Malaysia Cheap Web Hosting

Tuesday, April 19, 2011

Pelancaran Inai Liatree

Pelancaran CSD Inai Liatree Alhamdulillah berjalan lancar..Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali  yg merasmi acara amat dihargai. BBK rasa bersyukur jugak sbb dpt dtg..Ikutkan BBK mmg cuti hari ni..Tapi betul juga kata boss dan rakan takkan x nak tgk kemuncak acara setelah selama ini berusaha menjayakannya..Pahit manis nak menyiapkan Liatree hampir semuanya BBK tahu..


                                                          CSD Inai Liatree


Biarlah apa org nak kata, BBK percaya nak kan sesuatu kejayaan mmg banyak dugaan dan cabarannya..Yg penting kena terus berusaha dan kuatkan semangat.. Kejayaan Inai Ixora sebelum ini (yg dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri kita Yang Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Binti Mansor 28 July 2010 tahun lalu) sedikit sebanyak memberi suntikan semangat buat semua staff Inai Kiara Sdn Bhd  dan Selat Melaka Shipbuilding Corporation Sdn Bhd untuk terus berganding bahu sehingga ke hari perlancaran pada hari ini..Tidak akan terhenti di sini kerja dan usaha kerana ada lagi beberapa kapal yang masih dalam pembinaan seperti TSHD Inai Jasmine, TSHD Inai Saffron, TSHD Inai Kenanga dan TSHD Inai Kasturi. InsyaAllah..dengan kepimpinan yang jitu, kepercayaan dan hubungan baik sesama pekerja juga majikan, segalanya mungkin..United we stand..


Tahniah buat semua yg bertungkus-lumus, dari daily workers, subcontractors, PMT, PMs, juga yg lain2 di bahagian pengurusan dan top management. Kejayaan ini adalah kejayaan semua..Semoga kita akan dapat lebih banyak projek nanti dan semakin maju..Mungkin ada yg confuse apa kaitan Inai Kiara Sdn Berhad dan Selat Melaka Shipbuilding. Untuk makluman, Selat Melaka Shipbuilding Corporation adalah anak syarikat di bawah Inai Kiara Group. Selat Melaka Shipbuilding atau singkatannya (SMS) mempunyai tanggungjawab yg besar untuk membina kapal2 ini bagi kegunaan Inai Kiara Sdn Bhd bagi melaksanakan projek pengerukkan atau dalam bahasa Inggeris nya dredging. BBK sempat bergurau dgn Tuan Punya syarikat, tak nak ke buka cawangan di Saudi Arabia..? Hehe..Bukan apa, hati BBK masih di sana..kalau lah ada cawangan nnt di sana, BBK nak jd org pertama volunteer kerja di sana..Gaji sikit pun xpe..janji dekat dgn kota Makkah dan Madinah.. InsyaAllah..

Oh yea..Di majlis ini juga, BBK bertemu dgn teman baik yg mmg dah lama x ketemu atas kesibukan masing2..Kami hanya berhubung di BBM atau berbalas komen di FB. Ni lah first time BBK keluar rumah sejak balik umrah Sabtu lalu, dan mereka pula org pertama yg BBK jumpa..Alhamdulillah..semua tu kerja Allah..dan sempat kami bertukar2 cerita terkini masing2..Kali ini ada sesuatu yg lebih utama perlu kami lakukan..perkara yg bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi merupakan tanggungjawab sebagai hambaNYA..InsyaAllah semoga apa yg dirancang dan dibincangkan kami tadi akan menjadi kenyataan..Ameen..Untuk Ija aka Heliza Helmi dan Kak Zeq aka CP, selamat maju jaya dan moga kita sama2 diberkati oleh Allah SWT..Untuk rakan2 yg lain, InsyaAllah kita akan berjumpa nnti yea..
                                            Tun yang di hormati..Comel kan?


                                       My best friend Jee is in the picture




                                               With lovely sista Kak Hani

Berita2 sekitar launching

**Special thanks to Jee my best friend yg bnyk bertungkus lumus menjayakan majlis  dan membantu dptkan payung2 tadi..hehe**
**Sayonara buat Kak Hani..keep in touched sis..gonna miss u and that’s true!**
Like jika sudi ;)

Monday, April 18, 2011

Peruntukan untuk tunai Haji...

