Betapa Allah SWT Maha Pengasih, Pengampun & Penyayang..BBK just nak share cerita atau kisah ketika zaman Nabi Musa a.s..Ce baca kejap dan renung2kan...SubhanAllah..
Time tu kemarau dasyat amat, sehinggakan umat Nabi Musa meminta Nabi Musa ntuk memohon pada Allah agar diturunkan hujan.. Berkumpul la semua pengikut Nabi Musa di satu kawasan lapang.. Maka, Nabi Musa pun berdoa.. Tapi, hujan masih tak turun2.. Bertanyalah Nabi Musa pada Allah,"Kenapa ya Allah?"
Allah pun berkata,"Sesungguhnya Musa, di dalam kelompok pengikutmu, ada seorang hamba-Ku yang telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun.. Kerana dia, hujan tidak akan turun. Keluarkan dia dari kelompok itu.."
Maka, Nabi Musa pun menyeru pada kelompok itu, "Keluarlah wahai seorang hamba-Nya yang telah bermaksiat pada Allah selama 40 tahun.. Keluarlah dari sini. Kerana kamu hujan takkan turun.."
Lalu, tersedarlah hamba tersebut.. Dia jadi serba salah.. Kalau dia tak keluar, maka seluruh dari mereka akan mati kerana kemarau.. Tetapi, kalau dia keluar, dia akan berasa amat malu.. Malu sangat..
Lantas, dia berdoa pada Allah,"Ya Allah.. Selama 40 tahun ini, aku telahbermaksiat pada-Mu.. Tetapi Engkau masih menutup aibku hingga kini.. Ya Allah, aku bertaubat dengan-Mu.. Aku bertaubat.. Ya Allah, selamatkanlah aku.."
Hamba tersebut masih berada dalam kelompok itu dan terus berdoa.. Tak semena2.. Hujan pun turun mencurah2.. Terkejutlah Nabi Musa.. Nabi Musa pun bertanya kepada Allah, kenapakah?
Allah menjawab,"Wahai Musa, Aku sangat gembira kerana hamba-Ku yang telah bermaksiat pada-Ku tadi telah bertaubat. Maka Aku turunkan hujan kerna dia telah bertaubat."
Nabi Musa pun berkata lagi,"Ya Allah, kau tunjukkanlah padaku siapakah hamba tersebut agar aku bisa bergembira dan dapat meraikan dia.."
Apa Allah kata selepas itu? Ini kata2 Allah.. "Wahai Musa, selama ini aku telah menutup aibnya selama 40 tahun.. Dan mana mungkin aku membuka aibnya kepadamu pada hari ini.."
Begitulah rakan2..Betapa Allah Maha Pengasih, Pengampun & Penyayang..
Baginda Rasullullah SAW juga pernah bersabda:
التائب من الذنب كمن لا ذنب له
Maksudnya : Org yang bertaubat dari dosa seperti tidak mempunyai dosa.
Maksudnya : Org yang bertaubat dari dosa seperti tidak mempunyai dosa.
P/S: Moga kita semua dalam lindungan NYA dan sentiasa diberi petunjuk dan hidayah..
Sumber: Hati Sebening Mata Air, by Amru Khalid
Like jika sudi ;)
No comments:
Post a Comment