ini..Adapun hanya untuk berinteraksi bersama peminat. Action speaks louder than words mmg betul2 diguna pakai oleh Ashraf. Tak perlu la heboh2 masuk paper sana sini tapi tak nampak2 product atau hasilnya..Orang Melayu kata..diam-diam ubi berisi..BBK cakap ni bukan hanya pada karier Ashraf, tapi tentang peng’hijrahan’ diri beliau..Dia pun tak menjaja ceritanya buat itu dan ini..Busy itu dan ini..Nak jadi itu dan ini..Baguslah. Semoga Ashraf dapat menjadi contoh terutamanya kepada remaja Muslim masakini. Ashraf pun masih muda..29 tahun..Dah ada pelbagai asset dan ala2 Ustaz gitu..Haih..Mesti ramai makcik2 kat rumah tak senang duduk nak jadikan Ashraf sbg menantu..

                                              Ha..yang ni baru betul..

Untuk sesiapa yang nak pergi berubat dengan Ashraf Muslim dan Hj Lokman di Perubatan Syifa Al-Hidayah’ atau nama baru nya ‘Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah’ boleh la hubungi 019 315 9377 atau 03 6187 3001. Ingatlah setiap penyakit tu ada penawarnya. Kita jangan cepat berputus asa, jadi berusahalah asalkan jgn berubat dengan benda-benda yg haram. InsyaAllah..(bak kata Maher Zain)

PS: Ustaz Amirul sedang ditayangkan di TV3 Jumaat 9 malam. BBK tak sempat tengok lagi, tp sempat tengok iklan. Like jika sudi ;)

No comments:

Post a Comment