Peruntukan Tunai Haji  1459 Hijrah bersamaan 2038 Masihi..! Kira2 lg 27 tahun nampaknye..Mula2 rasa agak kecewa dan terkejut..Mengadu jugalah dgn mak yg ikut menemankan td..Ikutkan buku akaun dah lama ada sejak kecil mak dah buatkan..Tapi baru hari ini diizinkan NYA untuk tukar nama (sbb dh dewasa) dan terus mendaftar untuk Haji.. Mak jawab..”Sabar lah..InsyaAllah ada rezeki nanti dapat cepat..Dengan syarat ada duitnya dan persediaan semua dah lengkap..Kalau tidak dapat bersama Tabung Haji, boleh dah pergi bersama package2 swasta.Boleh buat surat nanti.” Baru lah lega..Yelah..27 tahun dari sekarang, belum tentu BBK masih bernyawa..entahkan ada entahkan tidak..InsyaAllah..usaha akan diteruskan lg dan semoga tercapai niat untuk menunaikan Rukun Islam yg ke 5 ini. Amin..






Di sini, BBK nak share info..Buat kawan2 yg di luar sana yg belum mendaftar..Pastikan anda sudah mendaftar..Daftar bukan bermakna anda dah ada akun Tabung Haji tu dah kira mendaftar dan hanya menunggu giliran..Bukan yea..Tetapi perlu maklumkan pada Tabung Haji yang anda nak mendaftar Haji dan syarat utama nya sekurang2 nya perlu ada RM1300 dalam akaun tabung Haji. Seterusnya pihak Tabung Haji akan keluarkan surat dengan maklumat pendaftaran Haji anda bersama nombor daftar Haji. Pastikan dapat surat ni di kaunter, untuk memastikan nama anda benar2 telah didaftarkan..


                                        Pastikan lepas daftar dapat surat ni

BBK bersyukur dapat tahu info ni semasa kursus Umrah dahulu. Ingat lagi kata Datuk Ustaz Daud Che Ngah.. “Dah lepas umrah ni, cepat2 daftar Haji..Kerana ia wajib bagi umat Islam, jangan tunggu bulan jatuh ke riba tanpa berusaha”  Salah BBK sendiri, sbb sebelum ni beberapa kali juga mak dan ayah BBK dah pesan, cepat la daftar dan tukar nama..Akaun dah ada..Tu lah..Kealpaan masa lalu BBK..

Alhamdulillah..Akhirnya hari ini 18 April, jam  11:21:03, BBK dpt mendaftar di Pejabat Lembaga Tabung Haji Cawangan Bandar Baru Bangi.. Terima kasih tak terhingga buat ibu tercinta kerana sentiasa berada disisi menemani dan jaga akaun ni sejak ku kecil lagi..Untuk yg dah berumah-tangga dan ada anak, cepat2 buatkan akaun Tabung Haji anak2 anda..

BBK nak puji kecekapan Lembaga Tabung Haji. Tak sampai 30 minit, semuanya selesai..BBK hanya perlu isi dua borang sbb akaun dah ada..Borang Tukar Nama  dan Borang Wang Simpanan (Tambahan). Jangan risau pada yg tak tau, pergi sahaja di kaunter, pasti ada petugas Lembaga Tabung Haji yang bersedia membantu..InsyaAllah..


                Buku Akaun Lama BBK (kiri), dan 
                yang baru (kanan) lepas tukar nama

Like jika sudi ;)

Sunday, April 17, 2011

Bila kaki melangkah ke Saudi Arabian Airlines..

Assalamualaikum WBT..16 April..Akhirnya BBK kembali semula ke Malaysia..Jujur dari hari, BBK sebenarnya sedih meninggalkan Madinah dan Kota Makkah..Alhamdulillah segalanya lancar dan mudah selama 10 hari di Makkah dan 5 hari di Madinah..

