Malaysia Cheap Web Hosting

Sunday, January 23, 2011

Linda Onn raih simpati peminat?

Salam..Tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana telah meraih gelaran ketujuh Terbuka Malaysia selepas mudah menewaskan pemain Indonesia, Taufik Hidayat, 21-8, 21-17 di Stadium Putra, Bukit Jalil, sebentar tadi. Sukan Badminton memang banyak mengharumkan nama Malaysia di mata dunia..Setuju??


Ok, BBK sebenarnya tertarik dengan keratan akhbar Berita Harian hari ni yang bertajuk LOOK pastikan Linda Onn (LO) menang. Siapa LOOK? LOOK ialah singkatan kepada Linda Onn's Orange Klub iaitu kelab peminat LO. Menariknya LOOK dan LO dilihat sama2 berganding bahu atau seiring sejalan dalam matlamat mereka untuk memastikan LO memenangi ABPBH 2010 dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular  yang pernah dirangkulnya sebanyak 6 kali (ABPBH 2001- ABPBH 2006) sebelum nama Farah Fauzana merampas gelaran itu.

BBK puji semangat LOOK dan LO yang ternyata begitu terbuka dan jujur dalam usaha mereka. LO patut diberi pujian kerana dari pemerhatian BBK, LO bukanlah jenis artis yang sombong dan hanya melayan peminat di waktu-waktu tertentu sahaja. Dengan kesibukannya sebagai Business Woman, DJ Radio, Pengacara dan Pelakon dia masih sempat meluangkan masa bersama peminat2 setianya. Kita dapat lihat dari aktiviti2 yang dijalankan oleh LOOK pasti LO akan turut serta. Jadi bagi BBK tak timbul soal LO mempergunakan peminat2nya, kerana beliau juga sentiasa memberi sokongan dan sentiasa menghargai peminat setianya.

Sekurang2 nya peminat LO juga mendapat habuan yang wajar di mana setiap akhbar untuk undian jika di hantar ke My Mom's Chicken Rice, Ampang (Restoran milik LO) anda akan dapat ganjaran. Ibarat sistem barter lah kiranya. Bagi BBK ini salah satu strategi yang bijak kerana LOOK dan LO sama2 memerlukan. BBK tabik dengan LO yang tidak kekwat atau kedekut macam sesetengah artis mee segera kita. Fan Club hanya dipergunakan tanpa apa2 penghargaan. Tak perlu lah BBK cakap siapa, tapi siapa yang mengikuti pasti tahu..Fan Club artis mee segera ni dah pun dibubarkan dan tidak lagi aktif seperti dahulu..Dengar2nya ramai juga peminat2 setianya yang dah lari. Itulah, masa ada sokongan padu tak mahu hargai, bila dah susah baru nak mencari..

BBK harap LOOK dan LO akan kekal, dan terus aktif. Dan jangan terlalu berharap pada kemenangan, yang penting dapat sama2 berusaha dan bekerjasama, Just enjoy! Menang kalah tu tolak tepi, namun berkat usaha bersama siapa tahu LO boleh rampas balik takhta tu kan? Sebab ranking Suria FM pun banyak naik sejak LO bertugas di konti tu. Syabas LO dan good luck juga untuk LOOK. Like jika sudi ;)

No comments:

Post a Comment