Malaysia Cheap Web Hosting

Wednesday, September 28, 2011

Muka Buku atau Facebook


“Tak sukeeee!”... “Pening lah! Dah macam tgk berita!” Itu antara status2 yg ada berlalu di timeline Muka Buku a.k.a Facebook BBK..Itu antara komen dari pengguna FB tentang pembaharuan terkini yang telah dilakukan pada laman sosial popular tersebut.


Terus terang BBK banyak mengakses FB melalui BlackBerry jadi tak berapa terasa dengan perubahan yang dikatakan semakin rumit dan mengancam ‘privacy’ itu...Namun setelah melihat sendiri, BBK akui pembaharuan yang dibuat agak merimaskan terutama ruangan CHAT dan Update mengenai aktiviti terkini rakan2 yang lain yang lebih detail tertera laju di ruang kiri screen.

Reflek yang biasa, di mana setiap perubahan pada permulaannya pasti banyak yang tidak suka dan akan cuba membanding2kan dengan keadaan yang asal. Itu biasa, dalam segala hal pun. Rasanya bukan baru kali ini FB melaksanakan perubahan pada sistem mereka, namun pengguna FB tetap setia malah semakin meningkat.

Bagi BBK, sejujurnya terpulang pada individu itu sendiri. Kalau dirasakan FB ini menggugat privacy dan anda tidak menggemarinya, tutup sahaja akaun tu..Atau limitkan pada orang2 tertentu sahaja yang boleh melihat akaun anda. FB mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan, jika kita pandai menggunakannya. Untuk para peniaga mencari ‘market’ yang lebih luas dengan modal yang sifar, untuk menghubungkan kembali silaturrahim dengan rakan2 yang sudah lama terputus hubungan, dan yang paling BBK suka ialah ia dapat menjadi platform untuk menyebarkan info2 yang bermanfaat untuk dikongsi bersama, contohnya nasihat2 berguna, petua serta panduan2 yang berlandaskan syariat agama dan sebagainya.

Fikirkan yang positive..InsyaAllah hasilnya positive.. Gunakan kebijaksanaan yang diaugerahkan olehNYA sebaik mungkin dalam menghadapi cabaran2 yang ada di hadapan kita. Tidak mungkin kita takkan melakukan kesilapan sepanjang hidup kita kerana kita hanya manusia biasa, namun bangkit dan belajarlah dari kesilapan lalu. Ayuh, jadi lebih positive! BBK suka pada yg menggunakan FB dengan bijak dan berhemah. J

Like jika sudi ;)

No comments:

Post a Comment