Malaysia Cheap Web Hosting

Friday, December 2, 2011

Selamat Tahun Baru 1433H

Salam Maal Hijrah. Kita sudah pun berada di tahun baru Islam iaitu bersamaan dengan 1433 Hijriah. Kalendar masihi pula dah masuk penghujung tahun kini di bulan December.

Begitulah peredaran masa..Berlalu begitu pantas. Jika penuh pengisiannya, Alhamdulillah..Jika kurang dan tidak mendatangkan apa2 faedah dan hasil yang baik, alangkah ruginya..Kerana masa terus berputar. Tidak mungkin kita dapat berpatah balik atau menghentikannya walau seketika. Kerana itu Allah SWT ada berfirman di dalam Surah Al-Asr (103): Ayat 1-3 : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal Soleh dan saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam (menetapi) kesabaran"

Ya Allah..Begitulah kehidupan di dunia ini..Tanpa kita sedar, masa yang kita lalui, kadangkala tidak kita isi dengan perkara atau ilmu yang bermanfaat. Pesanan ini untuk diri BBK sendiri, supaya akan lebih menghargai masa yang ada untuk diguna pakai dengan sebaik2 nya. 

Berbalik pada tahun baru ini..Sama2 kita lebih berusaha untuk kehidupan yang lebih baik Dunia & Akhirat. Perlu seiring. Sebagai umat Islam seharusnya kita lebih maju dari agama yang lain. Maju dari segala aspek, pekerjaan, kehidupan, ekonomi dan sebagainya. Keduanya dituntut seiring. BBK suka dengan 'term' Muslim Professional' yang kini semakin berkembang di kalangan masyarakat Islam kita. Kita mungkin bukan seorang ustazah atau ustaz. Namun kita juga tidak putus asa untuk mencari Ilmu Agama yg bermanfaat sebagai panduan hidup, dijadikan amalan dan juga berkongsi sesama kita. Jika ada ilmu, tetapi tidak di amalkan, ianya umpama pokok yang tidak berbuah..Dan ilmu harus dikongsi untuk memberi manfaat bersama..InsyaAllah..

Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya dan terus positif untuk Mujahadah! 


Like jika sudi ;)

No comments:

Post a Comment