Malaysia Cheap Web Hosting

Tuesday, November 1, 2011

Fattabiouni...

Jujur sejak menonton rancangan Fattabiouni di channel TVAl-Hijrah yang memaparkan info menarik tentang sunnah Rasulullah SAW, BBK telah jatuh cinta..Jatuh cinta pada siapa? Jatuh cinta pada pendekatan program tersebut, dan segala isinya yang menyemarakkan Sunnah Rasulullah SAW kepada semua untuk dijadikan ikutan. 

Fattabiouni ialah perkataan yang berasal dari Al-Quran menerusi firman Allah di dalam surah Al-Imran Ayat 31 yang bermaksud ‘Ikuti aku’ atau dalam english ‘follow me’ . Terjemahan ayat tersebut berbunyi ‘Katakanlah (wahai Muhammad) Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu.'

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang2 yang terasing”

Baginda ditanya: Siapa orang2 yang terasing wahai Rasulullah?

Baginda menjawab: “ Yang menghidupkan Sunnah2ku dan mengajarkannya kepada orang2 lain”

Dalam kehidupan, dengan menerapkan Sunnah2 Kekasih kita Nabi Muhammad SAW kita akan memperoleh tujuan kita yang terbesar iaitu kasih dari Allah SWT. Keindahan Sunnah2 Nabi Muhammad SAW adalah hubungan Sunnah2 itu dengan pelbagai aspek dalam kehidupan seharian kita samaada dalam Ibadat (Ibadah), Mu’amalah (Transaksi) dan Adat (kebiasaan sehari2) dan Sunnah2 itu sangat mudah untuk dikerjakan. Malah kadang2 tanpa kita sedar, kita telah pun mengerjakan suatu sunnah tanpa kita mengetahui bahawa ia adalah sunnah. Padahal jika kita tahu ia adalah sunnah, dan niat kita dalam melakukannya itu untuk mengikuti Sunnah Nabi Muhammad SAW, kita akan mendapat pahala yang besar. Maka untuk mengetahui lebih banyak tentang Sunnah2 Nabi Muhammad SAW, ikutilah program Fattabiouni (Ikutilah aku) di TV Alhijrah setiap hari. Ia disiarkan Sebelum Zuhur jam 1, Sebelum Asar jam 4 (ulangan) dan sebelum Maghrib jam 7 (ulangan).



Jangan lupa bersama Habib Mohammed Alsaggaf di dalam menyebarkan sunnah Rasulullah SAW. Tonton dan amalkan sunnah itu dan sebarkan ke seluruh alam, InsyaAllah.


Hanya pencinta yang memahami cinta. Berlumba-lumbalah berbuat kebaikan lebih2 lagi di bulan Zulhijjah ini. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Fattabiouni? Jom like Facebook Fattabiouni   Malaysia


BBK juga sekarang turut mengikuti Ceramah dari Habib Mohammed Alsaggaf dari channel Raboeyat, jika ada kelapangan BBK share di blog ini dengan isi detail seperti di post sebelum ini. InsyaAllah.


Like jika sudi ;)

No comments:

Post a Comment