Rakan2 sekalian..BBK ingin berkongsi cerita..demi kebaikan bersama dgn niat kerana NYA dan rasa tanggungjawab juga sebagai seorang yg beragama Islam..Spt yg dinyatakan dlm entry sebelum ini, flight BBK ke Jeddah pd jam 3ptg, Jumaat 1st April..Alhamdulillah..tiada apa2 halangan. Maka pagi Jumaat itu, BBK memulakan persiapan sbg musaffir. Oleh kerana BBK akan terus ke Makkah (bukan Madinah) dan akan berniat ihram dalam kapal terbang di Miqat Qarnul Manazil iaitu kira-kira satu jam sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Maka atas nasihat Ustaz semasa kursus, persiapan ihram (memakai pakaian ihram) sebaik2nya dari rumah atau di KLIA. Boleh juga di pesawat nnt tp mungkin susah sikit lah kan..lebih2 lagi bagi lelaki keranai pakaian ihram mereka memerlukan ikatan yang rapi & kemas tanpa pakaian yg berjahit.


                                                          
                                                  Kapal Saudi sedang menanti

Selepas mandi sunat ihram dan musafir, solat subuh, kemudian solat sunat musafir..seterusnya solat sunat ihram..(boleh juga di lakukan di KLIA)..dan jika sudah masuk waktu Dhuha, tunaikan pula solat sunat Dhuha..Seterusnya BBK banyak mengikut buku panduan Umrah..Baca ayat2 terpilih..dan doa2 sebelum meninggalkan rumah..Oh ye, tidak lupa juga melakukan perkara2 sunat seperti buang kuku, merapikan rambut, dan sbgnya..Sebelum melangkah keluar dari rumah..BBK bermaaf2an dahulu dgn keluarga..Sedih juga masa ni..Walhal setiap hari pun mmg sentiasa meminta maaf dari mereka..Ikutkan ibu BBK sepatutnya ikut sekali, tp ada urusan lain yg perlu dia lakukan..lagipun dia baru sahaja Umrah thn lepas..InsyaAllah thn depan BBK akan pergi bersama ibu dan ayah BBK pula..Kemudian keluar je dari pintu, baca doa..dan ayah BBK melaungkan azan..Ya ALLAH..Dalam hati BBK x putus2 memujiNYA dan berdoa supaya tiadalah halangan untuk BBK sampai ke sana..Apa jua boleh berlaku kan kawan2..Jadi senjata org Mukmin, sentiasalah kita panjatkan doa (turut serta dgn usaha yg bersungguh2).

Sepanjang perjalanan ke KLIA, BBK tdk bnyk bercakap..Ibu dan ayah juga faham..mereka dah pesan bnyk kan berzikir..tiba di KLIA jam 11:30am..Makcik2 BBK dah tunggu di sana..awal pula mereka tiba..Kami terus ke kaunter K..di situ dah ramai group kami..yg akan berlepas ke Jeddah bersama2..Andalusia juga bekalkan makanan untuk kami. Beg2 semua tinggalkan sahaja pihak pengurusan akan aturkan..Seterusnya dalam jam 12:30pm kami berkumpul berdekatan ruang legar di hujung Mc Donald untuk taklimat dan mengedarkan boarding pass dan ticket..Selesai, sekali lagi bersalaman dan berpelukan bersama keluarga dan saudara mara yg hadir menghantar di KLIA..Kali ni BBK tidak lg menitiskan air mata..Maybe dah puas nanges sebelum ni.. J Kami berangkat menaiki train untuk ke international gate..Sebelum berlepas kami terlebih dahulu menunaikan solat Jamak Taqdim, Zohor & Asar..

Saudi Arabian Airlines kini menanti..Mula dengan langkah kanan dan Bismillah..BBK melangkah dan memasuki pesawat..pertama kali BBK menaiki Saudi Arabian Airlines..Biru dan redup..Ya Allah..BBK syukur..akhirnya kini di dalam Flight SV 833..Mulakan perjalanan dengan doa bersama2..Bagus SAA..MAS patut wat mcm ni jugak..InsyaAllah semuanya akan selamat..


Maka..Selamat tinggal bumi Malaysia..Dan selamat datang Jeddah, Makkah dan Madinah..Perjalanan ke Jeddah mengambil masa 8 jam setengah..Diingatkan! Sejam sebelum kapal terbang mendarat, iaitu di Miqat, kami perlu berniat Umrah seterusnya dalam keadaan ihram dan perlu menjaga Pantang Larang dalam Ihram  

InsyaAllah..BBK akan cerita seterusnya perasaan ketika mula2 menjejakkan kaki ke Kota Makkah, apabila menyaksikan Masjidil Haram dan seterusnya ketika pertama kali memandang Ka’abah yg merupakan kiblat bagi Umat Islam.. Subhan'Allah
Like jika sudi ;)

Thursday, March 31, 2011

Bakal Tetamu Allah


Manjadi Tetamu Allah..Bersediakah anda?

Assalamualaikum WBT. BBK sudah lama tidak menulis kerana benar2 sibuk dengan tugasan harian di pejabat, menjalankan tanggungjawab sebagai anak serta membuat persiapan untuk menunaikan Umrah Jumaat ini.. InsyaAllah..

Di sini BBK ingin berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan atau ilmu yang BBK dapat (ianya hanya sebesar zarah dan InsyaAllah BBK akan terus belajar dan belajar). Tahukah anda bahawa Umrah yg pertama itu sebenarnya adalah fardhu hukumnya? Di mana ia wajib dan dituntut bagi mereka yang berupaya serta mampu mengerjakannya. Ianya sama dengan hukum haji dimana haji termaktub dalam Rukun Islam yg ke-5.

Dalil wajib haji dan umrah ialah seperti pada firman Allah s.w.t. :


Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah. (Al-Baqarah: 196).



Kemudiannya Daripada hadis, dalil wajib umrah ialah hadis riwayat ad-Dailami:


Daripada Zaid bin Tsabit r.a. berkata ia: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Mengerjakan haji dan umrah itu dua fardu yang hanya sekali sahaja (bagi seseorang Islam yang cukup syarat), bolehlah engkau kerjakan mana satu dahulu (sama ada haji ataupun umrah).””

Di sini BBK ingin menyeru rakan-rakan sekalian, marilah sama-sama menanamkan niat untuk menjadi tetamu Allah iaitu dengan niat ingin mengerjakan Umrah & Haji. InsyaAllah dengan niat yang suci ini akan dilorongkan jalan untuk kita menyempurnakan niat tersebut. BBK bersyukur kerana dimakbulkan doa untuk ke sana. Ia juga adalah berkat doa dari kedua ibu bapa, saudara-mara dan teman-teman yg pernah mendoakan BBK agar sampai ke sana sewaktu mereka menunaikan Haji & Umrah sebelum ini. Tips di sini, jika ada antara anda yg mempunyai saudara atau kenalan yg akan menjadi tetamu Allah, kirim lah doa anda untuk mereka bawa ke sana. InsyaAllah..niat itu akan dikabulkan. Namun, sebagai hambanya kita perlulah juga turut berusaha iaitu dengan melakukan suruhanNya serta meninggal larangganNya selain menjadi  persediaan untuk menjadi tetamu Allah.

Bakal menjadi tetamu Allah. Subhan'Allah. Lafazkan syukur Alhamdulillah sebanyak2nya. Ingat, bahawa kita bakal menjadi tetamu Allah yang Esa. Sedangkan sebelum menjalani temuduga atau temujanji bersama teman, kita akan membuat persediaan yang rapi dan lengkap, inikan pula untuk menjadi tetamu Allah SWT! 'MasyaaAllah!! 

Bayangkan kita bakal menjejakkan kaki ke Masjidil Haram iaitu tempat paling suci.. Apakah persediaan kita? Maka lakukanlah persediaan dengan sebaik-baiknya supaya kedatangan kita di Redhai Allah SWT, dan dengan itu kita bakal mendapat Umrah yang Maqbullah atau Haji yang Mabrur. Dalam erti kata lain ibadat Umrah dan Haji yang benar-benar sempurna dan di redhai Allah SWT.


Antara persediaannya yang paling penting dari apa yg BBK belajar, tunaikanlah Solat Taubat sebanyak mungkin. Suci kan diri dan dosa-dosa kita dengan Allah SWT. Seterusnya bermaaf-maafan terutama dengan kedua ibu bapa jika masih ada, saudara-mara dan rakan taulan. Selesaikanlah apa jua hutang sesama manusia jika ada. Jika tidak mampu bayar, pastikan memaklumkan pada mereka dan minta keizinan mereka untuk menangguhkan bayaran sehingga kembali dari Umrah atau Haji. Pastikan niat anda untuk melangsaikan hutang itu ada. Ini penting supaya kita tiada halangan di sana nanti. Itu hutang kita bersama manusia. Bagaimana hutang kita dengan Allah?? Wahai rakan dan taulan. Sesungguhnya hutang dengan Allah SWT wajib kita bayar. Solat Fardhu 5 waktu, pastikan kita membayarnya dengan menunaikan Qada Solat.  Solat adalah tiang agama. Sesiapa yang meninggalkannya maka dia adalah peruntuh agama.
Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.
Jadi rakan2 janganlah sekali2 meninggalkan solat dengan sengaja.  Untuk makluman tentang Qada’ Solat  boleh klik di sini Qada Salat. Jika tidak sempat untuk mengabiskan Qada’ Solat sebelum menunaikan umrah/haji, tanamkan niat dan azam bahawa kita akan melangsaikannya. Kita juga boleh menunaikan Qada’ Solat ketika di sana nanti.

Kemudian kita perlu mempelajari dan memahami Rukun Umrah/Haji serta syarat-syarat wajib melaksanakannya. Rujuklah pada agensi atau pakej Umrah/Haji yang anda daftar kerana mereka pasti akan menyediakan kursus-kursus yang boleh kita hadiri secara percuma. Buku panduan turut diberi sebagai rujukan. Pastikan kita memahami Rukun dan pantang larang dalam ihram sebaik-baiknya. BBK faham suasana kerja dan keadaan semasa kadangkala membataskan waktu untuk kita menghadiri kursus yang disediakan. Berdoalah supaya dipermudahkan urusan dan tanamkan azam yang kuat untuk tetap mengikutinya, InsyaAllah segalanya akan mudah dan berjalan dengan lancar. Sebaik-baiknya bacalah buku panduan yang diberi terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus, supaya kita dapat bertanya tentang apa jua kemusykilan yang ada nanti pada Ustaz atau penceramah Umrah/Haji untuk penjelasan yang lebih terperinci. Pentingnya memahami semua ini supaya kita dapat mengelakkan berlakunya kesilapan dalam ibadat serta menghilangkan rasa was-was. Ingat, bahawa setiap ibadat perlu dilaksanakan dengan yakin, jika tidak perlu diulanginya semula.

BBK belum lagi sampai ke Tanah Suci. Dijadualkan Jumaat ini pada jam 3 ptg akan berangkat bersama pakej Andalusia Travel. Alhamdulillah semua urusan di sini telah selesai. Doakan BBK dan saudara-mara dapat sampai ke sana seterusnya menunaikan ibadah Umrah yg sempurna. Ini adalah pertama kali bagi BBK. Perasaan BBK sejak 2 minggu yang lalu sangat tenang. Tidak dapat BBK gambarkan dengan kata2. Hati ini sudah berada di sana. BBK pasti perasaan ini bakal dirasai oleh semua bakal tetamu Allah. Alhamdulillah..

Oh yea..Pesanan yang paling penting BBK nak sampaikan pada rakan2..Marilah segera kita menunaikan Umrah/Haji pada usia yang muda selagi badan masih sihat dan berupaya. Jangan sekali2 terlintas mengatakan seperti “Takpelah aku masih muda, lambat lagi, nanti dah tua aku pergilah” atau “Nantilah..takde duit lagi” dan sebagainya yang negatif. Namun jawablah dengan baik seperti “ InsyaAllah aku akan kesana, doakan aku sampai di sana dan menjadi tetamu Allah” atau “InsyaAllah,,” sudah memadai. Jangan lupa besertakan niat dan azam yg kuat di dalam hati. Kita perlu ingat bahawa Ajal dan Maut itu tidak mengenal usia. Oleh itu tanamkan azam dan niat yang baik sentiasa. InsyaAllah semuanya akan baik kerana Allah SWT Maha Mengetahui setiap apa yang ada dalam hati kita.

BBK akan sambung lagi nanti pengalaman BBK di sana yea..InsyaAllah.. Di sini BBK ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap yg tidak disengajakan dan sesungguhnya apa yg baik itu datangnya dari Allah SWT dan apa yg buruk itu dari BBK sendiri..

Like jika sudi ;)