Malaysia Cheap Web Hosting

Monday, April 18, 2011

Peruntukan untuk tunai Haji...

Peruntukan Tunai Haji  1459 Hijrah bersamaan 2038 Masihi..! Kira2 lg 27 tahun nampaknye..Mula2 rasa agak kecewa dan terkejut..Mengadu jugalah dgn mak yg ikut menemankan td..Ikutkan buku akaun dah lama ada sejak kecil mak dah buatkan..Tapi baru hari ini diizinkan NYA untuk tukar nama (sbb dh dewasa) dan terus mendaftar untuk Haji.. Mak jawab..”Sabar lah..InsyaAllah ada rezeki nanti dapat cepat..Dengan syarat ada duitnya dan persediaan semua dah lengkap..Kalau tidak dapat bersama Tabung Haji, boleh dah pergi bersama package2 swasta.Boleh buat surat nanti.” Baru lah lega..Yelah..27 tahun dari sekarang, belum tentu BBK masih bernyawa..entahkan ada entahkan tidak..InsyaAllah..usaha akan diteruskan lg dan semoga tercapai niat untuk menunaikan Rukun Islam yg ke 5 ini. Amin..






Di sini, BBK nak share info..Buat kawan2 yg di luar sana yg belum mendaftar..Pastikan anda sudah mendaftar..Daftar bukan bermakna anda dah ada akun Tabung Haji tu dah kira mendaftar dan hanya menunggu giliran..Bukan yea..Tetapi perlu maklumkan pada Tabung Haji yang anda nak mendaftar Haji dan syarat utama nya sekurang2 nya perlu ada RM1300 dalam akaun tabung Haji. Seterusnya pihak Tabung Haji akan keluarkan surat dengan maklumat pendaftaran Haji anda bersama nombor daftar Haji. Pastikan dapat surat ni di kaunter, untuk memastikan nama anda benar2 telah didaftarkan..


                                        Pastikan lepas daftar dapat surat ni

BBK bersyukur dapat tahu info ni semasa kursus Umrah dahulu. Ingat lagi kata Datuk Ustaz Daud Che Ngah.. “Dah lepas umrah ni, cepat2 daftar Haji..Kerana ia wajib bagi umat Islam, jangan tunggu bulan jatuh ke riba tanpa berusaha”  Salah BBK sendiri, sbb sebelum ni beberapa kali juga mak dan ayah BBK dah pesan, cepat la daftar dan tukar nama..Akaun dah ada..Tu lah..Kealpaan masa lalu BBK..

Alhamdulillah..Akhirnya hari ini 18 April, jam  11:21:03, BBK dpt mendaftar di Pejabat Lembaga Tabung Haji Cawangan Bandar Baru Bangi.. Terima kasih tak terhingga buat ibu tercinta kerana sentiasa berada disisi menemani dan jaga akaun ni sejak ku kecil lagi..Untuk yg dah berumah-tangga dan ada anak, cepat2 buatkan akaun Tabung Haji anak2 anda..

BBK nak puji kecekapan Lembaga Tabung Haji. Tak sampai 30 minit, semuanya selesai..BBK hanya perlu isi dua borang sbb akaun dah ada..Borang Tukar Nama  dan Borang Wang Simpanan (Tambahan). Jangan risau pada yg tak tau, pergi sahaja di kaunter, pasti ada petugas Lembaga Tabung Haji yang bersedia membantu..InsyaAllah..


                Buku Akaun Lama BBK (kiri), dan 
                yang baru (kanan) lepas tukar nama

Like jika sudi ;)

1 comment:

  1. Alhamdulillah anda dah mula langkah pertama..Ingin tingkatkan simpanan haji anda? Anda ingin pastikan anda tetap dapat tunaikan rukun Islam ke 5 ini WALAU APA PUN TERJADI? Anda ada menyimpan tapi kerap keluarkan semula simpanan Haji anda?
    Atau anda tidak menyimpan langsung untuk keperluan Haji anda?
    Masa menunggu selepas panggilan Haji terlalu lama.Anda pasti anda masih sihat bila sampai masa?Rancang kewangan anda.Tepuk dada, tanya IMAN.Tetapkan matlamat dan mulakan sekarang.
    PM 0162262754 untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete