Rasa rimas dengan segala macam bentuk larangan? Itu tak boleh..Ini tak boleh..Apaa pun tak boleh..Sabar..tarik nafas dalam2...tenang..dan Istighfar..
BBK tertarik untuk berkongsi ttg konsep larangan kehidupan yg dibicarakan oleh motivator pagi di IKIM FM baru2 ni..Maaf tak ingt namanya..Sebagai khalifah atau hambaNYA kita perlu patuh pada segala larangan yg telah ditetapkan oleh Allah SWT..(apa yg haram buat kita)..Betul tak? Tetapi mungkin ada yg terfikir kenapa adanya larangan2 ini..Kan seronok kalau semuanya boleh..
Okey ce kita fikirkan atau bayangkan..Kita sekarang dari KL..nak ke Perlis..Di beri pilihan..Dua jalan..Satu jalan yg luas terbentang..Bayangkan kita diberi seluas2 jalan sehingga 8 lane (sehala) so, kalau dua hala semuanya 16 lane..Jalan tu seluas2nya..tiada garisan yg atau sekatan, tiada traffic light untuk menghalang kita..tiada papan tanda had laju yg menyekat kita..kita bebas memandu dgn apa had laju sekali pun..apa cara sekali pun..tentu sekali seronok! Bebas..! Manakala satu lagi pilihan ialah jalan yg sarat dengan undang2..tidak seluas pilihan pertama..mungkin 2 atau 3 lane..terdapat banyak pula traffic light, sekatan had laju dan sebagainya..Tentu sekali kita merasa kurang selesa terutama bila nak cepat sampai ke destinasi..Terpaksa berhenti di traffic light, pada yg memandu kereta manual bertambah leceh ..Ye lah, nak kena tukar gear lagi..Pendek kata kita tidak bebas seperti memandu di jalan pilihan pertama..
Namun kawan2..antara pilihan pertama dan kedua..Yang manakah yg lebih menjamin keselamatan kita?? Yang dapat melindungi diri kita dari bahaya..Jika tidak pun ia dapat mengurangkan risiko bencana atau lebih mudah nahas jalanraya?? Sudah tentu pilihan kedua bukan? Memang benar..undang2 kadangkala merimaskan..juga menyukarkan kita..Larangan itu dan ini..sudah pasti membuat kita rasa menyusahkan dan bosan..Tetapi kesusahan dan kesempitan itu lah sbnrnya yg dapat membantu kita..Dalam kes jalan raya ni, undang2 yg dibuat dapat mengurangkan risiko kemalangan dan pemandu akan lebih berhati2..berwaspada..seterusnya secara tidak langsung mendidik pemandu menjadi lebih disiplin.
Berbalik kepada persoalan larangan Allah SWT..Sesungguhnya larangan Allah SWT kpd hambaNYA adalah kerana Allah SWT Maha Penyayang..Semua larangan Allah SWT , jika kita melanggarnya akan mengundang keburukan, kemusnahan dan kehancuran..Contoh paling mudah ialah berzina..Lihat lah kesannya apabila penzinaan berleluasa..Bayi yg terbuang merata2..Merebaknya wabak penyakit seperti HIV..Larangan Haram memakan khinzir atau babi..Lihat sahaja bahana yg melanda dari binatang ini..Wabak penyakit yg serious Influenza A H1N1.. Pengharaman ini bukanlah sia-sia sebaliknya mengandungi hikmah. Hal ini dibuktikan oleh beberapa kajian yang dijalankan oleh saintis. Semua kajian yang dijalankan mendapati bahawa daging babi mendatangkan kemudaratan kepada tubuh manusia serta menjadi punca kepada timbulnya pelbagai penyakit baru...
Sesungguhnya, larangan Allah SWT adalah bukti kasih sayangNYA kepada kita sebagai manusia..Allah SWT yang menciptakan kita, maka DIA yg Maha Mengetahui atas segala sesuatu..Terlalu banyak hikmah disebalik laranganNYA.
Maka kewajipan setiap Muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT perlu sedar antara tuntutan beriman pdNYA ialah dengan tunduk dan patuh dengan penuh ikhlas terhadap segala perintah dan larangan Allah...
“Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) hukum-hakamnya dengan keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Surah al-Baqarah, ayat 208)
Sama2 kita berdoa supaya dikurniakan kesabaran dalam mematuhi laranganNYA dan juga sabar mengikuti suruhanNYA..InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment